Jelasnya, Pemuda UMNO sentiasa mengalu-alukan langkah mengadakan debat terutama dalam bentuk forum yang semata-mata menyentuh mengenai pembangunan rakyat dan negara.
“Saya melihat kalau perdebatan itu demi menyelesaikan isu-isu yang boleh memberi kesejahteraan, pembangunan kepada negara, dan isu yang mempunyai asas yang betul, bukan niat untuk menjatuhkan mana-mana pemimpin atau menjatuhkan mana-mana kerajaan, atau nak memfitnah serta memburukkan mana-mana orang,” katanya kepada Astro AWANI selepas Sesi Dialog Santai Bersama Azwan Bro di Publika di sini hari ini.
Pada masa sama, beliau berpendapat Tun Dr Mahathir perlu bersedia dengan teguran lawannya jika debat itu diadakan nanti.
“Kalau Datuk Seri Nazri tidak mahu cadangan yang dibuat Tun Dr Mahathir, jangan pula beliau (Tun Dr Mahathir) marah dan menjadikannya sebagai satu isu peribadi kerana Tun Dr Mahathir kena terima kalau nak berdebat dan dia nak menegur seseorang, jadi beliau juga kena sedia untuk ditegur,” ujar beliau.
“Debat yang diadakan dengan tujuan peribadi dan fitnah hanya akan membuang masa dan merosakkan minda masyarakat.
“Mereka yang berdebat juga harus menerima hakikat bahawa mereka itu boleh ditegur dan cadangan mereka itu boleh juga dibalas balik. Ia akan relevan kalau ada semangat ini. Jadi, kalau ia (debat) bersifat peribadi, memfitnah dan membalas dendam, lupakan sahaja, tak payah berdebat,” katanya.
Beliau berkata, tidak salah untuk melakukan debat jika apa sahaja pendapat yang disampaikan adalah secara beretika dan berilmiah.
“Tidak salah kalau kita nak berdebat kalau ia dilakukan dengan ilmiah dan beretika, jadi Pemuda UMNO menerima debat seumpama ini,” tambahnya lagi.
Nazri pada Selasa, mengemukakan tarikh dan lokasi baharu untuk berdebat dengan Dr Mahathir selepas polis tidak memberi permit bagi mengadakan program itu di lokasi asal.
Ia sepatutnya diadakan pada 25 Mac namun ditunda ke 7 April depan. Debat itu dijangka berlangsung di Dewan Karangkraf, Shah Alam.
Sumber: Astro Awani
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.
Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.