Rabu, 7 September 2016

Pemuda UMNO Tuntut Tun Dr Mahathir Nyatakan Pendirian - @Azwanbro @KhairyKJ @NajibRazak


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad diminta menyatakan pendirian sama ada beliau sudah menerima bekas Timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai rakan politik susulan pertemuan mereka di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin lepas.

Naib Ketua Pemuda UMNO Khairul Azwan Harun berkata beliau mempertikai kenyataan yang diberikan Dr Mahathir kononnya kehadirannya bagi memberi sokongan terhadap Anwar yang mengemukakan saman kepada kerajaan berhubung Akta Majlis Keselamatan Negara 2015.

"Kedua-dua personaliti itu diketahui umum mempunyai sejarah pahit sesama mereka serta melihat tindakan Dr Mahathir itu sebagai mainan politik murahan," ujar Azwan.

“Tindakan Tun M (Mahathir) jelas menunjukkan beliau mengamalkan matlamat politik menghalalkan cara.

Khairul berkata, walau apa pun alasan Dr Mahathir bagi menemui Anwar, ia tetap dilihat sebagai mempunyai maksud tersirat dan tidak kurang mendakwa ia bertujuan meraih sokongan politik daripada pihak pembangkang.

"Perbuatan Dr Mahathir ini tidak secocok dengan statusnya sebagai negarawan. Ini amalan politik sempit yang terdesak. Ternyata beliau sanggup menggunakan apa cara sekali pun termasuk mainan politik murahan," katanya pada sidang media, di sini hari ini.


"Saya juga mengenali ramai penyokong Anwar dan mereka rasa kecewa dengan apa yang berlaku kerana sudah banyak berkorban jiwa raga termasuk harta benda bagi menyokong Anwar," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..