Jumaat, 6 Mac 2015

RUU Farmasi, Keputusan Perlu Utamakan Kepentingan Rakyat Keseluruhannya - @Azwanbro @NajibRazak #PemudaUMNO #AKHI #Kesihatan


Cadangan pengasingan klinik dan despensari di pusat rawatan negara ini masih belum boleh dilaksanakan lagi.

Pandangan mewakili Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu disuarakan oleh Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun ketika mengulas cadangan yang mendapat perhatian ramai itu.

Azwan yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Malaysia berkata, ia memerlukan satu pelan jangka panjang selain pelbagai perbincangan khusus sebelum perkara itu dapat direalisasikan.

"Pengasingan itu belum boleh dibuat. Semua pihak perlu memberi pandangan masing-masing dan agensi penguatkuasa harus melihat aspek ini dari sudut jangka masa yang panjang.

"Sebarang keputusan harus memikirkan kehendak rakyat dan tidak menyusahkan masyarakat secara keseluruhannya, kerana itu sebarang rang undang-undang mengenai isu ini yang akan dibentang harus mencari titik persetujuan semua," memetik katanya seperti yang disiarkan oleh Astro AWANI semalam.

Selaku Pengerusi Akademi Kepimpinan Kapten Hussein (AKHI) beliau merancang untuk menganjurkan sidang meja bulat AKHI bagi membincangkan isu berkenaan, dijangka minggu hadapan.

"Kita adakan 'roundtable' pada minggu hadapan sebagai langkah proaktif dan progresif Pemuda untuk beri cadangan penyelesaian kepada pihak KKM sendiri," jelasnya.


Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr H. Krishna Kumar dalam satu kenyataan media semalam menolak Rang Undang-Undang Farmasi dengan alasan pemegang taruh yang berkaitan tidak dirujuk terlebih dahulu sebelum usul itu dibawa ke Parlimen. 
Katanya, MMA bersama Majlis Perubatan Malaysia (MMC) dan beberapa organisasi berkaitan juga telah mengadakan pertemuan dengan Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan berkaitan cadangan pemisahan dispensari dan hak preskripsi mengenai hal berkenaan.
Dr H. Krishna juga sebelum ini dilaporkan berkata pemisahan fungsi farmasi dan klinik hanya akan berlaku selepas penyusunan semula perkhidmatan penjagaan kesihatan yang komprehensif.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..