Selasa, 7 Februari 2012

PeGANG PADA HUKUM

PARIT : Pemimpin yang mengutamakan kekayaan material akan mengakibatkan kepincangan serta kemiskinan ummah, titah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pada sambutan Majlis Maulidur Rasul peringkat negeri di Masjid Raudhatul Mardhiah di sini semalam.

Titahnya lagi, perkara itu menyebabkan berlaku pelbagai masalah membabitkan masyarakat selain mengundang masalah sosial lain.

"Pemimpin mengutamakan kekayaan peribadi, keluarga dan kelompok (kroni) berikutan kekayaan tersebut diperolehi secara mendadak lagi mencurigakan akan melahirkan individu kaya bersifat sementara"

"Kekayaan material seumpama itu tanpa dilengkapi kekayaan minda, intelek, ilmu dan rohani adalah kekayaan palsu serta sekadar melahirkan budaya kemewahab, bermegah dan pembaziran"

Ia menyebabkan ketirisan sumber, pembangunan tempang, kadar pengangguran, penghijrahan, penyeludupan dan jenayah tinggi dituruti pelbagai penyakit sosial"

"Perkara itu akhirnya menjejaskan ketenteraman awam selain menggugat kestabilan poitik serta meningkatkan keselamatan dan pertahanan negara. Akibatnya ummah bertambah derita keranan perangkap dalam putaran kemiskinan,"titahnya.

Setiap usaha membina kekayaan ummah perlu dilaksanakan berasaskan saluran halal yang bersandarkan formula kesaksamaan bagi menjamin kesejahteraan majoriti umat Islam secara menyeluruh.

"Ia boleh dicapai dengan tidak mengizinkan perlakuan yang mendorong berlakunya kekayaan secara mendadak sehingga menyisihkan undang-undang serta dibolot oleh individu yang tamak"

"Senario semasa di negara tertentu wajar dijadikan peringatan dan tauladan. Sangat penting bagi umat Islam hari ini mengembalikan keluhuran dan kepimpinan seperti dianjurkan oleh Rasulullah SAW"

"Sesungguhnya baginda memiliki watak serta sifat unggul yang wajib dijadikan ikutan terutama di kalangan mereka yang diamanahkan dengan tanggungjawab kepimpinan baik ulama ataupun umara"

"Permerintahan baginda teguh berpegang pada hukum, menegur setiap kesalahan, mencegah setiap kemungkaran walaupun membabitkan saudara, keluarga atau sahabat terdekat"

"Baginda Rasulullah SAW tidak terpesona dengan kemewahan dunia, jauh sekali tergoda untuk membina kekayaan diri dan keluarga," titahnya.

"Kesejahteraan sesuatu bangsa dan negara dipengaruhi sifat serta akal bicara pemimpin, selain pemimpin tidak mengizinkan berlakunya pemusatan himpunan kekayaan secara melampau di kalangan kumpulan tertentu"

"Jika pemimpin sentiasa insaf akan tanggungjawab besarnya pada ummah dan negara serta yang lebih besar terhadap Allah, maka sejahtreralah hidup ummah dan makmurlah negara".

"Khazanah negara juga akan diurus secara telus, sumber negara diagih secara saksama dan kekayaan negara tidak dibazirkan," katanya.

Lebih 3000 rakyat setempat menghadiri majlis itu. Turut disertai Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun, diiringi Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah dan Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim serta Raja Dihilir Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Muda, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah.

YPS ~ DYMM Paduka Sultan memahami perkara ini. Pesan baginda ini patut dijadikan asas dalam memimpin serta mentadbir kekayaan negara agar rakyat hidup makmur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..