Dr Hasan Ali pernah menamakan Nik Abdul Aziz adalah pemimpin Pakatan Rakyat yang layak menjadi PM Malaysia seandainya BN tewas pada PRU13 akan datang. Jika faktor umur tidak melayakkan Nik Aziz, Dr Hasan Ali menamakan pula Presiden PAS iaitu Haji Hadi Awang. Namun Haji Hadi menyuarakan beliau tidak berminat untuk menjadi Perdana Menteri.
Maka terpaksalah mereka menerima Anwar Ibrahim menjadi Pemimpin No 1 negara. Betapa rendahnya martabat PAS apabila terpaksa tunduk kepada manusia yang terkenal dengan pelbagai masaalah moral.
Berbeza dengan Nik Aziz, Mursyidul Am PAS itu mengambil pendirian tidak akan melepaskan kerusi empuk Menteri Besar selagi nyawa dikandung badan. Beliau berkata, Kelantan masih memerlukan kepimpinan Ulama. Maka Nik Aziz tidak harus bersara daripada politik.
: HADI TAWAR DIRI TIDAK BERTANDING :
MARANG – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mungkin tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke- 13 (PRU13), yang dijangka akan diadakan dalam waktu terdekat.
Menurutnya, keputusan itu dibuat berdasarkan kepada khidmatnya yang disifatkan sudah terlalu lama menyandang jawatan sebagai Yang Berhormat.
"Sudah lebih 30 tahun saya bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) iaitu bermula pada 1982 dan sudah berbelas tahun sebagai Ahli Parlimen," katanya.
Abdul Hadi berkata, sekiranya tidak bertanding mana-mana kerusi, beliau boleh bergerak ke seluruh negara untuk memantapkan parti.
Bagaimanapun, Adun Rhu dan Ahli Parlimen Marang ini menawarkan bertanding satu kerusi sahaja sekiranya dipilih sebagai calon dalam PRU13 nanti.
Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian dalam satu temu bual eksklusif ketika ditemui di rumahnya selepas menyampaikan ceramah di Masjid Rusila, Marang, di sini.
"Terpulang kepada parti untuk menilai kerusi mana yang sesuai untuk saya sama ada Dun atau Parlimen," katanya yang menyerahkan kepada keputusan parti untuk menentukan sama ada beliau bertanding atau sebaliknya.
Beliau menganggap ramai pemimpin pelapis dalam parti itu yang boleh membantu membawa hala tuju parti pada masa depan.
Katanya, pembabitannya dalam politik sezaman dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Saya kebetulan mengikuti parti sejak zaman Tun, zaman generasi kedua (Pak Lah) sampailah kini.
"Saya diberi amanah kepimpinan dan kerusi pada usia terlalu muda, saya menjadi Naib Presiden dalam usia 30-an, sudah terlalu lama," katanya.
Sementara itu, beliau turut menolak desas-desus anaknya Mohammad Khalil Abdul Hadi, 30an, bakal dicalonkan dalam PRU13.
"Biar dia jadi ahli biasa buat masa ini," katanya.(sinarharian)
Apa yang tak kena dengan kenyataan Presiden PAS kali ini apabila beliau berkata sudah terlalu lama (lebih 30 tahun) menjadi YB. Masakan seorang PRESIDEN yang segala keputusan parti ditangan beliau sanggup mengundur diri dan menyerahkan nasib dirinya kepada parti?
Sebelum ini ada cadangan mendesak agar Nik Aziz tidak bertanding PRU dan ada yang berpendapat Nik Aziz boleh keseluruh negara untuk berkempen. Bagaimana pula skrip cadangan tersebut boleh dikeluarkan semula kini dan yang paling mengejutkan ianya dari mulut Presiden parti sendiri?
YPS ~ merasakan Haji Hadi berkias agar Nik Aziz berundur. Takkan itu pun xfaham.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.
Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.