Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang pada hari ini menganjurkan Himpunan Aman Pemuda Bangkit bagi mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk meletakkan jawatan berikutan dakwaan dua kes rasuah terhadap dirinya.
Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun turut bersama hampir 3,000 orang membanjiri Persiaran Gurney, di sini, bermula jam 2 petang sehingga jam 4.30 petang.

Menurut Azwan, perhimpunan aman ini adalah sebagai bukti bahawa anak jati negeri tidak mahu Guan Eng terus memimpin Pulau Pinang.
"Bagaimana seorang pemimpin yang sedang didakwa kerana salah laku rasuah boleh terus mentadbir? Perkara ini adalah sesuatu yang amat pelik dan dangkal.
"Guan Eng perlu tahu bahawa semua rakyat Pulau Pinang menolaknya. Kita tidak mahu pemimpin yang rasuah," katanya.
Dalam muatnaik status twitternya, Azwan mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak polis dan peserta yang memberikan kerjasama baik sepanjang himpunan aman itu diadakan.
Hadir sama, Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Rahim serta kepimpinan Pemuda UMNO negeri yang lain.
Pada 30 September yang lalu, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menetapkan 6 Disember ini bagi pengurusan kes lanjutan kes rasuah melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon berhubung pembelian sebuah banglo di bawah nilai pasaran.
Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail menetapkan tarikh itu bagi membolehkan pihak pendakwaan menyiapkan dokumennya yang dalam jumlah banyak serta menyerahkan kepada pasukan pembelaan dan mahkamah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.
Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.