Isnin, 4 Ogos 2014

Isu Hina Agama: #PemudaUMNO Bidas Peguam Negara & Pihak Berkuasa @Khairykj @azwanbro @razlanrafii

Bangun daripada tidur, jangan terus lena!!!

Itu peringatan disuarakan Pemuda UMNO kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang sikapnya mencetuskan keresahan dan tanda tanya hingga menimbulkan tanggapan seolah-olah berlaku pilih bulu dalam pendakwaan berhubung kes menghina agama atau kaum di negara ini.

Ini berikutan sikap Peguam Negara sendiri yang begitu cepat mengambil tindakan apabila ada orang Melayu/Islam yang menghina agama atau kaum lain sedangkan apabila orang lain menghina Melayu/Islam termasuk dalam hal-hal yang paling sensitif malahan sesetengahnya membabitkan simbol rasmi negara, tiada pula tindakan diambil terhadap mereka.

Sebagai contoh, dalam kes seorang pemuda bernama Namewee yang mengubah lirik lagu kebangsaan Negaraku kepada Negarakuku dengan seni kata yang amat menghiris hati orang Melayu, anak muda itu dilepaskan begitu sahaja selepas meminta maaf dan dipanggil berjumpa seorang menteri.

Namun apabila seorang pendakwah, Shahul Hamid Seeni Muhammad dikaitkan dengan perbuatan menghina agama bukan Islam, dia terus ditahan walaupun kenyataan itu dikatakan dibuat dalam ceramahnya empat tahun lalu.

Terbaharu, seorang individu bernama Kelvin Yip dilaporkan telah menghina takbir Aidilfitri umat Islam menerusi Facebook menggunakan kata-kata yang teramat kesat, lucah dan menyinggung hati namun hingga kini, tiada tindakan diambil meskipun banyak laporan polis sudah dibuat.

Malah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dalam kenyataannya juga menggesa supaya tindakan paling tegas diambil ke atas Yip.

Setakat ini, tiada tindakan oleh Peguam Negara yang dilaporkan berhubung kes itu.

Ini mendorong pemimpin Pemuda Umno di seluruh negara yang bimbang hal yang sedemikian jika dibiarkan boleh membawa akibat yang sangat buruk kepada negara, menyindir Abdul Gani supaya 'segera bangun daripada tidur lena'.


Di IPOH,  Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berkata, sudah sampai masa untuk pihak berkuasa bertindak tegas bagi menghalang gejala yang boleh merosakkan perpaduan dan keharmonian itu berterusan.

"Guna apa saja undang-undang yang kita ada. Jangan selepas minta maaf, lepas begitu saja," katanya.

WILAYAH PERSEKUTUAN - Dengan nada lebih tegas, Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafii menuntut Abdul Gani supaya memberi penjelasan berhubung kes-kes tertangguh sebelum ini yang melibatkan sensitiviti bangsa dan agama.

"Ustaz Shahul yang dikatakan membuat kenyataan berunsur perkauman dan menghina Hindu, begitu cepat dipanggil pihak berkuasa untuk siasatan. Tetapi lebih menarik setelah tujuh hari berlalu, tiada apa-apa tindakan yang diambil terhadap Kelvin Yip walaupun beberapa laporan polis telah dibuat dan telah menjadi viral di laman sosial," katanya.

"Lebih mengejutkan adalah tindakan pihak berkuasa yang nampaknya mengamalkan ‘selective prosecution’ (pendakwaan terpilih) apabila terdapat satu kes yang diklasifikasikan sebagai ‘samseng jalanan’ terhadap seorang wanita yang dituduh bernama Kiki," katanya lagi.

Dengan nada berterus terang, anggota Exco Pemuda UMNO, Sheikh Nafiq Alfirdaous Sheikh Abdul Rahman mengingatkan Peguam Negara supaya jangan bersikap pilih bulu dalam pendakwaan isu sensitiviti agama.

Menurut beliau, sikap Peguam Negara berdiam diri dalam kes berkaitan penghinaan agama oleh individu di laman sosial menimbulkan tanda tanya masyarakat, terutama orang Melayu/Islam.

Di JOHOR BAHRU, Ketua Pemuda UMNO Johor, Hahasrin Hashim menyifatkan sikap biadab Yip tidak boleh dibiarkan.

“Kami mahu polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjalankan siasatan terperinci berhubung isu berkenaan. menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan tegas ke atas Kelvin Yip dengan mendakwanya di mahkamah," katanya selepas membuat laporan polis  di Tampoi. [SH]

Isu MB Selangor: #PKR Nak Londehkan @Khalid_Ibrahim #JagaMikeLid



PKR tetap tidak mahu mengaku kalah dalam isu nak tukar Menteri Besar Selangor sekalipun berdepan dengan tentangan dari PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Haji Hadi Awang.

Ketika dua pimpinan  utama PAS itu tidak nampak apa dosa besar yang dibuat Tan Sri Khalid Ibrahim untuk mewajarkan beliau ditukar, PKR sudahpun menyiapkan satu laporan setebal lebih 50 muka untuk 'telanjangkan' intregriti Menteri Besar itu.

Dalam politik alasan boleh datang dalam pelbagai bentuk. Peliknya sebelum adanya ' Kajang Move' tidak timbul isu intregriti Khalid.

Beliau dikatakan orang yang kerja ikut buku dan tidak melayan desakan untuk beri favour politik dalam bentuk projek dan sebagainnya kepada budak-budak PKR.

Ini juga yang dikatakan mencetuskan rungutan dan geram dikalangan mereka yang dakwa perlu wang untuk 'macam-macam'.

Nampaknya Khalid kini terpaksa bersilat sakan untuk berdepan dengan laporan PKR untuk londeh habis beliau.

Bercakap dalam sidang akhbar di ibupejabat PKR Isnin, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution memberitahu laporan berkenaan akan beri gambaran jelas mengapa PKR mahu tukar Khalid sebagai Menteri Besar.

Katanya ia akan diedarkan kepada pimpinan Pakatan Rakyat esok.

Antara lain, laporan itu akan menyentuh tentang hutang Khalid sebanyak RM66.67 juta dengan bank Islam yang selesai di luar mahkamah.

Dakwanya ada urusan antara kerajaan negeri dan sebuah syarikat pemaju meragukan.

Ia melibatkan nilai ratusan juga. Khalid juga beri projek perumahan bernilai RM591 juta kepada syarikat sama.

Jawab soalan mengenai calon Menteri Besar,Saifuddin tolak spekulasi mendakwa ADUN Bukit Antarabangsa Azmin Ali dan ADUN Ijok Dr Idris Ahmad telah menjadi ' calon kompromi' untuk ganti Khalid.

Katanya PKR kekal dengan pendirian Datuk Seri Wan Azizah ialah calon tunggal untuk jawatan itu.

Saifuddin berkata Azmin yang hadir dalam mesyuarat biro politik PKR Ahad malam turut bersetuju dengan pencalonan  Wan Azizah. [AD]

Seronok tengok drama PKR ni...

@azwanbro Bakal Ketuai Misi Bantuan Kemanusiaan #PemudaUMNO ke Gaza @NajibRazak @khairykj @AmanPalestinHQ #SavePalestine #Pray4Gaza


"In Shaa Allah dalam masa terdekat ini Pemuda UMNO Malaysia akan menyertai rombongan pertama bantuan kemanusiaan ke Gaza, Palestin yang akan dipimpin oleh Datuk Abd Azeez Abd Rahim.

Demikian menurut Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun dalam satu sidang media di Majlis Terbuka Aidilfitri beliau yang berlangsung di Ipoh, 2 Ogos lalu.

Azwan turut memaklumkan bahawa kumpulan pertama yang akan menyertai misi berkenaan bakal diketuai oleh beliau sendiri.

"Saya sendiri akan mengetuai misi bantuan kemanusiaan tersebut, buat masa ini kita masih menunggu lampu hijau dari pihak yang berkenaan.

Pihak berkuasa Palestin dalam satu kenyataan 13 Julai lalu berkata, Mesir sudah menutup semula pintu sempadan di Rafah selepas melonggarkan sekatan perjalanan itu hanya beberapa hari lalu ketika serangan rejim Zionis terus meningkat.

"(Kami) kesal dengan langkah yang diambil oleh Mesir ini," kata Iyad al-Bozum, jurucakap Kementerian Luar di Gaza seperti yang dilaporkan oleh Press TV.

Azwan menambah, Pemuda UMNO akan sentiasa bersedia untuk memberi komitmen sepenuhnya kepada kerajaan Malaysia dibawah kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

"Kita mempunyai pengalaman sebelum ini dimana beberapa tahun yang lalu kita telah menghantar pasukan bantuan masuk ke Gaza sendiri.

"Untuk kumpulan pertama kita tidak pasti lagi bilangannya tetapi untuk kumpulan susulan kita mensasarkan antara 20 ke 30 orang.

"Ia bergantung kepada kebenaran daripada pihak berkuasa disana," katanya lagi.

Ahad, 3 Ogos 2014

Majlis Aidilfitri NKPUM @azwanbro Diserikan Dgn Penyerahan Dana RM20K #PemudaUMNO Utk #TabungBantuanPalestin #MediaPrima @NajibRazak @KhairyKJ @ZambryAbdKadir @YBUDR #YTPS

Penyerahan sumbangan dana kutipan Pemuda UMNO sebanyak RM20 ribu kepada wakil Media Prima untuk mengisi Tabung Bantuan Palestin Media Prima menyerikan lagi Majlis Aidilfitri Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Hampir tiga ribu lebih tetamu dari pelbagai lapisan masyarakat berbilang kaum hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dengan kerjasama Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak dan Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan di Ipoh, semalam.
Ketibaan Menteri Besar Perak YAB Datuk Seri DiRaja Dr Zambry Abd Kadir.

Artis terkenal tanahair, Iqram Dinzly dan Fizo Omar.
Majlis yang bermula pada jam 2 petang tersebut turut dihadiri oleh Menteri Besar Perak YAB Datuk Seri DiRaja Dr Zambry Abdul Kadir, Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Negeri Perak YB Dato' Zainol Fadzi Paharuddin, Barisan EXCO Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, kepimpinan Pemuda UMNO Negeri dan pusat serta pimpinan parti komponen Barisan Nasional (BN) Negeri dan Pusat.


YB Leong turut naik ke pentas untuk bersama pemimpin BN memotong pulut kuning dan memasukkan sumbangan peribadi beliau untuk Tabung Bantuan Palestin.
ADUN Malim Nawar YB Leong Cheok Keng dari parti DAP turut memenuhi jemputan Azwan selain beberapa orang artis terkenal seperti Fizo Omar dan Iqram Dinzly.

Pada majlis tersebut, Pergerakan Pemuda UMNO turut menyampaikan cek sumbangan bernilai RM20 ribu kepada wakil Media Prima bagi mengisi Tabung Bantuan Palestin Media Prima.

Menurut Azwan, Pergerakan Pemuda UMNO berjaya mengumpulkan dana berjumlah RM20 ribu untuk disumbangkan kepada Tabung Bantuan Palestin Media Prima.

"Dana tersebut adalah hasil sumbangan YBU Holdings Sdn Bhd, Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan, Yayasan Nur Ikhlas dan Persatuan RedColor," katanya.

"Pemuda UMNO akan meneruskan usaha mengutip derma untuk membantu saudara seagama kita yang Zmenjadi mangsa kekejaman Israel.

"Hari ini kita sekali lagi menggerakkan tabung kutipan bantuan tersebut dan ianya akan berterusan dan dana terkumpul akan disalurkan kepada Media Prima bagi tujuan tersebut," katanya pada sidang media di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Ipoh.


Menjawab soalan wartawan berkaitan krisis yang melanda Selangor, Azwan menyatakan pendirian bahawa Pemuda UMNO Malaysia bersikap tidak mengambil tahu masalah yang berlaku di negeri tersebut.

Tambah beliau lagi, kepimpinan Barisan Nasional mempunyai banyak peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

"Isu di Selangor, saya rasa ini adalah masalah dalaman mereka jadi kita di BN tidak perlu masuk campur.

"Kita ada tugas kita, kepimpinan Perdana Menteri mempunyai banyak tugas dan tanggungjawab yang perlu kita selesaikan terhadap rakyat dan negara," ujarnya.

Jelas beliau lagi, bukan peranan dan tanggungjawab kepimpinan UMNO untuk menyelesaikan masalah dalaman Pakatan Rakyat di Selangor.


Azwan bersama Saudara Thinalan Timbalan Ketua Pemuda MIC Kebangsaan.
"Biarlah rakyat negeri Selangor dan Malaysia keseluruhannya membuat penilaian," katanya lagi.

Azwan berterima kasih atas kesudian orang ramai meluangkan masa menghadiri Majlis Rumah Terbuka yang dianjurkannya bersama Pergerakan Pemuda UMNO Perak serta Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan.


Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak YB Dato' Haji Zainol Fadzi Paharuddin bergambar bersama ahli Yayasan Transformasi Pasir Salak di Majlis Aidilfitri Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Lagi gambar sekitar majlis, klik di SINI.

Jumaat, 1 Ogos 2014

JEMPUT HADIR: Majlis Rumah Terbuka Naib Ketua #PemudaUMNO Msia @azwanbro @zambryabdkadir @YBUDR #Aidilfitri #YTPS


Rakyat dijemput hadir bagi memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia merangkap Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia Khairul Azwan Harun yang akan berlangsung ESOK 2hb OGOS 2014 bersamaan 6 SYAWAL 1435H.

Majlis Rumah Terbuka sempena sambutan Aidilfitri tersebut akan diadakan di alamat No 9, Persiaran Gopeng 3, Taman Golf, 31350, Ipoh, Perak bermula dari pukul 2 petang sehingga jam 6 petang.

Menteri Besar Perak, YAB Datuk Seri DiRaja Dr Zambry Abdul Kadir dijadualkan hadir dan dijangka tiba sekitar jam 3.30 petang.

Majlis tersebut dianjurkan bersama Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak dan Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR).

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..