Isnin, 30 Januari 2012

HAJI HADI SOKONG USTAZ AZIZAN


Perkembangan terbaru menambahkan tak keruan Pakatan Haprak apabila Hj Hadi sebagai Presiden PAS turut berasakan tindakan Ustaz Azizan adalah betul. Secara tidak langsung Hj Hadi turut menyokong "BUKU JINGGA BUKAN AL-QURAN" dan tidak perlu di ikuti dan dipatuhi memandangkan ia hanyalah manifesto dan janji palsu Pakatan Rakyat.

Hj Hadi dalam masa yang sama turut menyokong AUKU dan Ustaz Azizan. Beliau menempelak SMM kononnya telah menyerahkan memorandum, walhal menurut sumber dari ibu pejabat PAS,mereka tidak menerima apa apa daripada SMM.

Baca petikan Harakah portal rasmi PAS:-

Walaupun pertubuhan pelajar mengatakan akan menyerahkan memorandum itu kepadanya, tetapi memorandum tersebut masih juga belum diterimanya sehingga hari ini.

"Kalau boleh saya pun nak tengok juga memorandum itu dan nak tahu juga apa yang nak dikatakan oleh para pelajar mengenai perkara itu.

"Walaupun mereka kata nak hantar memorandum kepada saya, tetapi hingga sekarang mereka tak pun menyerahkan memorandum itu kepada saya," katanya.

Ketika menjawab soalan peserta pada Retreat Harakah: Persiapan Menghadapi PRU ke-13 di Hutan Lipur Sungai Tua, dekat sini, hari ini, beliau berkata, walaupun pertubuhan pelajar mengatakan telah menghantar memorandum ke Pejabat Agung PAS, tetapi memorandum itu masih juga belum diterimanya.

Soal penggantungan lima pelajar terbabit, menurutnya, bagaimanapun perlu difahami dengan jelas oleh pelbagai pihak agar tidak disalahfaham oleh setiap lapisan rakyat negara ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang, Terengganu berkata, kepimpinan PAS sememangnya mengikuti dan memantau perkembangan mengenai perkara itu. "Namun Ustaz (Datuk Seri) Azizan (Abdul Razak) tentunya lebih tahu dengan apa yang berlaku, sesuai dengan kedudukannya sebagai Menteri Besar Kedah. "Jadi tindakan Ustaz Azizan mengenainya tentu lebih tepat dan wajar dijadikan rujukan oleh pihak-pihak lain termasuk kepimpinan PAS Pusat sendiri," tegasnya.

Tambahan pula, katanya, Azizan juga tidak mengambil tindakan sesuka hatinya sahaja mengenai perkara itu, tetapi hasil perbincangan dengan kepimpinan PAS Kedah dan pihak-pihak lain yang terbabit.

YPS ~ AL QURAN adalah pegangan ummah.


Sent from my BlackBerry® Smartphone

Ahad, 29 Januari 2012

HAJI HADI SINDIR NIK AZIZ

Dr Hasan Ali pernah menamakan Nik Abdul Aziz adalah pemimpin Pakatan Rakyat yang layak menjadi PM Malaysia seandainya BN tewas pada PRU13 akan datang. Jika faktor umur tidak melayakkan Nik Aziz, Dr Hasan Ali menamakan pula Presiden PAS iaitu Haji Hadi Awang. Namun Haji Hadi menyuarakan beliau tidak berminat untuk menjadi Perdana Menteri.

Maka terpaksalah mereka menerima Anwar Ibrahim menjadi Pemimpin No 1 negara. Betapa rendahnya martabat PAS apabila terpaksa tunduk kepada manusia yang terkenal dengan pelbagai masaalah moral.

Berbeza dengan Nik Aziz, Mursyidul Am PAS itu mengambil pendirian tidak akan melepaskan kerusi empuk Menteri Besar selagi nyawa dikandung badan. Beliau berkata, Kelantan masih memerlukan kepimpinan Ulama. Maka Nik Aziz tidak harus bersara daripada politik.

: HADI TAWAR DIRI TIDAK BERTANDING :

MARANG – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mungkin tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke- 13 (PRU13), yang dijangka akan diadakan dalam waktu terdekat.

Menurutnya, keputusan itu dibuat berdasarkan kepada khidmatnya yang disifatkan sudah terlalu lama menyandang jawatan sebagai Yang Berhormat.

"Sudah lebih 30 tahun saya bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) iaitu bermula pada 1982 dan sudah berbelas tahun sebagai Ahli Parlimen," katanya.

Abdul Hadi berkata, sekiranya tidak bertanding mana-mana kerusi, beliau boleh bergerak ke seluruh negara untuk memantapkan parti.

Bagaimanapun, Adun Rhu dan Ahli Parlimen Marang ini menawarkan bertanding satu kerusi sahaja sekiranya dipilih sebagai calon dalam PRU13 nanti.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian dalam satu temu bual eksklusif ketika ditemui di rumahnya selepas menyampaikan ceramah di Masjid Rusila, Marang, di sini.

"Terpulang kepada parti untuk menilai kerusi mana yang sesuai untuk saya sama ada Dun atau Parlimen," katanya yang menyerahkan kepada keputusan parti untuk menentukan sama ada beliau bertanding atau sebaliknya.

Beliau menganggap ramai pemimpin pelapis dalam parti itu yang boleh membantu membawa hala tuju parti pada masa depan.

Katanya, pembabitannya dalam politik sezaman dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Saya kebetulan mengikuti parti sejak zaman Tun, zaman generasi kedua (Pak Lah) sampailah kini.

"Saya diberi amanah kepimpinan dan kerusi pada usia terlalu muda, saya menjadi Naib Presiden dalam usia 30-an, sudah terlalu lama," katanya.

Sementara itu, beliau turut menolak desas-desus anaknya Mohammad Khalil Abdul Hadi, 30an, bakal dicalonkan dalam PRU13.

"Biar dia jadi ahli biasa buat masa ini," katanya.(sinarharian)

Apa yang tak kena dengan kenyataan Presiden PAS kali ini apabila beliau berkata sudah terlalu lama (lebih 30 tahun) menjadi YB. Masakan seorang PRESIDEN yang segala keputusan parti ditangan beliau sanggup mengundur diri dan menyerahkan nasib dirinya kepada parti?

Sebelum ini ada cadangan mendesak agar Nik Aziz tidak bertanding PRU dan ada yang berpendapat Nik Aziz boleh keseluruh negara untuk berkempen. Bagaimana pula skrip cadangan tersebut boleh dikeluarkan semula kini dan yang paling mengejutkan ianya dari mulut Presiden parti sendiri?

YPS ~ merasakan Haji Hadi berkias agar Nik Aziz berundur. Takkan itu pun xfaham.

MB KEDAH NAFI BERIMAN DENGAN BUKU JINGGA

Buku Jingga yang merupakan kitab suci Pakatan Rakyat telah dihina oleh Menteri Besar Kedah. Buku Jingga adalah kitab muktabar PR dalam menyampaikan dakwah kepada rakyat Malaysia.

Antara kandungan Buku Jingga(JingGay) adalah pelbagai pembohongan dan janji palsu dalam meraih sokongan rakyat terhadap pakatan. Namun Ustaz Azizan sendiri mengakui buku jingay ini bukanlah baik untuk dijadikan panduan .

"Buku Jingga Bukan Al-Quran", tegas Ustaz Azizan. Kenyataan terbaru Ustaz Azizan ini bakal mencetuskan kemarahan tuan besar DAP dan juga Anwar Ibrahim memandangkan hampir 90% isi Buku Jingga adalah manifesto DAP dalam melaksanakan Malaysian Malaysia.

PAS telah sepakat dan berjanji kepada DAP dan PKR untuk beriman kepada kitab itu. Sebagai bukti, perjuangan PAS untuk mendirikan negara Islam kini telah ditukar kepada Negara Kebajikan.

Tindakan Ustaz Azizan selaku kepimpinan PAS Kedah untuk tidak beriman kepada Buku Jinggay ini pasti akan dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Displin PAS. Oleh kerana PAS akur dan taat kepada DAP dan PKR, Ustaz Azizan pasti akan senasib dengan Dr Hasan Ali.

Perkara ini berpunca apabila Menteri Besar Kedah itu menyokong AUKU dalam isu KUIN. Prof Dr Aziz Bari mendesak Pakatan Rakyat mengambil tindakan disiplin terhadap Ustaz Azizan kerana MB Kedah itu tetap mengenakan tindakan keatas lima mahasiswa Kolej Universiti Insaniah.

YPS ~ semua ini bukti PAS jadi lembu PKR & DAP.
Selepas Kes Liwat 2 gagal sebagai strategi utama kepada Anwar dan Pakatan Rakyat untuk berhadapan dengan PRU13, mereka terpaksa merangka strategi lain agar momentum sokongan rakyat khususnya pengundi kekal bersama PR. Malangnya, sentimen 'simpati' yang diharapkan dari kes liwat itu tidak menjadi setelah mahkamah memutuskan Anwar tidak bersalah dan dilepaskan berpunca daripada masalah teknikal penyimpanan bukti DNA lelaki Y yang merujuk kepada Anwar.

Sebab itulah sejak beberapa hari lalu, Anwar dan pakar strategik mereka terpaksa menyusun kembali perancangan mereka termasuklah sehingga terdesak mengeluarkan kenyataan menyokong zionis dan Israel, satu tindakan yang gila dan memang terdesak. Memetik artikal utusan pagi ini:

"Anwar terperangkap dengan agenda Zionis"

KUALA LUMPUR 28 Jan. - Seorang pakar hubungan antarabangsa menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah terperangkap dengan agenda licik Israel apabila Ketua Pembangkang itu menyokong agenda melindungi keselamatan rejim Zionis.

GeoStrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Azmi Hassan berkata, sebagai negara yang menyokong sepenuhnya perjuangan pembebasan rakyat Palestin, Anwar walaupun seorang pemimpin pembangkang di negara ini tidak sepatutnya berkata demikian.

Menurutnya, kenyataan Anwar itu jelas bertentangan dengan hasrat seluruh rakyat Malaysia yang mahu melihat melihat hak rakyat Palestin segera dikembalikan oleh rejim Zionis.

"Sebagai sebuah negara yang menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin, semua rakyat negara ini termasuk pemimpin pembangkang harus bersama-sama mendukung hasrat ini.

"Dengan kata lain, mana-mana pemimpin sekalipun tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan hasrat ini walaupun ia sekadar menyentuh isu keselamatan Israel," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Anwar di dalam wawancaranya bersama The Wall Street Journal kelmarin yang antara lain Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menyokong setiap usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel.

Dalam perkembangan berkaitan Azmi berkata, sejak dahulu lagi Tel Aviv sering menggunakan agenda keselamatan negara untuk mendapatkan sokongan.

Beliau berkata, melalui strategi licik itu Israel sedaya upaya akan memerangkap mana-mana pihak supaya turut sama menyokong agenda tersebut dan sekali gus memperlihatkan pertentangan dengan usaha membebaskan rakyat Palestin.

"Ini merupakan strategi rejim Zionis. Atas sebab itu semua pihak harus berhati-hati dengan strategi yang digunakan oleh Israel ini," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin Berhad, Awang Suffian Awang Piut berkata, pemimpin dari Malaysia tidak sepatutnya menyokong agenda melindungi keselamatan Israel.

"Kita sebagai pertubuhan bukan kerajaan tidak menyokong Israel kerana mereka dengan jelas telah melanggar undang-undang, melakukan kekejaman dan keganasan kepada rakyat Palestin.

"Sepatutnya, hak rakyat Palestin dikembalikan dan Israel yang merupakan entiti penjenayah tidak layak berada di tanah Palestin," ujarnya.

Utusan

YPS ~ bila Anwar di temuramah oleh media Barat, dia lebih Yahudi dari Israel.


Sent from my BlackBerry® Smartphone

Jumaat, 27 Januari 2012

CUBAAN PAKATAN RAKYAT MENGGAGALKAN HIMPUNAN SEJUTA UMAT (HIMPUN) DI PULAU PINANG


Malik Itik
Malik Kasim juga dikenali Malik Itik selaku EXCO Hal hwal Islam Pulau Pinang telah membuat satu laporan polis kononnya ada pihak membuat surat palsu menjemput khariah masjid menyertai Himpunan Sejuta Umat atau 'HIMPUN' pada 28 Januari di Kompleks Budi Penyayang Kepala Batas nanti.

Malik tidak pernah memberi arahan atau pun menjemput sesiapa memandangkan Lim Guan Eng tidak pernah memberi kebenaran kepada beliau untuk menyertai majlis rasis sebegitu. RASIS ke program ni???

Dalam masa yang sama pihak PBT telah diarahkan menurunkan semua banner HIMPUN di seluruh negeri memandangkan program tersebut tidak mendapat restu DAP.

Pihak regim DAP dan Exco Agama Islam Negeri Pulau Pinang berpendapat program HIMPUN tidak memberi faedah.

Jika difikirkan secara logik,pihak NGO 'HIMPUN' sudah pasti tidak akan membuat sesuatu yang akan menjejaskan program dan kredibeliti mereka.


HIMPUN bukan dianjurkan oleh UMNO. Ianya anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) demi memelihara akidah umat Islam Malaysia. Ianya perlu dijayakan oleh semua umat Islam tanpa mengira ideologi politik.

Kenapa PAS turut menentang program sebegini? Sedangkan merekalah selama ini melaungkan perjuangan mereka adalah menegakkan Islam.

YPS ~ sokong HIMPUN demi aqidah ummah.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

TANGISAN PASIR SALAK


MENJEJAKI semula sejarah Pasir Salak, di Perak terutama pembunuhan Residen Inggeris pada tahun 1871, ada sesuatu yang perlu digali semula oleh generasi kini sebagai panduan berguna dan rujukan masa hadapan.

Untuk itu, satu usaha menerbitkan sebuah dokumentari yang mengisahkan sejarah terkenal ini mula dibuat sejak awal tahun lalu.

Hasilnya, dokumentari Tangisan Pasir Salak bukan sahaja bakal menjadi hadiah istimewa buat orang Melayu, malah turut membuka lembaran baru kepada industri dokumentari di negara ini.

Menurut Pengarah Urusan syarikat produksi Kay Promotions & Productions House, Jamal Lulkhir Jaludin, tujuan utama penerbitan dokumentari itu adalah kerana rasa cintanya terhadap perjuangan wira Melayu terdahulu yang ingin memerdekakan tanah Melayu.

"Dokumentari ini bakal memberi informasi mengenai perjuangan Datuk Maharaja Lela, serta pahlawan-pahlawan Melayu yang lain dalam usaha menentang British di Pasir Salak pada zaman itu.

"Kita juga akan memasukkan beberapa babak lakonan semula dalam plot dokumentari ini agar memberi lebih kesan kepada penonton," katanya ketika ditemui di Petaling Jaya , Selangor baru-baru ini.

Mengambil masa selama setahun untuk mengkaji semula sejarah Pasir Salak, menurut Jamal Lulkhir, pelbagai cabaran terpaksa ditempuhi bagi mendapatkan maklumat sebenar daripada waris pejuang-pejuang terlibat.

"Bukan mudah sebenarnya untuk menjejaki semula waris-waris pejuang ini memandangkan kebanyakan mereka tinggal secara berselerak di seluruh negara.

"Kesukaran juga timbul apabila kebanyakan pejuang kemerdekaan ini terpaksa menukar nama selepas melarikan diri akibat dijejaki pihak British. Itu lebih menyukarkan pihak kami untuk mengenalpasti kedudukan waris mereka," katanya.

Menjalankan penggambaran di beberapa kawasan sekitar negeri Perak, bantuan turut diberikan pihak kerajaan negeri terhadap usaha menerbitkan dokumentari itu.

Selain itu dokumentari yang bakal siap sepenuhnya pada April tahun ini juga mendapat sokongan penuh pihak Finas.

"Penghargaan terima kasih saya adalah kepada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan Ketua Pengarah Finas, Mohd. Naquib Razak serta kakitangan Finas yang banyak membantu kami menyiapkan dokumentari ini.

"Selain itu, saya amat bersyukur dengan kerjasama yang diberikan pihak Kerajaan Negeri Perak sendiri dalam memudahkan urusan penggambaran kami di negeri itu, dimana penasihat serta penaung dokumentari ini juga merupakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak , iaitu Datuk Zainol Fadzi Paharudin," katanya.

Dalam menguatkan lagi getaran emosi dalam dokumentari ini kelak, sebuah lagu yang berjudul Tangisan Pasir Salak turut dihasilkan bagi memperkuatkan jalan cerita yang digarap.

Keistimewaan lagu yang digubah oleh Mohd Rafi Shafie itu juga dilihat kepada penyanyinya yang merupakan sensasi You Tube terbaru, Ajek Hassan (gambar).

Menurut Ajek, ini merupakan kali pertama dia diberi kepercayaan untuk menyanyikan lagu tema sebuah dokumentari.

"Perasaan berdebar itu memang ada kerana ini merupakan kali pertama saya diberikan kepercayaan sebesar ini.

"Bagaimanapun saya tetap yakin untuk melakukannya dengan baik, untuk menyampaikan lagu tema Tangisan Pasir Salak ini," kata pemilik nama penuh, Mohd. Mahathir Hassan ini.

- UTUSAN MALAYSIA

YPS ~ TAHNIAH buat Jamal Lukhir. Beliau pernah hubungi YPS tentang penggambaran ni.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Khamis, 26 Januari 2012

ISLAM MAKIN DIHINA

Lina Joy ( belakang sekali ) & Para Peguamnya
ISLAM DIHINA DI MALAYSIA


APA ITU IFC???

IFC berasal dari IRC( Inter Religion Council ) yang merupakan Suruhanjaya Antara Kepercayaan yang dicadangkan sebagai sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama(cth: Agama Islam) atas desakan penganut agama lain. IFC berfungsi seakan SUHAKAM yang turut menerima dan melayan aduan berkaitan agama.

IFC ditubuhkan oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism atau singkatannya MCCBCHS ataupun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandum bertarikh 21 Ogos 2001 kepada Majlis Peguam Negara.

Baca seterusnya...

Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni??

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah SWT kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3].

Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di Malaysia.

Ancaman Daripada 14 Tuntutan IFC Terhadap Umat Islam

1.Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2.Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka(murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.

4.Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam

5.Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam(murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

6.Seseorang atau pasangan suami-isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

7.Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya..

8.Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9.Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11.Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12.Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13.Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Ancaman utama IFC terhadap ISLAM :

1.Membuka ruang seluas-luasnya kepada orang bukan Islam mencampuri Hal Ehwal Agama Islam.

2.Menjadikan undang-undang Allah pertu tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta manusia yang jelas menjejaskan aqidah.

3. Orang-orang Islam bebas melakukan apa saja tanpa batasan. 4. Orang-orang Islam bebas untuk murtad.

5. IFC berhak untuk menentukan status agama seseorang.

Apakah kita sebagai Muslim membenarkan Islam diludah depan mata kita sendiri, mana sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?... Datuk Harussani tegur PM dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded langsung!'... Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim', katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih, maka inilah hadiahnya!'... Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia. Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar, macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!

Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: 'Sepertimana yang Tartar berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambildaripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsiral-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)

**SAPA YANG BACA ARTIKAL NIE 'DIWAJIBKAN' POST KEPADA SAUDARA MUSLIM LAINNYA... KERANA INI SEBAHAGIAN DARI JIHAD...

Rabu, 25 Januari 2012

PROTON TERBARU YANG AKAN DILANCAR

YPS ~ macam mana gambar ni boleh terlepas sedangkan kereta belum dilancarkan lagi.

Selasa, 24 Januari 2012

KJ CABAR DAP

YB Khairy Jamaluddin menyampaikan sumbangan kotak makanan


Hadir sama, Ketua Pemuda UMNO/BN Perak dan Ketua Pemuda Bahagian Ipoh Barat.


YPS tidak mengatakan menyertai UMNO itu sebagai bukti Melayu tu cerdik pandai. Tapi apabila ada kalangan Melayu yang menyertai parti DAP, YPS berani mengatakan Melayu tersebut adalah individu paling BODOH dan PENGKHIANAT agama, bangsa dan negara.

Majoriti Melayu di Malaysia menganuti agama Islam. Sejarah juga membuktikan bahawa Melayu adalah kaum bumiputera yang merupakan penduduk asal Malaysia, dahului dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu. ISLAM adalah agama rasmi Malaysia. Semuanya tertaluk didalam Perlembaggan Malaysia (Artikel/Perkara 11 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa Islam merupakan Agama Persekutuan. Sungguh pun begitu agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan)

Semua maklum akan perjuangan DAP. Penubuhan serta perjuangan mereka adalah untuk menuntut hak samarata (Malaysian Malaysia) dan menghapuskan ISLAM sebagai agama rasmi negara ini. Semua itu jelas. Dan bagaimana boleh ada segelintir Melayu Islam yang boleh menyertai DAP dan berjuang bersama mereka. Bukankah itu tindakan paling BODOH???

Apapun, YPS percaya, cuma segelintir Melayu sahaja yang BODOH. Begitu juga YB Ketua Pemuda BN/UMNO Malaysia, yakin jumlah Melayu itu terlalu kecil. Beliau mencabar DAP mengumumkan berapa ramaikah Melayu yang menyertai DAP.

IPOH 23 Jan. - Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin mencabar DAP mengumumkan jumlah orang Melayu yang menjadi ahlinya jika benar ia parti berasaskan berbilang kaum seperti yang sering didakwanya.

Menurutnya, penyertaan tiga orang Melayu ke dalam DAP baru-baru ini belum cukup untuk menunjukkan bahawa parti dominan Cina itu adalah parti berbilang kaum.

Katanya, ia juga tidak boleh dijadikan asas untuk mengatakan wujud kecenderungan kalangan orang Melayu untuk menyertai DAP.

"Jangan tunjuk tiga orang sahaja. Itu hanya tiga orang. Kita hendak tahu berapa ramai di peringkat bahagian, negeri dan pemimpin DAP adalah ahli Melayu.

"Jangan cakap DAP parti berbilang kaum sedangkan mereka tidak dapat keahlian daripada masyarakat Melayu," katanya kepada pemberita selepas Program Turun Padang Ketua Pemuda BN ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Buntong, Parlimen Ipoh Barat di sini hari ini.

Beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman DAP tentang penyertaan orang Melayu ke dalam parti itu antaranya bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Manis, Mohd. Ariff Sabri Aziz dan veteran UMNO dari Negeri Sembilan, Aspan Alias baru-baru ini.

Hadir sama, Ketua Pemuda UMNO negeri, Khairul Azwan Dato Harun dan Ketua Pemuda UMNO Ipoh Barat, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi.

Sementara itu, Khairy juga yakin pelbagai program pendidikan, kerjaya, sukan dan kebajikan, di samping kempen di alam siber yang dilaksanakan Pemuda BN sejak tiga tahun lalu mampu menarik golongan muda untuk menyokong BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

"Saya bukan cakap retorik tetapi berdasarkan tujuh dan lapan pilihan raya kecil lalu, kita dapati pengundi muda semua sudah kembali kepada BN," ujarnya.

Ditanya berapa ramai golongan muda menyertai BN selepas PRU 2008, Khairy memberitahu, beliau tidak mempunyai data mengenainya tetapi bilangan yang menyertai Pemuda UMNO sahaja sudah melebihi 100,000 orang.

"Yang masuk Pemuda UMNO sahaja, pada tahun lalu kita dapat 50,000 orang dan sebelum itu seramai 30,000 orang. Saya rasa jumlahnya sudah cecah lebih 100,000 dalam tempoh tiga tahun," katanya.

Selain program turun padang di Buntong, Khairy juga menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Pemuda BN serta Pelancaran BN Pilihan Orang Muda dan Penyampaian Alatan Sukan di Taman Mior Aris di Padang Rengas.

Beliau juga melancarkan Gerak Gempur dan Skuad Bermotor Pemuda BN serta merasmikan Rali Motorcross Terbuka Malaysia di Lenggong dalam rangka lawatan seharinya ke Perak hari ini.- (UTUSAN)

YPS ~ PAS kompom angin ngan KJ sbb usik DAP.

Isnin, 23 Januari 2012

PAS BUKAN AGAMA

Apa lah nak jadi dengan PAS ni. Kenapa mesti mempergunakan kesucian agama Islam demi mencapai matlamat politik mereka. PAS mengaku bahawa kepimpinan mereka adalah kepimpinan Ulama. Mereka berjuang kononnya untuk menegakkan Islam yang memang dah sedia berdaulat di bumi Malaysia.

Apa yang pasti, bagi YPS, mereka memecahbelahkan masyarakat Malaysia yang dari dulu lagi dah terkenal dengan perpaduan kaum. Bukan sahaja masyarakat tetapi memecahbelahkan ummah. YPS nak pembaca baca dan nilaikan ucapan Dr Hassan Ali (Bekas EXCO Kerajaan Negeri Selangor)

Berikut adalah petikan ucapan Dr Hassan Ali yang telah dipecat dari PAS:~

"Sesetengah pihak yang taksub di dalam Pas sengaja menyamakan parti itu sebagai sebuah agama supaya ia dapat diletakkan dalam jajaran hati manusia.
Beliau berkata, dengan cara itu ia akan membuatkan pengikutnya bersikap fanatik serta takut untuk berbeza pendapat dengan pemimpin mereka kerana khuatir tindakan itu boleh membuatkannya terkeluar daripada agama.

"Pas hanyalah sebuah parti politik dan dakwaan yang mengatakan Pas setaraf dengan agama hanyalah sebagai usaha menjadikan pengikutnya sebagai fanatik kepada parti dan sekali gus takut untuk berbeza pendapat dengan ketua mereka kerana bimbang akan terkeluar daripada ajaran agama Islam" (Hasan Ali-Utusan)

YPS menyeru agar Umat Islam berfikir sejenak diluar aspek politik. Fikirkan perpaduan Ummah. Kemanakah arah tuju ISLAM di Malaysia apabila kita bertelagah dan berpecah belah kerana berbeza ideologi politik???

YPS ~ PAS gadai ISLAM demi politik, demi Anwar Ibrahim.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sabtu, 21 Januari 2012

MAJLIS PENYAMPAIAN PAS SEMUSIM PAFA 2012

Seperti tahun yang lalu, Saudara Khairul Azwan B. Dato Harun selaku Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak merangkap Pengurus Pasukan Liga Super Perak telah berbesar hati untuk menyumbangkan Pas Masuk Stadium Perak bagi Musim 2012 kepada seluruh Ketua Ketua Pemuda Cawangan Bahagian Pasir Salak. Majlis berlangsung di Dewan Kampung Pulau Gajah jam 5 petang tadi.






YPS : Terima kasih boss. Moga Perak berjaya memenangi sekurang-kurangnya 1 Piala.

SAMBUTAN TAHUN BARU CINA di DEWAN KG BARU CHUI CHAK

Majlis anjuran Sukarela Bomba dan Tai Ji GGBM Chui Chak di Dewan Chui Chak, Langkap. Sambutan masyarakat Tiong Hua cukup baik. Tetamu kehormat adalah Saudara Khairul Azwan B. Dato' Harun (Ketua Pemuda BN Negeri Perak). Hadir sama meraikan Majlis adalah ADUN Sg Manik, YB Dato Zainol Fadzi B. Paharuddin.

Khamis, 12 Januari 2012

Bertambah Saja Usia Kita Bermakna Kita Telah Menghampiri Alam Barzakh


Pembaca yang dikasihi kerana Allah,
Sebenarnya apabila kita bangkit saja daripada tidur dipagi hari untuk mengerjakan solah subuh, sebenarnya itu tandanya usia kita telah meningkat.Meningkat menghampiri kematian dan menuju ke alam Barzakh. Alangkah bahagiannya sekiranya bertambah saja usia kita maka bertambah pula amal soleh, amal ibadah dan amalan-amalan yang mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Alangkah ruginya kita jika yang bertambah itu adalah dosa, kemugkaran, maksiat dan kerja-kerja yang mendatangkan kemurkaan Allah S.W.T..

Pembaca yang dimuliakan,
Setiap tahun apabila sampai sahaja hari lahir, kita menyambutnya tanda kesyukuran kerana masih dipanjangkan usia, dibuatlah juadah atau jamuan untuk meraikan dan datanglah ucapan-ucapan tahniah dari suami atau isteri, anak-anak dan rakan-rakan, biasanya diucap ‘selamat’ itu sebenarnya ‘bertambah kurang’. Seeloknya di samping bergembira, jangan lupa aspek manfaat dan kualiti amal yang kita lakukan perlu seiring dengan pertambahan usia kita. Hal ini sangat penting kerana di akhirat nanti, setiap individu akan di pertanggungjawabkan di hadapan Allah s.w.t.

Sebagaimana di dalam hadis Nabi S.A.W. yang bermaksud: “Tidak berganjak kedua-dua kaki seorang hamba pada Hari Kiamat sehingga ia disoal mengenai umurnya pada perkara apakah ia habiskan, ilmunya untuk apakah ia gunakan, harta bendanya dari manakah ia peroleh dan pada apakah ia belanjakan, mengenai tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan serta kecergasannya.”
(Hadis Riwayat Tarmizi).

Dalam hidup manusia terdapat tonggak umur yang sangat penting, antaranya umur 40 tahun sebagaimana tertera dalam al-Quran firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

"Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdo'alah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan ni'matmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)."
(Surah Al-Ahqaf Ayat 15)

Nabi Muhammad S.A.W. dalam sebuah hadisnya yang bermaksud: “Apabila seseorang sudah mencapai usia 40 tahun, sekiranya kebaikannya tidak mengatasi keburukannya, syaitan mencium di antara kedua-dua matanya dan berkata, ‘Inilah manusia yang sangat malang’."

Dalam riwayat lain, Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa umurnya sudah melebihi 40 puluh tahun sedang kebaikannya tidak lebih banyak daripada keburukkannya, hendaklah ia mempersiapkan keberangkatannya ke Neraka.’’ Daripada dua hadis berkenaan, Nabi S.A.W. menganjurkan umatnya untuk memeriksa amal perbuatannya setiap kali menyedari umurnya kian bertambah. Umur aset yang akan dipertanggungjawabkan.

Kita pasti akan beruntung atau rugi dengan umur panjang kita. Semuanya bergantung pada amal yang kita lakukan. Rasulullah s.a.w menyimpulkannya dalam dua kalimat iaitu “Manusia paling baik ialah yang panjang umurnya dan baik amal perbuatannya. Manusia paling buruk ialah yang panjang umurnya dan buruk amalnya."

Sehubungan itu, kita perlu menggunakan sisa umur yang masih diberikan ini dengan amalan yang baik khasnya bagi mencapai ‘Husnul Khatimah’ iaitu penghabisan umur yang baik. Mereka yang tidak menggunakan usianya dengan sebaiknya berada dalam kerugian dunia dan akhirat. Hidup hanya sekali kerana peluang tidak datang berkali-kali. Hanya mereka yang terpimpin dengan al-Quran dan sunnah Nabi yang akan sentiasa berwaspada terhadap peringatan Allah S.W.T.. Dalam surah al-’Asr yang bermaksud: “Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar“.

Kerana terkesan dengan masa serta kepentingannya Ibrahim bin Adham pernah menjawab ‘Umurku baru 10 tahun’ apabila ditanya berapakah umurnya. Terkejut orang yang bertanya. Bagaimana boleh jadi begitu, sudah tua lagi berjanggut tetapi mengaku baru berumur 10 tahun. Dengan hati yang rendah penuh keinsafan beliau menjawab, “Baru 10 tahun aku benar-benar berubah dan beramal dengan berkualiti”.

Seorang lagi alim apabila ditanya berapa umur, beliau menjawab, “Umurku 15 ribu hari. Lagi terkejut yang bertanya, kita biasanya mengingati umur bayi empat puluh hari, enam puluh hari dan sebagainya. Beliau sangat berkira saat-saat yang berlalu, katanya aku ingat umurku dalam jumlah hari supaya aku dapat bermuhasabah. Sekiranya setiap hari satu kali berbuat dosa bayangkan kalau sudah 15 ribu hari. Kalau buat dosa setiap hari 5 minit bayangkan kalau sudah 15 ribu hari.

Sahabat dirahmati Allah,
Sayyidina Ali r.a berkata :
"Sesungguhnya dunia ini telah berangkat pergi dan akhirat itu berangkat datang. Bagi tiap-tiap satu ada putera masing-masing. Maka jadikan dirimu putera akhirat dan bukan putera dunia. Hari ini hari 'amal tiada hisab, dan di akhirat hari hisab tiada 'amal."

Beramal dan berjihadlah untuk hari akhirat kita. Umur kita adalah singkat. Mungkin esok atau lusa kita akan berada di liang lahat.

Fudail rahimahullah telah bertanya kepada seorang lelaki, " Berapakah umur engkau sekarang?"

Jawab lelaki itu, "Sudah enam puluh tahun."

Jawab Fudail, "Agak panjang umur engkau, engkau ini dalam perjalanan untuk menjumpai Tuhanmu dan sudah hampir tiba waktunya."

Kata Fudail lagi, "Barangsiapa tahu behawa dia adalah hamba Allah, akan kembali kepada Allah, akan menghadap Allah dan akan di soal oleh Allah, maka dia hendaklah menyediakan jawapan-jawapan tersebut."

Tanya lelaki tadi, "Bagaimana melakukan yang demikian?"

Jawab Fudail, " Engkau berusaha membaiki baki umurmu dan bertaubat pada jalan Allah, nescaya Allah akan berikan pengampunan. Tetapi kiranya engkau engkar kepada Allah, maka engkau akan di siksa atas segala kesalahanmu yang telah lalu dan akan datang.. Amalan itu perlu dijaga waktunya. Jangan engkau abaikan dengan sia-sia dan hendaklah dipenuhi dengan kerja-kerja yang berguna."

Kita perlu menjaga setiap detik kehidupan kita supaya kita menjadi hamba kepada akhirat. Hidup kita sentiasa terkawal dengan ajaran Allah s.w.t.

Sayyidina Umar r.a. pernah berdoa kepada Allah yang bermaksud :
"Wahai Tuhanku, peliharalah aku dengan Islam sewaktu aku berdiri, peliharalah aku dengan Islam waktu aku duduk, peliharalah aku dengan Islam waktu aku tidur. Janganlah Engkau biarkan terhadap diriku musuh dan orang-orang yang dengki terhadap diriku"

Sahabat yang dimuliakan,
Imam Ali Zainal Abidin menjelaskan faktor-faktor yang dapat mengurangi umur manusia. Dia mengatakan: “Dosa-dosa yang dapat mempercepat datangnya ajal ialah memutuskan silaturahim, sumpah palsu, ucapan bohong, zina, menutup jalan orang mukmin, dan mengakui kepemimpinan yang tidak hak.” ((Maanil Akhbar, hlm. 271)

Alangkah banyaknya orang-orang yang panjang umurnya, hidup dalam kebaikan dan kebahagiaan akibat silaturahim yang dia lakukan. Dan alangkah banyak orang yang menempuh kesengsaraan hidupnya akibat memutuskan tali silaturahim.

Nash-nash agama dan riwayat banyak sekali yang menegaskan mengenai perkara tersebut. Kita sebutkan di sini sebagian saja.

Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya ada orang yang menjalin silaturrahmi, yang sisa umurnya tinggal tiga tahun, kemudian Allah menambah umurnya menjadi tiga puluh tahu. Dan ada orang yang memutuskan silaturrahmi, yang sisa umurnya masih tiga puluh tahun, kemudian Allah menjadikan umurnya tiga tahun. Kemudian beliau membacakan firman Allah swt: ‘Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan apa yang Dia kehendaki, dan di sisi-Nyalah terdapat Ummul Kitab’.” Ar-Ra’d/13: 39. (Safinah Al-Bihar 1: 514).

Rasulullah saw. bersabda: ‘Silaturahim mempermudah hisab dan menghindarkan diri dari kematian yang buruk.”‘

Saydina Ali bin Abi Thalib k.w berkata: “Sesungguhnya sumpah palsu, dan memutuskan tali silaturahim mengakibatkan rumah,rumah ditinggalkan oleh penghuninya.”
Beliau juga mengatakan: “Aku berlindung kepada Allah dari dosa-dosa yang mempercepat kebinasaan.”
Lalu ada salah seorang yang berdiri sambil bertanya: “Wahai Ali, adakah dosa yang dapat mempercepat kebinasaan?”
Beliau menjawab: “Ya, celaka engkau, memutuskan tali silaturahim.”

Oleh itu pergunakanlah baki umur kita yang masih tinggal ini untuk mempertigkatkan amal soleh, amal ibadah dan kerja-kerja dakwah dan kebajikan, jadikan setiap saat berlalunya masa di isi dengan pahala dan menghampirikan diri dengan Allah S.W.T.

YPS ~ tahun ni genap usia 40 tahun.

Dirikanlah Solat Dengan Khusyuk


Sahabat yang dikasihi Allah,
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Masud r.a katanya: Aku pernah bertanya Rasulullah s.a.w:
"Apakah amalan yang paling utama?"
Baginda s.a.w. bersabda: "Soalt pada waktunya."
Aku bertanya lagi: "Kemudian apa lagi?"
Baginda s.a.w. bersabda: "Berbakti kepada kedua orang tua. "
Aku bertanya lagi: "Kemudian apa lagi? "
Baginda s.a.w. bersabda: "Berjuang pada jalan Allah."
Kemudian aku bertanya lagi kepada Baginda s.a.w., semata-mata ingin menemani dan menjaga perasaan baginda s.a.w."
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
"Berapa ramai orang yang mendirikan solat, tetapi yang diperolehinya hanya penat dan letih kerana mereka itu lalai dalam solatnya."

Menurut Imam Ghazali bahawa solat itu ialah merupakan munajat seorang hamba terhadap Tuhannya. Apabila solat itu sebagai munajat sudah tentu ia dilakukan dengan penuh kesedaran di samping khusyuk dan tawaduk. Bagaimana mungkin seorang yang lalai boleh berbisik atau berdialog dengan Allah.

Khusyuk menjadi syarat sama ada solat seorang akan diterima oleh Allah. Jika khusyuk tidak wujud dalam diri orang yang menunaikan solat, maka ruang kosong itu pasti terisi dengan sifat lalai. Orang yang lalai tidak akan merasai keagungan Allah, sekalipun lidahnya mengucapkan kalimah-kalimah yang mengandungi kata-kata pujian kepada Allah.

Solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih awal di akhirat kelak oleh Allah berbanding amalan-amalan lain. Sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempurna, maka barulah dihitung pula amalan lain.
Solat itu, hebat statusnya dalam pandangan Allah, hebat cara penurunan kepada Rasulullah s.a.w. hebat cara melakukannnya, ditentukan waktunya, terikat kepada beberapa syarat rukun dan sunat sunatnya.

Di antara syaratnya mestilah suci dari hadas kecil dan besar, tubuh badan, pakaian dan tempat solat mestilah bersih dan segala najis dan kotoran dan mesti menghadap kiblat (Baitullah). Kedudukan Solat adalah sebagai tiang agama, tertegaknya solat maka tegaklah agama dan runtuhnya solat maka runtuhlah agama, dan kita harus INGAT..ianya merupakan soalan pertama yang akan diajukan kepada kita semua sewaktu sekalian manusia itu dihisab di Padang Masyar nanti. Sabda Nabi s.a.w. maksudnya :
“ Persoalan pertama yang akan ditanya manusia di akhirat kelak dan amalannya ialah persoalan solat. Jika solatnya diterima oleh Allah, maka akan diterima seluruh amalannya yang lain dan sekiranya solatnya ditolak oleh Allah, akan ditolak semua amalannya
(Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majjah)

Hadis ini bermaksud : Jika ibadah solat itu diterima Allah, maka akan diterima semua amal ibadah yang lain, tetapi jika ibadah solat itu ditolak maka ibadah yang lain juga akan ditolak. Kerana solat ini terlalu tinggi darjatnya disisi Allah, lantaran itu perintah solat ini diterima Nabi s.a.w. mendapat perintah solat secara langsung daripada Allah s.w.t. di Arash Illahi.

Sahabat yang dimuliakan,
Antara amalan untuk mendapat khusyuk dalam solat dan kemanisan ibadah ada 17 perkara :

1.Sentiasa melaksanakan solat berjemaah (yang paling afdhal ialah di masjid).

2.Menjaga makan minum agar terjamin halalnya (pastikan tidak di makan makanan yang haram dan syubhat kerana ianya boleh mengelapkan hati).

3.Membanyakkan sedekah kepada fakir dan miskin.

4.Jangan solat dengan menangguh untuk membuang air besar atau kecil dan perkemaskan segala urusan supaya tidak timbul kebimbangan dalam solat.

5.Mengambil wudhuk dengan sempurna supaya air mengenai semua anggota wajib serta mengingati niat atau do'a apabila air melalui di tiap-tiap anggota.

6.Memakai pakaian yang bersih dan kemas seperti akan menghadap pembesar negeri.

7.Tempat sujud dipastikan tidak ada gambar yang menganggu fikiran atau membimbangkan hati.

8.Mengingatkan mati dan kemungkinan itulah solat kita yang terakhir dalam hidup.

9.Menyedari bahawa kita sedang berhadapan dengan Allah Yang Maha Agung dan Maha Mengetahui segala rahsia hamba-Nya.

10.Memenuhkan dada dalam perasaan takut dan rendah diri kepada Allah yang melihat segala gerak geri kita.

11.Memahami segala bacaan dalam solat termasuk ayat-ayat Al-Qur'an dan segala zikir.

12.Sebelum mengangkat takbir, membaca surah An-Nas, selawat atas Nabi s.a.w., istighfar dan apa-apa bacaan untuk menjauhkan gangguan syaitan.

13.Memandang ketempat sujud dan tidak terlalu banyak mengerakkan anggota badan.

14.Memusatkan seluruh ingatan kepada solat.

15.Memanjangkan sedikit tempoh semasa rukuk dan sujud.

16.Memastikan tidak ada gangguan di dalam kawasan solat.

17.Jangan menjeling ke kiri dan ke kanan.

Akhirkata marilah sama-sama kita perbaiki solat kita supaya ianya menjadi khusyuk dan berkualiti dan dapat di persembahkan kepada Allah s.w.t sebagai persembahan yang pertama ketika berhadapan dengan Allah s.w.t. di hari akhirat nanti. Bila lulus solat kita maka segala amalan-amalan yang lain akan mudah melalui proses timbangan amal. Semoga kita ditempatkan oleh Allah s.w.t. kedalam Syurga yang disediakan-Nya untuk hamba-hamba-Nya yang dikasihi.

Yang Paling Manis Di Dunia

Saudaraku tercinta, hamba siapakah Anda? Apakah Anda hamba diri Anda sendiri? Apakah Anda hamba syahwat Anda sendiri? Milik siapakah Anda sebenarnya? Apakah tujuan Anda hidup didunia? Ini adalah pertanyaan-pertanyaan yang bertebaran bersama berbagai hal di kehidupan dunia ini.


Ibnu Taimiyyah rh, mencoba untuk menjawab atas semua pertanyaan ini dengan jawaban umum yang mampu mencakup segalanya, dan ternyata beliau tidak menemukan jawaban selain berikut ini: "Betapa malangnya penduduk dunia yang keluar dari dunia ini tanpa sempat merasakan hal yang paling manis di dalamnya."

Beliaupun kemudian ditanya, "Apakah gerangan hal yang paling manis di dunia?" Beliau pun menjawab, "Mencintai Allah s.w.t. adalah yang paling manis."

Saya melihat Anda bingung dengan jawaban ini! Saudaraku tercinta, pahamilah hal-hal global sebagaimana mestinya! Apakah Anda mengerti apa yang saya maksud?Misalnya Anda sedang berada di sebuah jalan yang bercabang, tapi kemudian Anda tahu bahwa jalan-jalan ini berujung pada satu poros. Itulah titik "mencintai Allah"

Ini merupakan pengantar untuk mendalami tema "Khusyuk dalam Solat" Alangkah bahagia hati Anda sekarang, sebab ia tengah berada dalam kerinduan yang mendalam untuk bisa khusyuk di hadapan Allah s.w.t..

Salah satu hal yang sangat merintangi seseorang menuju kekhusyukan ketika solat adalah banyaknya tolehan dan gerakan badan, begitupun sikap lalai dalam solat. Anda bisa melihat ada orang-orang yang melakukan hal-hal aneh tatkala solat. Satu contoh, orang yang mengerjakan solat dengan sedemikian cepat seolah sebuah senam aerobik, juga yang solat disamping televisi yang tengah menyala, atau solat namun matanya berputar mengamati rumah dari depan hingga belakang, dari atas hingga bawah.

Ada juga yang ketika solat mengangkat suaranya agar anaknya terdiam, atau menengok-nengok kearah jam saat ia tengah berada dalam solatnya. Bahkan ada juga yang gerakannya lebih cepat dari patukan ayam jantan, dimana ia melakukan sujud namun ujung kepalanya hampir tidak menyentuh lantai.

Ini merupakan contoh-contoh yang tidak bisa diteladani! Apakah Anda mengiraAllah s.a.w. akan mengabulkan solat semacam ini?

Di manakah kekhusyukkan? Manakah thuma'ninah dan ketenangan? Bahkan manakah wujud solat yang hakiki? Apakah shalat semacam ini akan mampu membuahkan hasil?




Jauhi Sikap Saling Mendengki, Membenci dan Bermusuhan dan Wujudnya Perbezaan Pendapat adalah Satu Rahmat

~: RENUNGAN BERSAMA :~

Sahabat yang dirahmati Allah,

Islam sentiasa menggalakkan sesama Muslim agar sentiasa hidup rukun damai, memberi kasih sayang, membina ukhuwah, menghubungkan silaturahim, bantu membantu dan menyuruh menjauhi permusuhan, tidak mendedahkan keaiban saudaranya, menjauhi perasaan hasad dengki dan fitnah memfitnah

Dari Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : "Janganlah kamu saling membenci, saling mendengki dan saling bermusuhan, tetapi jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal seorang Muslim mendiamkan (tidak menyapa) saudaranya lebih dari tiga hari."(Hadis Shahih Riwayat Muslim)

Dalam riwayat yang lain Abu Ayyub Al-Anshari r.a berkata bahawa : "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : "Tidak halal seorang Muslim mendiamkan (tidak mau menyapa) saudaranya lebih dari tiga malam di mana keduanya bertemu lalu yang ini berpaling dan yang itu berpaling. Yang terbaik di antara keduanya ialah orang yang memulai mengucapkan salam."(Hadis Shahih Riwayat Muslim)

Berdasarkan dua hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa seorang Muslim dilarang daripada bermusuhan dan tidak bertegur sapa lebih daripada tiga hari kerana perbuatan ini akan membawa dosa dan dimurkai oleh Allah s.w.t.

Di dalam realiti masyarakat kita permusuhan yang berlaku sesama ahli keluarga, jiran sesama jiran, pemimpin bersama rakyat bukan setakat tiga hari tiga malam, malahan berlarutan hingga bertahun-tahun lamanya hanya berpunca daripada selisih faham di antara anak-anak, tidak puas hati pembahagiaan harta pusaka, perbedzaan fahaman politik, tidak terpilih menjadi pemimpin setempat dan sebab-sebab yang lain.

Nabi s.a.w menjelaskan lagi yang paling baik di antara mereka yang bermusuhan adalah mereka yang terlebih dahulu menghulurkan tangan persahabatan dan salam ukhwah dan memulakannya dengan mengucapkan salam.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :"Kamu tidak akan masuk Syurga sehingga kamu beriman. Dan kamu tidak akan beriman sehingga kamu berkasih sayang. Mahukah kamu saya tunjukkan kepada sesuatu jika kamu lakukan kamu akan berkasih sayang? Sebarkanlah salam antara sesama kamu".(Hadis Riwayat Muslim dari Abu Hurairah r.a).

Sahabat yang dimuliakan,
Islam merai perbezaan pendapat dalam agama. Ujian ini boleh dirujuk kepada firman Allah dalam ayat berikut:

وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ لَجَعَلَ النَّاسَ أُمَّةً وَاحِدَةً وَلا يَزَالُونَ مُخْتَلِفِينَ (١١٨)إِلا مَنْ رَحِمَ رَبُّكَ وَلِذَلِكَ خَلَقَهُمْ وَتَمَّتْ كَلِمَةُ رَبِّكَ لأمْلأنَّ جَهَنَّمَ مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ (١١٩)

Maksudnya : "Dan kalaulah Tuhanmu menghendaki, tentulah Dia menjadikan umat manusia semuanya umat yang satu. (Tetapi Dia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan. Tetapi orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanmu, (mereka tidak berselisihan) dan untuk (perselisihan dan rahmat) itulah Allah menciptakan manusia." (Surah Hud ayat 118-119)

Daripada ayat di atas dapat difahami bahawa:
Allah Subhanahu wa Ta‘ala berkuasa untuk menjadikan manusia semuanya bersepakat di atas satu agama, satu pendapat.Akan tetapi Allah sengaja tidak berbuat demikian, maka kerana itulah manusia sentiasa berbeza pendapat. Dalam ertikata yang lain, menjadi fitrah manusia untuk saling berbeza pendapat antara satu sama lain.

Pengecualian adalah bagi mereka yang diberi rahmat oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala, dimana mereka tidak berbeza pendapat. “Tidak berbeza pendapat” bukanlah bererti mereka semua bersepakat di atas satu pendapat, akan tetapi mereka bersikap terbuka kepada beberapa pendapat yang ada sehingga di sisi mereka, “perbezaan” tersebut sebenarnya adalah satu “kepelbagaian" dan rahmat.

Demikian merupakan antara sebab Allah Subhanahu wa Ta‘ala mencipta manusia, sekali gus menjadi ujian bagi mereka. Orang yang gagal ujian tersebut dapat dikenali dengan sikapnya yang sentiasa negatif apabila berhadapan dengan perbezaan pendapat. Orang yang lulus pula, yakni yang diberi rahmat oleh Allah, dapat dikenali dengan sikapnya yang sentiasa positif apabila berhadapan dengan kepelbagaian pendapat.

Berdasarkan ayat di atas juga dapat ditegaskan bahawa usaha sebahagian orang yang cuba menyatukan umat Islam di atas satu pendapat adalah sia-sia kerana ia bertentangan dengan fitrah manusia dan kehendak Allah.

Sebaliknya usaha sebahagian lain yang cuba membuka umat Islam ke arah bersatu di atas kepelbagaian pendapat, mereka itulah yang berada di atas jalan yang benar, yang akan mendapat rahmat Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

Sahabat yang dikasihi,
Jauhilah perasaan buruk sangka, janganlah bermegah-megahan dengan harta, pangkat , kuasa dan keturunan kerana kemegahan itu membawa dosa dan permusuhan. Apabila kita berkuasa dalam pemerentahan janganlah menafikan hak rakyat untuk bersuara dan menuntut keadilan, kerana semua tindakkan dan keputusan yang tidak adil akan mendapat balasan dihari akhirat nanti.

Mahkamah Allah s.w.t di hari akhirat adalah seadil-adil mahkamah tidak tidak terlepas walaupun sebesar atom dosa dan kezaliman manusia terhadap manusia yang lain. Firman Allah s.w.t. maksudnya : "Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan." (Surah Yasin ayat 65)

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud :“Tahukah kamu siapakah dia Orang Muflis?”

Sahabat-sahabat baginda menjawab : “Orang Muflis di antara kami, ya Rasulullah ialah orang yang tidak ada wang ringgit dan tidak ada harta benda.”

Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Sebenarnya Orang Muflis dari kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat , sedang datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang ini, dan menuduh orang itu , memakan harta orang orang ini ,menumpah darah orang itu dan juga memukul orang . Maka akan di ambil dari amal kebajikannya serta di beri kepada orang ini dan orang itu , kemudian kiranya habis amal kebajikannya sebelum habis di bayar kesalahan-kesalahan yang di tanggungnya , akan di ambil pula dari kesalahan-kesalahan orang yang di aniayakannya serta di timpakan keatasnya , kemudian ia di humbankan kedalam neraka.”
(Hadis Riwayat Muslim dan Turmizi)

Kita perlu berhati-hati supaya tidak menjadi orang yang muflis sebagaimana digambarkan Rasulullah s.a.w. dalam hadits di atas. Datang ke akhirat dengan membawa pahala amal ibadah yang begitu banyak, namun bersamaan dengan itu, ia juga datang ke akhirat dengan membawa dosa yang bersangkut paut dengan orang lain secara negatif ; mencaci, mencela, menuduh, memfitnah, memakan harta tetangganya, mengadu domba dsb.

Sehingga pahala kebaikannya habis untuk menutupi keburukannya. Bahkan kerena kebaikannya tidak cukup untuk menutupi keburukannya tersebut, maka dosa-dosa orang-orang yang dizaliminya tersebut diberikan pada dirinya. Hingga jadilah ia tidak memiliki apa-apa, selain hanya dosa dan dosa, akibatnya ia dicampakkan ke dalam api Neraka. Na’udzubillah min zalik.

Sahabat,
Marilah kita perbaiki hubungan kita sesama Muslim, buangkanlah sikap yang buruk dan negatif sesama kita, janganlah kerana kemegahan dan nilai-nilai duniawi kita sanggup menggadaikan nilai ukhrawi kita, kerana sesungguhnya orang yang bijak adalah orang yang buangkan kepentingan duniawinya untuk mencapai kebahagiaan di hari akhirat.

Renungkanlah hadis Nabi s.a.w. ini :Dari Abu Hurairah r.a katanya : "Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : 'Hindarilah oleh kamu sekalian berburuk sangka kerana buruk sangka adalah ucapan yang paling dusta. Janganlah kamu sekalian saling memata-matai (mencari berita) yang lain, janganlah saling mencari-cari aib yang lain, janganlah kamu saling bersaing (kemegahan dunia), janganlah kamu saling mendengki dan janganlah kamu saling membenci dan janganlah kamu saling bermusuhan tetapi jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara'."(Hadis Shahih Riwayat Muslim)

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..