"Statistik SPR menunjukkan 5.6 juta (42 peratus0 daripada 13.3 juta orang yang berdaftar sebagai pemilih terdiri daripada golongan muda yang berusia bawah 40 tahun. Daripada jumlah tersebut, 3,024,909 adalah kumpulan berusia 30-39 tahun, manakala 2,539,222 adalag dalam lingkungan 29 tahun"Melihat kepada statistik di atas, Dato' Seri Najib melakukan transformasi politik dengan menampilkan lebih ramai calon muda sebagai calon Barisan Nasional. Langkah ini sedikit sebanyak pasti dapat meningkatkan imej BN dalam menghadapi PRU13 pada 5 Mei nanti.
Tindakan ini juga dilihat sebagai suatu bukti bahawa YAB Dato' Seri Najib bukan sahaja mendengar suara golongan muda malah mengotakan segala janji untuk melibatkan mereka dalam pembangunan negara.
Sejak 2008, lanskap politik negara berubah apabila golongan muda yang lebih terdedah dan kaya dengan maklumat memberi perhatian serius dan ingin terlibat secara langsung serta menyeluruh dalam isu nasional.
Mereka mahu wakil yang bukan sekadar bercakap tapi tangkas dalam mencurahkan khidmat seperti yang diharapkan. Untuk itu, calon-calon muda yang lebih segar, bertenaga dan bermaklumat pasti dapat memikat 13.3 juta pengundi muda yang akan mengundi pada PRU kali ini.
Untuk itu, Perak dibawah pimpinan Saudara Khairul Azwan Harun selaku Pengerusi Pemuda BN Perak berjuang agar pimpinan muda dari BN Perak terpilih dan diberi peluang untuk menjadi calon PRU-13 sesuai dengan tuntutan rakyat khususnya golongan muda.
Dari sejumlah 116 orang seluruh negara seperti yang dimaklumkan oleh Saudara KJ, Pengerusi Pemuda BN Malaysia, 15 orang calon muda akan bertanding di kerusi-kerusi Parlimen dan DUN di Negeri Perak. Ini bermakna lebih 10% dari generasi muda yang diberi peluang kali ini adalah dari Perak.Kenyataan Sdr Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Pengerusi Pemuda BN, berhubung dengan penyenaraian ramai orang muda dan baru sebagai calon BN pada PRU-13.
"Sebagai wadah politik dan entiti yang sentiasa memperjuangkan kepentingan suara dan perwakilan orang muda, Pemuda Barisan Nasional (BN) sangat menyambut baik dan berterima kasih kepada YAB Pengerusi BN, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, di atas penyenaraian ramai orang muda dan muka baru bagi menggalas harapan dan tanggung jawab sebagai ahli pasukan transformasi BN pada pilihan raya umum ke 13.
Ini terzahir dengan komposisi 44 peratus generasi pelapis daripada keseluruhan jumlah calon BN, meliputi 73 orang sebagai calon kerusi parlimen dan 247 bagi Dewan Undangan Negeri. Manakala dalam konteks Pemuda pula, 36 peratus atau 116 calon daripada segmen orang muda dan muka baru adalah dari Pemuda BN.
Bagi Pemuda BN, langkah ini sangat bertepatan memandangkan bukan sahaja lanskap politik negara telah berubah bahkan demografinya juga berbeza. Di Malaysia, orang muda mewakili lebih 40 peratus dari jumlah penduduk dan hampir 42 peratus dari 13.3 juta pengundi masa kini.
Lantaran itu, pengiktirafan kepada ramai calon orang muda dan muka baru mencerminkan BN yang sentiasa segar, kontemporari dan utuh menerajui kelok kepimpinan. Jelas terbukti, BN bukan sahaja tampak menyahut aspirasi anak muda bahkan berani menterjemahkan peralihan generasi di dalam barisan hadapannya.
Dalam pada itu, Pemuda BN juga ingin mengajak kesemua pihak di dalam BN untuk mengukuhkan kekuatan dan berpadu tenaga bekerja keras bagi memenangkan setiap calon yang dinamakan tanpa ada keluh kesah mahupun kecewa.
Pemuda BN menyeru rakyat untuk terus bersama BN bagi membina masa depan yang cemerlang berasaskan prestasi ampuh yang teruji dan perancangan jangkauan jauh yang memenuhi harapan rakyat serta cabaran masa hadapan"
Berikut adalah senarai calon-calon muda yang mewakili Barisan Nasional Negeri Perak pada PRU ke 13.
P. 065: IPOH BARAT
DR CHENG WEI YEE
~ AJK PEMUDA MCA
P. 057: PARIT BUNTAR
MUA'AMMAR GADAFI JAMAL DATUK WIRA HAJI JAMALUDIN (MUKA BARU)
~PRESIDEN BELIA 4B MALAYSIA
N. 02: TEMENGOR
SALBIAH MOHAMED (MUKA BARU)
~KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO NEGERI PERAK
N. 12 SELINSING
SHARUDIN B. AHMAD (MUKA BARU)
~KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN
N. 23: MANJOI
MOHAMAD ZIAD B. DATO HAJI MOHAMED (MUKA BARU)
~BENDAHARI UMNO BAHAGIAN
N. 26: TEBING TINGGI
TONY KHOO BOON CHU (MUKA BARU)
~KETUA PEMUDA MCA BAHAGIAN IPOH TIMOR
N. 30: BUNTONG
SIVARAJ A/L CHANDRAN (MUKA BARU)
~SETIAUSAHA PEMUDA MIC MALAYSIA
N. 32: MENGLEMBU
LOO GAR YEN
~PENOLONG SETIAUSAHA PEMUDA MCA BAHAGIAN
N. 34: BUKIT CHANDAN
MASLIN SHAM B. RAZMAN (MUKA BARU)
~KETUA PEMUDA UMNO BAHAGIAN
~EXCO PERGERAKAN EMUDA UMNO MALAYSIA
N. 41: KERANJI
DANIEL WA WAI HOW (MUKA BARU)
~PEMUDA MCA KAMPAR
N. 42: TUALANG SEKAH
NOLEE ASHILIN BT. MOHAMMED RADZI
~EXCO PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA
N. 46: CHENDERIANG
DR. MA HANG SOON
~KETUA PEMUDA MCA NEGERI PERAK
N. 50: SITIAWAN
TING TAI FOOK
~PEGAWAI KHAS MENTERI PENGANGKUTAN MALAYSIA
Inilah barisan kepimpinan golongan muda, segar dan bertenaga yang ditampilkan oleh Barisan Nasional bagi menjadikan Malaysia sebuah negara yang MAJU serta BERDAYA SAING.
Sekali lagi YPS ingin mengucapkan TAHNIAH kepada kepimpinan Pemuda Barisan Nasional Negeri Perak di bawah pimpinan Saudara Khairul Azwan Dato' Harun kerana bersifat inklusif dan janji ditepati. Bukan hanya retorik semata-mata.
YPS:~ teringat 5 prinsip yang digariskan oleh Saudara Khairy Jamaluiddin sewaktu mula-mula menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia iaitu;
- PEMUDA BERPRINSIP
- PEMUDA INKLUSIF
- PEMUDA PROAKTIF
- PEMUDA RELEVAN
- PEMUDA BERSATU
Kagum gak dengan jatidiri Azwan a.k.a WanBro... YPS melihat beliau meletakkan kepentingan parti lebih utama dari kepentingan diri. SINI. Ye la, siapa tak nak jadi calon wakil rakyat, ye tak???
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.
Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.