Selasa, 30 Julai 2013

MAJLIS IHYA' RAMADHAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO PERAK




Pada petang 29 JULAI 2013 telah berlangsung Majlis Ihya' Ramadhan 1434H Peringkat Negeri Perak di perkarangan Masjid Al Mukmin, Tapah.

Program ini adalah program tahunan Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak di bawah pimpinan Saudara Khairul Azwan Dato Harun setiap kali tiba bulan Ramadhan.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Menteri Belia Dan Sukan Malaysia, YB Khairy Jamaluddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Rembau.

Dalam ucapan perasmian, beliau selaku Menteri Beliau dan Sukan memuji program tersebut yang mana dapat mendekatkan golongan muda khususnya belia dengan masjid yang menjadi tunjang penyatuan ummah.

Rasulullah SAW menjadikan masjid sebagai pusat aktiviti penting dalam mengembangkan Islam serta menyebarkan ilmu agama bagi memantapkan iman para sahabat baginda.

Melihat kepada senario hari ini, ada segelintir rakyat Malaysia khususnya bukan Islam yang mula berani mempersendakan agama Islam. Merujuk kepada kes Alvin dan Vivian yang mencetuskan kemarahan umat Islam di negara ini.

Beliau percaya perkara ini berlaku apabila ummah tidak bersatu sehingga memberi ruang kepada penganut agama lain mempersendakan Islam.

Dalam ucapannya, Khairy yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Malaysia memuji tindakan tegas Kerajaan Malaysia dalam menangani isu tersebut.

Jika tiada tindakan tegas dan dibiarkan berleluasa, ianya boleh mencetuskan ketegangan antara penganut-penganut agama di Malaysia.

"Bukan sekadar menghina agama Islam, kita juga tidak mahu sesiapa menghina kepercayaan Hindu, Buddha, Kristian dnn sebagainya. Pendirian Pemuda UMNO jelas dalam isu ini", tegas Khairy.

Sejurus selepas perasmian, Khairy menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim, pelajar Maahad Tahfiz, golongan ibu tunggal dan rakyat kurang berkemampuan sempena bulan Ramadhan dan Hari Raya yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Turut hadir, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M Saravanan, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak, Dato Shahrul Zaman Yahya, Ketua UMNO Bahagian Tapah, Dato Shamsudin Abu Hassan dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tapah, Khairuddin Mohd Jali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..