Isnin, 22 April 2013

#PRU13: MAT TAIB MASUK PAS

Peratikan riak wajah deme-deme di atas.

Akhirnya segala teka teki siapakah bekas MB BN akan menyertai PAS telah terjawab. Hari ini Tan Sri Muhammad Mohd Taib menyerahkan borang menyertai PAS kepada Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi Awang di Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut.

Jom baca alasan Mat Taib meninggalkan UMNO dan menyertai PAS
Pengalaman dalam Umno mengajar dia mengajar dia untuk berbuat perkara lebih baik untuk negara.
"Memang benar kita berjaya membentuk negara maju. Negeri Selangorpun kita berjaya membentuk menjadi negeri maju.
"Tetapi bagi saya perubahan perlu dibuat, supaya pembangunan kita ada roh," kata Muhamad ketika berucap di majlis hari ini.
Atas dasar itulah, katanya, beliau memilih untuk menyertai PAS.
"Mana parti yang boleh mengisi roh ini selain dari PAS yang memperjuangkan Islam," katanya.
Menurut Muhamad, selepas beliau tidak mempunyai kerja, beliau banyak menghabiskan masanya untuk pergi ke surau dan masjid.
"Saya pergi ke surau, belajar agama, belajar al Quran. Saya perhatikan, hanya PAS boleh membawa pengaruh untuk membetulkan keadaan ini"

Hehehe... YPS nak gelak baca alasan Mat Taib ni. Agaknya Mat Taib banyak buat dosa kot masa dalam UMNO dan ketika menjadi MB Selangor. YPS agak je ler, tak berani le YPS nak tuduh. Cuma YPS rasa bukan itu penyebabnya.

Rasanya semua orang khususnya UMNO tau sebab dia ni. Biasa ler, orang kecewa. Takkan sampai tua nak berpolitiknyerrr yop??? Sini.

Apapun YPS sokong Mat Taib masuk PAS. Dalam PAS boleh jadi pemimpin sampai tua. Tengok macam Nik Aziz. hehehe.

YPS ~ Peratikan wajah-wajah pemimpin PAS di dalam gambar di atas. IKhlas ke idak deme tu??? 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..