Rabu, 29 Mac 2017

Guru Wajar Promosi Dasar Baik Kerajaan, Bukan Hentam Secara Terbuka - YB Senator @Azwanbro @NajibRazak @Zahid_Hamidi #Negarakuy.


Pemuda UMNO hari ini menyeru guru serta penjawat awam yang lain untuk mempromosikan dasar-dasar kerajaan yang baik, sebagaimana pekerja disektor swasta, mereka juga tidak boleh menjatuhkan imej majikan mereka kepada umum.

Naib Ketuanya, YB Senator Khairul Azwan Harun menegaskan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak memaksa kakitangan awam untuk mengundi parti pemerintah.


"Dalam sektor swasta, apabila seorang pekerja didapati melibatkan diri dalam apa jua cara yang merosakkan imej majikannya, dia dikenakan tindakan disiplin ... Ianya sama di sektor perkhidmatan awam," Azwan kepada pemberita di pejabatnya di sini.


"Pegawai-pegawai kerajaan mesti berupaya untuk mempromosi dasar baik kerajaan, tetapi jika mereka rasa ada kekurangan dan kelemahan, jangan menghentam kerajaan tetapi menyuarakan di dalam saluran yang betul.

Kementerian Pelajaran, hari ini mengeluarkan surat tunjuk sebab telah kepada lima guru kerana didakwa mengkritik kerajaan di atas pentas bersama dengan ahli-ahli politik pembangkang baru-baru ini.

Azwan yang juga merupakan Ahli Dewan Negara berkata, guru-guru dalam perkhidmatan awam yang secara terbuka mengkritik kerajaan telah menyalahgunakan mandat yang berikan pengundi kepada kerajaan.


Tambahnya, tindakan disiplin boleh diambil terhadap guru-guru yang secara terbuka mengkritik kerajaan negeri Pulau Pinang atau Selangor di bawah kawalan Pakatan.


"Ia tidak berdasarkan mana-mana fahaman politik," kata Azwan lagi.


"Jika seorang guru meracuni minda pelajar dengan menghentam kerajaan, itu salah.

Ahad, 26 Mac 2017

#PemudaUMNO Sokong Debat Diteruskan Jika Punyai Asas Betul, Bukan Niat Jatuhkan Pemimpin - Senator @Azwanbro #TunM #NazriAziz


Debat antara Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad perlu diteruskan jika ia tidak berniat menjatuhkan mana-mana pemimpin negara, ujar Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun atau Azwan Bro.

Jelasnya, Pemuda UMNO sentiasa mengalu-alukan langkah mengadakan debat terutama dalam bentuk forum yang semata-mata menyentuh mengenai pembangunan rakyat dan negara.

“Saya melihat kalau perdebatan itu demi menyelesaikan isu-isu yang boleh memberi kesejahteraan, pembangunan kepada negara, dan isu yang mempunyai asas yang betul, bukan niat untuk menjatuhkan mana-mana pemimpin atau menjatuhkan mana-mana kerajaan, atau nak memfitnah serta memburukkan mana-mana orang,” katanya kepada Astro AWANI selepas Sesi Dialog Santai Bersama Azwan Bro di Publika di sini hari ini.

Pada masa sama, beliau berpendapat Tun Dr Mahathir perlu bersedia dengan teguran lawannya jika debat itu diadakan nanti.

“Kalau Datuk Seri Nazri tidak mahu cadangan yang dibuat Tun Dr Mahathir, jangan pula beliau (Tun Dr Mahathir) marah dan menjadikannya sebagai satu isu peribadi kerana Tun Dr Mahathir kena terima kalau nak berdebat dan dia nak menegur seseorang, jadi beliau juga kena sedia untuk ditegur,” ujar beliau.

“Debat yang diadakan dengan tujuan peribadi dan fitnah hanya akan membuang masa dan merosakkan minda masyarakat.

“Mereka yang berdebat juga harus menerima hakikat bahawa mereka itu boleh ditegur dan cadangan mereka itu boleh juga dibalas balik. Ia akan relevan kalau ada semangat ini. Jadi, kalau ia (debat) bersifat peribadi, memfitnah dan membalas dendam, lupakan sahaja, tak payah berdebat,” katanya.

Beliau berkata, tidak salah untuk melakukan debat jika apa sahaja pendapat yang disampaikan adalah secara beretika dan berilmiah.

“Tidak salah kalau kita nak berdebat kalau ia dilakukan dengan ilmiah dan beretika, jadi Pemuda UMNO menerima debat seumpama ini,” tambahnya lagi.

Nazri pada Selasa, mengemukakan tarikh dan lokasi baharu untuk berdebat dengan Dr Mahathir selepas polis tidak memberi permit bagi mengadakan program itu di lokasi asal.

Ia sepatutnya diadakan pada 25 Mac namun ditunda ke 7 April depan. Debat itu dijangka berlangsung di Dewan Karangkraf, Shah Alam.

Sumber: Astro Awani

Pakatan Harapan adalah Pakatan Pro-DAP dikuasai @LimKitSiang - Senator @Azwanbro #PKR #PPBM #PartiAmanah #ProDAP




Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun menyifatkan Pakatan Harapan yang dibentuk dengan penyertaan terbaharu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebagai pakatan pro-DAP.
Tegasnya, keadaan itu menyebabkan kebanyakan anggota parti pembangkang yang menyertai pakatan berkenaan keliru dan bercelaru.
“Pakatan pro-DAP ini diketuai oleh Lim Kit Siang. Ini jelas. Semua parti yang menyertai Pakatan Harapan tahu bahawa Pakatan Harapan ini adalah pakatan pro-DAP sebab itu ahli-ahli mereka mula bercelaru dan mereka juga menjadi semakin gusar kerana pemimpin parti masing-masing tidak boleh membuat keputusan, sebaliknya (bergantung) kepada Lim Kit Siang semata-mata,” katanya kepada Astro AWANI selepas Sesi Dialog Santai Bersama Azwan Bro di Publika, semalam.
Justeru katanya, beliau tidak hairan jika setiap keputusan hanya akan dilakukan DAP dan bukan secara muafakat dalam parti.
“Jadi siapa yang buat keputusan atas segala-galanya? Lim Kit Siang iaitu diktator DAP yang akan membuat keputusan ke atas Pakatan Harapan kerana ia adalah pakatan Pro-DAP,” ujarnya lagi.
Isnin lalu, Majlis Presiden Pakatan Harapan sebulat suara menerima PPBM ke dalam gabungan itu.
Ia menjadikan Pakatan Harapan kini dianggotai PPBM, DAP dan Amanah dan bergerak sebagai sebuah gabungan parti tanpa keanggotaan Pas.
Sebelum ini, Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz menegaskan, hubungan Pas dan PPBM terputus secara rasmi selepas parti itu menyertai Pakatan Harapan.

Sumber: Astro Awani

Isnin, 6 Mac 2017

#PemudaUMNO Sokong Keputusan Usir Duta #KoreaUtara - Senator @Azwanbro @NajibRazak @KhairyKJ @Zahid_Hamidi #Malaysia #NorthKorea

Pergerakan Pemuda UMNO menyambut baik keputusan kerajaan mengusir Duta Besar Korea Utara, Kang Chol dari negara ini.

Naib Ketuanya, YB Senator Khairul Azwan Harun berkata, tindakan tegas tersebut membuktikan ketegasan kerajaan dalam usaha memelihara kedaulatan dan maruah negara ini.

Tambahnya lagi, Pemuda UMNO akan terus mendukung undang-undang dan kedaulatan demi maruah negara.

"Pemuda UMNO menyambut baik keputusan ini dan kami akan terus mendukung undang-undang dan kedaulatan," ujar Azwan.



Pada 23 Februari lalu, Pemuda UMNO bersama Pemuda BN dan beberapa NGO belia di hadapan Kedutaan Korea Utara untuk menyerahkan nota bantahan menuntut Malaysia mengkaji semula hubungan diplomatik dengan
Korea Utara dan menarik balik perjanjian visa percuma dengan Pyongyang.

"Sejak itu, Malaysia telah menarik balik perjanjian bebas visa dan hari ini kerajaan kita telah mengambil pertimbangan serius hubungan diantara Malaysia dan Korea Utara," ujar beliau dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh ibupejabat Pemuda UMNO Malaysia, hari ini

"Apabila institusi negara kita sedang diperkotak katikkan, apabila hal ehwal domestik sedang dilanggar, tindakan pantas diperlukan untuk melindungi maruah Malaysia. 

Jumaat, 3 Mac 2017

Putus Hubungan Diplomatik Jika Perlu, Demi Kedaulatan Negara - @Azwanbro #PemudaBN #KoreaUtara #MalaysiaBerdaulat #NorthKorea


“Shouldn't be any compromise on our sovereignty and rule of law. Even if it causes severance of diplomatic relations with NK. 🇲🇾 - @Azwanbro

Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat tidak akan berkompromi dalam mempertahankan kedaulatan dan undang-undang negara ini, dan kerajaan disaran bertindak memutuskan hubungan diplomatik dengan Korea Utara jika perlu.

Timbalan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), YB Senator Khairul Azwan Harun pada 23 Februari lalu, bersama lebih 200 ahli dan pemimpin dari pelbagai NGO (Pertubuhan Bukan Kerajaan) mengadakan bantahan di hadapan Kedutaan Korea Utara, Kuala Lumpur.

Mereka hadir bersama satu nota bantahan mewakili golongan muda negara membantah kenyataan biadap Duta Korea Utara ke Malaysia yang tidak mempercayai siasatan kes pembunuhan Kim Jong Nam yang dilakukan oleh polis negara ini.

Dalam sidang medianya selepas berjaya menyerahkan nota tersebut kepada wakil pejabat kedutaan, Azwan mendesak agar kerajaan menarik semula perjanjian visa dan mengkaji semula hubungan diplomatik dengan Korea Utara.

"Kami menggesa kerajaan Malaysia menarik balik perjanjian tanpa visa dengan Korea Utara dan mempertimbangkan semula hubungan diplomatik yang telah terjalin

Pelbagai tuduhan dan dakwaan yang dilemparkan Korea Utara terhadap Malaysia jelas membuktikan negara itu tidak menghormati kedaulatan dan sistem perundangan negara ini.

Korea Utara, selain kenyataan media dutanya yang mempertikaikan siasatan Polis DiRaja Malaysia (PDRM), mereka turut melemparkan tuduhan berat bahawa Malaysia bersubahat dengan 'negara asing' berhubung dengan kes pembunuhan Kim Jong Nam, abang kepada Presiden Kim Jong Un.

Justeru, keputusan kerajaan mewajibkan warga Korea Utara memohon visa itu selaras dengan tuntutan Pemuda BN bulan lalu agar perjanjian tanpa visa ditarik balik selain desakan supaya hubungan diplomatik Malaysia - Korea Utara dikaji semula.
Zahid turut menasihati Korea Utara dan negara lain amnya untuk menghormati kedaulatan Malaysia serta menghargai kerjasama yang sering diberikan selama ini.

Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga merupakan Menteri Dalam Negeri memuktamadkan keputusan tersebut dan ianya berkuatkuasa Isnin depan.

Dalam muat naik status twitternya, Azwan berkata Malaysia akan melakukan apa sahaja termasuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Korea Utara demi mempertahankan kedaulatan dan ketelusan undang-undang negara.

Jika Korea Utara berterusan menghina dan melemparkan fitnah terhadap Malaysia, kerajaan perlu memikirkan desakan Pemuda BN untuk memutuskan hubungan diplomatik supaya Korea Utara serta negara-negara lain melihat kesungguhan kita sebagai sebuah negara yang berdaulat dan merdeka.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..