Selasa, 12 Januari 2016

#PemudaUMNO Anjur Sesi Khas 'Soal Jawab #TPPA', Sabtu Ini - @KhairyKJ @Azwanbro @NajibRazak @AKHI #MiTi #PWC


Pergerakan Pemuda UMNO akan mengadakan satu sesi perbincangan khas mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) 16 Januari (Sabtu) ini di Akademi Kepimpinan Kapten Hussein (AKHI), di sini.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata antara isi yang akan dikemukakan kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed mengenai beberapa kekhuatiran terhadap kos faedah perjanjian itu ke atas kepentingan golongan usahawan kecil dan sederhana.

"Selepas sesi itu saya akan minta biro berkenaan jumpa MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri) dan bentang dapatan dari hasil perbincangan itu kepada Datuk Seri Mustapa sebelum sesi Parlimen.


"Kita pun ada kekhuatiran adakah kos faedah yang dibentang MITI itu boleh dikecapi atau tidak atau ia hanya andaian dalam kajian yang dibuat PWC (Price Waterhouse Cooper) yang menyatakan bahawa kalau TPPA dilaksanakan KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) kita akan melonjak sekian banyak. - KJ

"Jadi kita hendak periksa sama ada ia betul-betul tepat atau tidak, atau bergantung kepada beberapa andaian yang tidak dapat dijamin boleh jadi atau tidak," katanya.

Khairy berkata pihaknya juga ingin melihat impak TPPA kepada usahawan tempatan kecil dan sederhana kerana banyak kajian yang dijalankan fokus kepada syarikat besar dan antarabangsa.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Azwanbro menyuap kek ke mulut KJ sempena ulangtahun kelahiran ke 40 Ketua Pemuda itu selepas mesyuarat EXCO pergerakan tersebut petang semalam di Kuala Lumpur.

"Banyak faedah itu dikatakan dapat kepada syarikat besar. Kita hendak perhalusi perkara ini," katanya dalam satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur petang semalam.

Pemuda UMNO menjemput orang ramai yang berkesempatan untuk hadir dan mendengar secara langsung sesi soal jawab secara mendalam berkaitan isu penting TPPA bersama wakil agensi-agensi terlibat.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..