Jumaat, 3 Jun 2016

#BNYouthJobFair2016: Tawar Lebih 5000 Peluang Kerja Untuk Golongan Muda Pada 11-12 Jun di Kuala Kangsar @Azwanbro @KhairyKJ @NajibRazak @Zahid_Hamidi


Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dengan kerjasama Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak dan Pusat Kerjaya Amanjaya Perak akan menganjurkan karnival 'BN Youth Amanjaya Job And Career 2016' bagi menyediakan ruang kepada generasi muda memiliki peluang pekerjaan.

Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun berkata, karnival yang akan diadakan pada 11 dan 12 Jun ini di Dataran Pavillon, Kuala Kangsar bukan hanya memberi peluang kepada generasi muda tempatan malah juga terbuka untuk mereka di seluruh negara.

Ini kerana menurutnya, peluang kerjaya yang akan ditawarkan nanti tidak terhad di Perak tetapi turut melibatkan kekosongan pekerjaan di negeri-negeri lain.

"Kita juga mengalu-alukan generasi muda dari luar negeri Perak untuk datang kerana peluang kerjaya tidak terhad di Perak tetapi juga di negeri-negeri lain," jelas beliau.


"Kita akan tampilkan 100 majikan termasuk majikan antarabangsa untuk tawarkan peluang pekerjaan. Lebih 5000 peluang untuk generasi muda di Kuala Kangsar dan seluruh negeri Perak mencuba peluang ini, " ujarnya kepada wartawan dalam satu sidang media di Kuala Kangsar, di sini, petang semalam.

"Ada majikan antarabangsa. Kita berkerjasama dengan pihak Jabatan Tenaga Kerja dibawah Kementerian Sumber Manusia.

"Ini peluang mereka generasi muda untuk mencuba nasib terutama mereka yang masih cari kerjaya apa yang sesuai," katanya lagi.

“Penganjuran BN Youth Job & Career Fair adalah inisiatif yang diperkenalkan oleh barisan Pemuda UMNO sejak tahun 2010 di bawah kepimpinan Ketuanya, Khairy Jamaluddin.

"Sejak tahun 2010, Pemuda tidak putus-putus cari penyelesaian bantu generasi muda yang ada teutama untuk dapatkan pekerjaan.

"Ini perjuangan Pemuda untuk membantu generasi muda mendapatkan peluang pekerjaan dan menyara kehidupan mereka," kata Azwan sambil menambah pihaknya sentiasa menyediakan program yang boleh menarik perhatian golongan muda seperti Fit Malaysia.

Karnival dua hari berturut-turut itu nanti akan dirasmikan oleh Menteri Besar Perak, YAB Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir pada 11 Jun dan manakala majlis penutupan disempurnakan oleh Khairy selaku Menteri Belia dan Sukan.

Seperti karnival yang pernah diadakan sebelum ini, Pemuda UMNO menjangkakan seramai 10,000 golongan muda akan hadir, samada mereka yang menganggur mahupun mereka yang telah bekerja tetapi mencari peluang kerjaya yang lebih baik.

Antara bidang utama yang akan diketengahkan ialah bidang teknikal dan vokasional sesuai dengan keperluan syarikat-syarikat masakini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..