Nasrudin menegaskan pilihanraya adalah sebahagian daripada perjuangan bukan medan untuk pihak tertentu menggunakan peluang mencapai agenda peribadi.
Katanya, ketika rakyat sedang marah akibat kos hidup yang meningkat akibat harga barang naik, pemimpin tertentu mengalih tumpuan yang menambah perit rakyat.
"Akhirnya rakyat berkata, kami bertarung untuk hidup. Kamu bertarung sesama sendiri untuk merebut jawatan. Lebih parah apabila tindakan yang dibuat langsung tidak dirundingi dan dibincang terlebih dahulu dengan rakan-rakan kompenan Pakatan Rakyat.
"Langkah diambil bukan sahaja tiada keberkatan kerana mengenepi prinsip muafakat tetapi juga ia satu tindakan memudharatkan rakyat dan mengkhianati amanah rakyat. Hukumnya haram bertindak begini," katanya di laman Facebook.
Bagaimanapun ia dipadamkan selepas beberapa minit disiarkan, namun ia dapat diakses menerusi akaun twitter milik anggota parlimen Temerloh itu.
Kenyataan tersebut dibuat sebagai tanda kecewa dengan tindakan wakil rakyat PKR meletak jawatan bagi memberi peluang kepada pemimpin lain bertanding.
Nasrudin menjelaskan pilihanraya adalah medan rakyat memilih pemimpin dan pemimpin telah dipilih dengan penuh pengorbanan dan kepercayaan.
"Perbuatan sengaja meletakkan jawatan setelah mendapat mandat rakyat adalah satu langkah khianat pada amanah. Sungguhpun tidak lompat parti ia adalah tidak wajar . Kalau lompat parti, maka itu adalah dosa berganda," katanya.
Ketua Pemuda PAS Selangor, Syarhan Humaizi Abdul Halim menegaskan jika PKR gagal berbuat demikian Pemuda PAS Selangor akan memboikot Pilihan Raya Kecil DUN Kajang.
"Merujuk kenyataan Pengarah Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Malaysia, Mohd Sany Hamzan yang menuntut agar PKR mengemukakan penjelasan bertulis yang munasabah kepada Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Malaysia.
"Pemuda PAS Selangor sebulat suara bersetuju sekiranya PKR gagal berbuat demikian maka arahan akan dikeluarkan kepada seluruh jentera Pemuda PAS Selangor untuk tidak memberikan kerjasama dalam kempen Pilihan Raya Kecil DUN Kajang jika calon yang dikemukakan adalah daripada PKR," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Mengulas lanjut, Syarhan Humaizi menjelaskan Pemuda PAS Selangor kesal dan kecewa dengan tindakan PKR membuat keputusan yang dilihat membelakangkan rakan daripada Pakatan Rakyat.
"Melihat situasi yang berlaku, perletakan jawatan itu hanya semata-mata untuk memberi laluan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim bertanding sepertimana yang telah diumumkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
"Tindakan untuk menyelesaikan masalah dalaman dan pentadbiran parti tidak seharusnya membabitkan pembaziran wang rakyat," katanya.
Katanya, Pemuda PAS Selangor berpendapat tidak wajar untuk melepaskan jawatan jika tidak mempunyai sebab yang kukuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.
Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.