Jumaat, 2 November 2012

Antara Islam & Kuasa dari kacamata Nasharudin

Ledakan Nasharudin tentang perlunya umat Islam negara ini bersatu. Tanpa berselindung - beliau menyuarakan rasa hairan mengapa usaha untuk membincangkan masalah umat Islam terutamanya melibatkan dua parti terbesar orang Melayu Islam iaitu parti UMNO dan PAS dilihat sebagai 'taboo' atau dalam bahasa mudahnya 'haram'. Dari sudut politik Nasharudin dikira sudah langgar tembok menyuarakan semula pendirian dan pandangannya mengenai isu yang kontrovesial di kacamata PAS ini. Ini kalau kita singkap balik kisah tahun 2009 bilamana Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat 'meletop' memintanya meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden PAS dan Ahli Parlimen Bachok jika masih meneruskan hasrat untuk menubuhkan kerajaan perpaduan UMNO-PAS.

Menteri Besar Kelantan itu yang diketahui umum menyimpan dendam kesumat terhadap UMNO langsung tidak dapat menerima idea yang diketengahkan oleh tokoh moderate PAS ini. Tok Guru PAS itu sanggup tenggelam timbul dengan DAP sekalipun satu dunia tahu pendirian parti itu terhadap perjuangan asal PAS. Meneliti kata-katanya itu jelas Nasharudin nampaknya sudah set tidak pandang belakang dan sedia berdepan dengan risiko tindakan partinya.

"Adakah agama mengajar umatnya meletakkan ajaran Islam di tempat kedua semata-mata mahu mendapatkan kuasa?" kata yang dipercayai merujuk kepada sikap konservatif sesetengah pimpinan atasan PAS dan golongan Anwarista parti itu yang membuka diri berdakap dengan DAP. Beliau mengingatkan kemenangan Islam terletak di tangan umatnya sendiri tanpa bantuan dari bukan Islam. Nasharudin mempersoalkan dalam sejarah kemenangan umat Islam adakah ia pernah dibantu oleh orang bukan Islam." Saya pernah bertanya dua kali kepada seorang pemimpin Islam, adakah dalam sejarah kemenangan umat Islam, pernah dibantu oleh orang bukan Islam?" Beliau menjawab kemenangan Islam dari dulu sampai bila-bila berada di tangan umat Islam sendiri sahaja," katanya. Beliau juga bertanya "jika umat Islam negara ini terus berpecah belah, apakah yang bakal terjadi kepada umat untuk lima, 10 atau 15 tahun lagi?

Beliau mengingatkan agar tidak mengutamakan kuasa semata-mata sehinggakan sanggup meletakkan prinsip Islam di tempat kedua. Katanya dalam konteks politik hari ini, masalah perpecahan umat sering dilupakan sedangkan ia adalah masalah utama yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. Beliau pergi lebih jauh lagi dengan mempersoalkan sama ada golongan bukan Islam kini berbaik dengan umat Islam "untuk kesenangan bersama dalam langkah percaturan politik singkat semata-mata untuk meraih sokongan di peti undi". "Atau sememangnya benar bukan Islam kini insaf dan mula mengenali Islam yang maha adil dan benar-benar ingin mendokong cita-cita Islam yang diimani oleh majoriti umat Islam dalam konteks mengubah pemerintahan sedia ada ke arah sebuah pemerintahan baru yang bersama-sama mendukung jemaah Islam?,"

Katanya jika benar begitu, takdirnya dalam PRU13 nanti, kumpulan bukan Islam memenangi suara terbanyak dalam parlimen, apakah amalan Islam yang terlaksana dalam pelbagai institusi kini termasuk Mahkamah Syariah, Perbankan Islam,Majlis Agama Islam Negeri-negeri dapat dipertahankan malah diperbaiki atau ia dihapus secara perlahan-lahan."

Kita amat bimbang jika berlaku keadaan habis madu sepah dibuang. Amat dukacita jika kita mengambil sikap terlalu kuat mengutamakan ikatan politik daripada menjaga agama dan mempertahankan agama Islam kita sendiri,"katanya.

Serentak dengan itu Nasharudin secara terbuka di seminar itu menyifatkan tindakannya menghentam Karpal Singh menolak hajat PAS hendak tubuh negara Islam sebagai satu dakwah. Tanpa mempedulikan Pengerusi DAP itu kata hendak saman, beliau dakwa Karpal adalah anti Islam bukan anti-Hudud. Beliau menegaskan Karpal tidak berhak menentang perundangan yang ditetapkan Allah.

Bekas Timbalan Presiden PAS itu juga menyuarakan sokongannya pada pandangan Timbalan Musyridul Am PAS, Datuk Dr Haron Din yang hentam Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana lancar buku seorang tokoh Islam liberal India yang tolak negara Islam di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pada awal ucapannya Nasharudin telah mencuri perhatian bila mendakwa satu majlis kesyukuran telah diadakan selepas pilihanraya negeri Sarawak dimana ada doa dibuat agar Malaysia menjadi negara Kristian. Beliau mengajak umat Islam bersatu untuk berdepan dengan strategi yang dirancang oleh musuh Allah di negara ini.

Bercakap kepada wartawan selepas itu Nasharudin berkata beliau tidak bimbang langsung risiko berdepan dengan tindakan dari PAS kerana bersuara begini.
"Pendirian saya jelas. Boleh kata semua tau pendirian saya. Saya tak takut nyatakan pendirian saya,"katanya.

Baginya soal ahli parti dan sebagainya adalah soal kedua kerana yang utama ialah agama Islam.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..