Ahad, 19 Mei 2013

@AnwarIbrahim DISAHKAN MEROYAN.

Selama ini YPS selalu dengar perkataan MEROYAN. Bagaimana yang dikatakan MEROYAN tersebut???

Selepas melihat tweet Anwar Ibrahim, baru YPS faham, apa makna MEROYAN.

Kasihan kan Pakcik Anwar Ibrahim. Cita-cita Pakcik Anwar terlalu tinggi melangit. Ingin menjadi Perdana Menteri Malaysia. 

Bagi YPS, insan yang macam Pakcik Anwar, tak layak menjadi memimpin sebuah negara Islam seperti Malaysia tercinta ini.

Lagipun, sistem yang digunapakai oleh Perlembagaan Malaysia bukan seperti yang dibayangkan oleh Pakcik Anwar. Kerajaan yang berhak memerintah Malaysia bukan berdasarkan undi popular.

Mana-mana parti yang memenangi majoriti kerusi Parlimen didalam pilihanraya umum yang diadakan, parti tersebutlah yang akan menjadi pemerintah.

Bukan seperti pemilihan Juara Maharaja Lawak atau Akedami Fantasia. Pertandingan 'reality show' anjuran Astro ini memang bersandar kepada undi popular.

Jadi, sudah-sudahlah Pakcik Anwar Ibrahim oiiii. Kami rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keharmonian mendesak Pakcik Anwar terima pelawaan Universiti di Eropah tu. p jadi pensyarah.

Di bawah ini, YPS sertakan 'printscreen' tweet Anwar Ibrahim. Contoh manusia yang MEROYAN!!! Hahaha.


AL FATIHAH BUAT ALLAHYARHAM SHARUDIN AHMAD


BN Perak kehilangan seorang pemimpin muda.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bagan Serai yang juga merupakan calon BN bagi DUN Selinsing, Sharudin Ahmad meninggal dunia malam tadi setelah tidak sedarkan diri sejak tiga hari lalu.  

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 8.30 malam di Hospital Taiping berikutan komplikasi hati, jantung dan buah pinggang setelah dijangkiti bakteria.

Sebelum ini Allahyarham dikatakan mengalami demam dan dirawat di Hospital Columbia Asia sebelum dipindah ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Taiping.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan tiga anak setelah bertarung nyawa pada awalnya  dipindahkan ke Hospital Taiping.

Sepanjang YPS mengenali Allahyarham, beliau merupakan pemimpin politik mesra rakyat dan komited dalam perjuangan.

Kali terakhir YPS berjumpa Allahyarham adalah ketika Pergerakan Pemuda UMNO Perak mengadakan program di Batu Gajah.

YPS akui Abg Din adalah antara pimpinan muda yang mudah mesra. Senyuman tidak pernah lekang diwajahnya.

Pada PRU-13 5 Mei lalu, beliau tewas ditangan calon PAS Husin Din dengan majoriti 809 undi di DUN Selinsing.

YPS mendoakan semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat serta keampunan dan menempatkan rohnya di kalangan hambaMu yang beriman.


Inilah video ketika Allahyarham ditemuramah oleh blogger TaipingMali sehari sebelum hari pengundian. Tiada tanda-tanda beliau kelihatan sakit. Apapun, Allah S.W.T lebih menyayangi Allahyarham.

Sabtu, 18 Mei 2013

Barisan Exco Kerajaan Negeri Perak 2013 - 2018 #PerakAmanJaya

Barisan EXCO Negeri Perak bergambar bersama DYMM Pemangku Sulatan Perak, Raja Dr Nazrin Shah selepas majlis angkat sumpah di Istana Iskandariah.

1.    YAB Dato' Seri Dr Zambry Abd Kadir (ADUN Pangkor)
Menteri Besar Perak
Pengerusi Jawatankuasa Agama, Kewangan, Keselamatan, Tanah, Sumber Asli, Perancangan Ekonomi, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam

2.    YB Dato' Saarani Mohamad (ADUN Kota Tampan)
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

3.    YB Dato' Mohamad Zahir Abdul Khalid (ADUN  Kamunting)
Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor

4.    YB Dato' Zainol Fadzi Paharudin (ADUN Sungai Manik)
Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air

5.    YB Datuk Rusnah Kassim (ADUN Behrang)
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Intergrasi Nasional

6.    YB Dato' Samsudin Abu Hassan (ADUN Air Kuning)
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Sumber Manusia dan Masyarakat Civil (NGO)

7.    YB Drs Mohd. Nizar Zakaria (ADUN Belanja)
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi

8.    YB Nolee Ashilin Mohammed Radzi (ADUN Tualang Sekah)
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pelancongan dan Kebudayaan

9.    YB Dr. Muhammad Amin Zakaria (ADUN Batu Kurau)
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau

10.YB Dato' Shahrul Zaman Yahya (ADUN Rungkup)
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia 

Semua exco yang dilantik terdiri daripada tiga muka lama dan enam muka baru. Perlantikan dua exco wanita iaitu Datuk Rusnah Kassim dan Nolee Ashilin Mohammed Radzi membuktikan kerajaan negeri tidak mengamalkan diskriminasi mengikut gender.


Antara exco yang dilantik semula tetapi bertukar portfolio adalah YB Dato Zainol Fadzi Paharudin (Bekas Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan) dan YB Dato Saarani Mohamad (Bekas Pengerusi Penerangan, Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan dan Kebajikan)


DYMM Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah telah bertitah kepada Menteri Besar Perak, YAB Datuk Seri Zambry Abd Kadir agar prestasi setiap anggota exco kerajaan negeri dinilai setiap tahun bagi memastikan mereka mencapai indek prestasi utama (KPI) yang akan ditentukan dari masa ke semasa.

Pada sidang akhbar yang diadakan sempena majlis angkat sumpah exco di Istana Iskandariah, Datuk Seri Zambry berkata, beliau akan melihat penilaian-penilaian yang dibuat dan kemungkinan proses angkat sumpah semula akan dilakukan setiap tahun.

Menteri Besar menjelaskan, keputusan untuk membariskan sembilan anggota exco kali ini adalah wajar, berbanding enam sebelum ini, termasuk satu yang direzabkan untuk wakil rakyat MCA.

“Apabila MCA dapat menyelesaikan perkara mereka, kita akan lihat balik susunan portfolio, khususnya apa yang saya pegang untuk sementara ini, umpamanya hal ehwal bukan Islam,” tambahnya.

Beliau berkata, keutamaan barisan exco yang dibentuk adalah untuk memastikan segala akujani dan pelaksanaan dasar-dasar mendahulukan rakyat, dapat disempurnakan dengan sebaik mungkin.

“Untuk itu, sebuah jawatankuasa pemantau akan dibentuk bagi memastikan akujanji yang diketengahkan semasa pilihanraya umum lalu akan dapat diterjemahkan,” ujar beliau.

Dr Zambry yakin dengan pengalaman, kelayakan dan kedudukan setiap anggota exco di kawasan masing-masing, mereka mampu memberi khidmat yang terbaik untuk memenuhi harapan rakyat.

“Masing-masing ada keistimewaan mereka, malah yang tidak dilantik sebagai exco juga mempunyai keistimewaan masing-masing dan akan diberi tanggungjawab khusus dalam usaha memperkasakan pentadbiran dan pembangunan negeri Perak,” kata beliau.

"Mengenai Penasihat Khas dan Pegawai Kepada Menteri Besar yang akan mewakili kaum India, ianya akan diumumkan dalam masa terdekat," ujar Dr Zambry.



YPS~ Tahniah buat YB Zainol Fadzi serta YB Nizar dan semua wakil rakyat yang telah dilantik. YPS serta rakyat Perak khususnya pengundi Barisan Nasional berharap agar barisan EXCO ini dapat menjalankan amanah sebaik mungkin.



Rabu, 15 Mei 2013

SENARAI JEMAAH MENTERI KABINET 2013-2018

BERIKUT adalah senarai menteri bagi Kabinet baharu penggal 2013-2018 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak:

Perdana Menteri:
DATUK SERI MOHD. NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK (UMNO)

Timb. Perdana Menteri:
TAN SRI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri:

(1) DATUK SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM (UMNO)
(2) DATUK SERI ABDUL WAHID BIN OMAR (SENATOR – BERKUAT KUASA 5 JUN 2013)
(3) SENATOR DATUK SERI IDRIS JALA (SENATOR)
(4) TAN SRI JOSEPH KURUP (PBRS)
(5) DATUK SERI SHAHIDAN BIN KASSIM (UMNO)
(6) NANCY BINTI SHUKRI (PBB)
(7) DATUK JOSEPH ENTULU ANAK BELAUN (PRS)
(8) DATUK PAUL LOW SENG KWAN (SENATOR)

TIMBALAN MENTERI:
(1) DATUK RAZALI BIN IBRAHIM (UMNO)
(2) WAYTHA MOORTHY PONNUSAMY (SENATOR)

Kewangan
(1) MENTERI KEWANGAN I: DATUK SERI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (UMNO)
(2) MENTERI KEWANGAN II: DATUK SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(3) DATUK AHMAD BIN MASLAN (UMNO)

Pelajaran & Pengajian Tinggi
(1) MENTERI I: TAN SRI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)
(2) MENTERI II: DATUK SERI IDRIS BIN JUSOH (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(3) TIMBALAN MENTERI I: DATUK MARY YAP KAIN CHING (PBS)
(4) TIMBALAN MENTERI II: P. KAMALANATHAN A/L P.PANCHANATHAN (MIC)

Dalam Negeri
(1) MENTERI : DATUK SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK DR. WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR (PBB)

Pertahanan:
(1) MENTERI : DATUK SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK ABDUL RAHIM BAKRI (UMNO)

Pengangkutan
(1) MENTERI : DATUK SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO) (MEMANGKU)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK AB. AZIZ KAPRAWI (UMNO)

Pelancongan & Kebudayaan
(1) MENTERI : YB DATO SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO JOSEPH SALANG ANAK GANDUM (PRS)

Luar Negara
(1) MENTERI : DATUK SERI ANIFAH BIN AMAN (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK HAMZAH BIN ZAINUDDIN (UMNO)

Kerja Raya
1) MENTERI : DATUK FADHILAH YUSOF (PBB)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK ROSNAH BINTI ABDUL RASHID SHIRLIN (UMNO)

Kesihatan
(1) MENTERI : YB DATO SERI SUBRAMANIAM (MIC)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO SERI HILMI BIN YAHAYA (UMNO)

Belia Dan Sukan
(1) MENTERI : KHAIRY JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK SARAVANAN A/L MURUGAN (MIC)

Sumber Manusia
(1) MENTERI : DATUK RICHARD RIOT ANAK JAEM (SUPP)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK ISMAIL BIN ABD. MUTTALIB (UMNO)

Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna
(1) MENTERI : DATUK HASAN BIN MALEK (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK AHMAD BASHAH BIN MD. HANIPAH (SENATOR) (UMNO)

Perdagangan Dan Industri
(1) MENTERI : DATUK SERI MUSTAPA BIN MOHAMED (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : HAMIM BIN SAMURI (UMNO)

Pertanian Dan Industri Asas Tani
(1) MENTERI : YB DATO SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN (UMNO)

Sains Teknologi Dan Innovasi
(1) MENTERI : YB DATUK DR. EWON EBIN (UPKO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO DR. ABU BAKAR BIN MOHAMAD DIAH (UMNO)

Sumber Asli Dan Alam Sekitar
(1) MENTERI : YB DATUK SERI G. PALANIVEL (MIC)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO DR. JAMES DAWOS MAMIT (PBB)

Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air
(1) MENTERI : YB DATUK DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI (PBS)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO SRI MAHDZIR BIN KHALID (UMNO)

Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah
(1) MENTERI : DATUK SERI SHAFIE BIN APDAL (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK ALEXANDER NANTA LINGGI (PBB)

Perusahaan, Perladangan Dan Komoditi
(1) MENTERI : YB DATO SERI DOUGLAS UGGAH EMBAS (PBB)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO NORIAH BINTI KASNON (UMNO)

Pembangunan Wanita, Keluarga
(1) MENTERI : YB DATUK ROHANI BINTI ABDUL KARIM (PBB)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK AZIZAH BINTI MOHD. DUN (UMNO)

Komunikasi Multimedia
(1) MENTERI : DATUK SERI AHMAD SHABERY BIN CHEEK (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK JAILANI BIN JOHARI (UMNO)

Wilayah Persekutuan
(1) MENTERI : YB DATO SERI TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO DR. LOGA BALA MOHAN A/L JAGANATHAN (SENATOR)

Kesejahteraan Bandar, Perumahan & Kerajaan Tempatan
(1) MENTERI : DATUK ABDUL RAHMAN BIN DAHLAN (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK HALIMAH BINTI MOHD SADDIQUE (UMNO)

Nota

1. Tiada wakil MCA dalam senarai kabinet yang baharu

2. Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Presiden Transperancy International Malaysia, Datuk Paul Low dilantik sebagai menteri penuh. Kedua-duanya yang bakal dilantik sebagai Senator akan memegang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

3. Aktivis masyarakat India, P. Waytha Moorthy pula akan dilantik sebagai Senator untuk memegang jawatan Timbalan Menteri di JPM.

4. Kementerian Pengajian Tinggi disatukan di bawah nama Kementerian Pelajaran. Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ditukar nama kepada Komunikasi dan Multimedia. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kini dikenali sebagai Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Kementerian Pelancongan pula kini Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

YB @khairykj DILANTIK SEBAGAI MENTERI BELIA DAN SUKAN.

YPS ingin mengucapkan sekalung TAHNIAH kepada Ahli Parlimen Rembau, YB Khairy Jamaluddin atas perlantikan menerajui Kementerian Belia Dan Sukan. 
Perlantikan tersebut diumumkan oleh YAB Datuk Seri Najib Razak di Jabatan Perdana Menteri sebentar tadi.

YB Khairy Jamaluddin yang juga merupakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Beliau juga merupakan Bekas Timbalaan Presiden FAM, bekas pengasas MyTeam dan Bekas Presiden Kelab Bolasepak UPB MyTeam.

Pengumuman oleh Perdana Menteri ini menamatkan segala spekulasi yang mengatakan bahawa Saudara KJ akan dilantik sebagai Menteri Penerangan oleh pelbagai pihak. 
Semoga Saudara Khairy dapat menjalankan tugas serta amanah dengan sebaik mungkin. YPS yakin, KJ mampu melakukan.

Selasa, 14 Mei 2013

HIMPUNAN ANAK MUDA PASIR SALAK @azwanbro

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pasir Salak, Khairul Azwan Dato Harun berucap meraikan  Jentera Pemuda BN Pasir Salak serta tetamu-tetamu Himpunan Anak Muda Pasir Salak.

Hampir 2000 warga Parlimen  Pasir Salak membanjiri Dataran Medan Selera Kg Gajah pada 12hb Mei yang lalu, menghadiri Himpunan Anak Muda Pasir Salak anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak.

Tujuan himpunan yang bermula kira-kira jam 9.00 malam adalah untuk meraikan jentera-jentera Pilihanraya Pemuda Barisan Nasional (BN) Pasir Salak yang telah bekerja keras demi memastikan kemenangan calon-calon BN di Parlimen Pasir Salak.

 Majlis dimulakan dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu UMNO dan lagu Barisan Nasional oleh semua yang hadir. Seterusnya, ucapan alu-aluan oleh Ketua Pemuda BN Pasir Salak, Saudara Khairul Azwan Dato Harun.

Dalam ucapannya, Azwan menzahirkan rasa syukur kepada Allah dan ucapan jutaan terima kasih kepada seluruh jentera Pemuda BN yang telah bertungkus lumus bekerja tanpa kenal penat lelah, demi memastikan kemenangan calon-calon  Barisan Nasional Pasir Salak.

 Tidak dapat dinafikan, hasil kerja kuat Jentera Pemuda BN Pasir Salak bersama jentera-jentera lain, ketiga-ketiga calon BN di Parlimen Pasir Salak telah berjaya memenangi PRU13 dengan majoriti yang agak besar menewaskan calon-calon Pakatan Rakyat.

"Untuk makluman hadirin, pada malam ini juga Pakatan Rakyat mengadakan perhimpunan haram Blackout 505 di beberapa negeri untuk menolak keputusan rakyat yang memihak kepada Barisan Nasional pada PRU-13 yang lalu."

"Tetapi kehadiran ramai anak muda malam ini, membuktikan bahawa anak-anak muda Pasir Salak tetap bersama Barisan Nasional dan menolak sebarang bentuk provokasi yang dibawa oleh pembangkang."

 "Majoriti rakyat masih cinta serta yakin kepada BN dan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak mengambil ketetapan menolak perhimpunan haram Blackout 505 yang dianjurkan oleh pembangkang," katanya penuh semangat. 

 Azwan yang juga merupakan Ketua Pemuda BN Perak turut menjelaskan masih ada rakyat yang tertipu kononnya keputusan PRU-13 tidak sah, jika PRU-13 ini tidak sah, mengapa pakatan pembangkang tidak sabar-sabar mengangkat sumpah dan menubuhkan kerajaan di Kelantan dan Pulau Pinang.

Menurut Azwan lagi, walaupun berlaku Tsunami Cina tetapi keputusan PRU-13 juga jelas membuktikan bahawa orang Melayu serta bumiputera baik di Semenanjung mahupun di Sabah dan Sarawak telah kembali menyokong BN yang diterajui oleh YAB Datuk Seri Najib Razak.

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat khususnya anak-anak muda agar bersatu dan terus bekerja kuat untuk memastikan BN mencapai kemenangan lebih besar pada PRU-14 kelak. Semoga pada PRU-14 nanti BN dapat menamatkan hayat politik kotor Pakatan Rakyat.

"Saya memohon kepada Ahli Parlimen Pasir Salak, YB Dato' Haji Tajudin Rahman, ADUN Sungai Manik, YB Dato Haji Zainol Fadzi serta ADUN Kampung Gajah, YB Haji Abdullah Fauzi untuk sama-sama membimbing dan menjaga generasi muda supaya mereka tidak terpedaya dengan dakyah pembangkang," tambahnya. 

Beliau memberi jaminan akan sama-sama membantu kepimpinan sedia ada bagi memastikan orang muda di Pasir Salak khususnya, terus bersama dan kekal menyokong BN sebagai persediaan menghadapi PRU-14 akan datang.

Para hadirin diraikan dengan pertunjukan bunga api dan majlis makan malam selain dihiburkan oleh artis terkenal iaitu Kumpulan Kristal dan Aris Ariwatan. 

Hadir sama, ADUN Sungai Manik, YB Dato' Haji Zainol Fadzi Paharudin dan ADUN Kg Gajah, YB Tuan Haji Abdullah Fauzi Dato Ahmad Razali.


Hidup BN!!!


Warga Pasir Salak yang hadir.


ADUN Kampung Gajah, YB Haji Abdullah Fauzi yang menang dengan majoriti besar pada PRU-13 5hb Mei yang lalu. 


Kumpulan terkenal KRISTAL menghiburkan anak-anak muda.


Aris Ariwatan menyampaikan lagu-lagu yang membawa mesej untuk anak-anak muda  Pasir Salak .


Antara hadirin yang hadir.

YPS mengucapkan TAHNIAH atas kejayaan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak menganjurkan himpunan ini. 

Rabu, 8 Mei 2013

MELAYU HARI INI INGIN BUNUH BANGSANYA SENDIRI

SAYA sedih. Bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya akan menarik simpati sesiapa. Hanya saya ingin menyatakan perasaan saya- perasaan apabila melihat kaum bangsa saya, orang Melayu, begitu sekali tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri.

Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah mereka tidak merasai sendiri kehinaan yang dialami oleh orang Melayu semasa mereka dijajah dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa mereka.

Jika mereka sudah lupa, jika mereka tidak dapat memahami pahit maung, pedih perit bangsa yang dijajah, izinkan saya yang biasa dengan tiga penjajahan bercerita sedikit berkenaan orang Melayu semasa dijajah.

Rata-rata mereka miskin, tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak terdaya mempertahan negeri-negeri mereka. Mereka terpaksa bertuankan orang putih Inggeris yang mereka terima sebagai Tuan mereka di negeri mereka sendiri. Mereka bukan tuan rumah. Mereka sebenarnya hamba rumah yang diduduki orang lain.

Orang putih, secara terbuka menyatakan orang Melayu adalah bodoh dan malas, tidak mampu menyumbang apa-apa kepada pembangunan negeri-negeri mereka. Mereka hanya layak jadi pemandu kereta dan orderly atau budak pejabat atau kerani. Mereka dianggap tidak berkebolehan melaksanakan apa-apa kerja yang dipertanggungjawab kepada mereka. Orang asing dari India dan Cina perlu dibawa masuk untuk mengatasi masalah Melayu malas dan tidak cekap.

Datang Jepun. Orang Melayu hilang jawatan perkeranian dan jawatan-jawatan rendah yang lain. Mereka terpaksa jadi penjual pisang di tepi jalan – kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.


Jika tidak tunduk serendah mungkin apabila lalu di hadapan askar Jepun, mereka dipaksa tatang ketulan batu yang besar sehingga mereka pening dan jatuh. Mereka diarah panjat pohon kelapa untuk dapat buah kelapa bagi askar Jepun. Jika gagal mereka ditempeleng dan terbongkok-bongkok meminta maaf daripada askar Jepun.

Tanpa bertanya sedikitpun akan pandangan orang Melayu sebagai pemilik negeri-negeri Melayu, Jepun menghadiahkan empat buah negeri Melayu, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Siam, kerana membalas budi Siam.

Di bawah pemerintahan Siam, orang Melayu diarah supaya menghormati lagu kebangsaan Siam dan bendera Siam. Saya lihat sendiri seorang orang tua Melayu yang tidak turun basikalnya semasa lagu kebangsaan Siam dimainkan, ditendang di kepala oleh askar Siam apabila lagu berhenti dan ia jatuh terlentang di atas jalan. Saya dan beberapa Melayu lain tidak berani menolong orang tua yang telah jatuh. Kami bangsa yang dijajah dan boleh ditendang oleh sesiapa yang menjajah bangsa kami. Jangan siapa tolong.

Kemudian, British kembali dan raja-raja Melayu diugut akan diturunkan dari takhta mereka jika tidak tandatangan perjanjian Mac Michael supaya negeri-negeri Melayu diserah secara langsung kepada British. Dan raja Melayu pun tandatangan dan diturunkan pangkat kepada kadi besar negeri mereka.

Cadangan Malayan Union British bertujuan menamatkan negeri-negeri Melayu sebagai Tanah Melayu, milik orang Melayu. Ia akan jadi milik siapa sahaja yang mendapat taraf rakyat Malayan Union milik British.

Dalam keadaan orang Melayu begitu miskin, daif dan tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak mempunyai senjata, tidak tahu berniaga, sudah tentu mereka akan menjadi kuli dan hamba kepada orang lain yang lebih pintar, lebih cekap dan lebih kaya daripada mereka. Sudah tentu tidak akan ada Tanah Melayu, tanah tumpah darahnya orang Melayu. Mereka akan jadi bangsa yang tidak bernegara, tidak bertanahair. Tidak ada masa depan bagi mereka.

Alhamdulillah. Di saat itu mereka tiba-tiba sedar. Berkat beberapa kerat di antara mereka yang terpelajar yang tahu akan malapetaka yang menanti bangsa mereka, mereka ketepikan sikap kenegerian mereka dan kesetiaan kepada raja masing-masing atau kepada keturunan mereka.

Mereka bersatu dan bangun menentang rancangan Malayan Union British. Perpaduan Melayu yang tumpat ini, pendirian mereka yang tidak berbelah-bahagi berkenaan penolakan Malayan Union memaksa British gugurkan rancangan mereka dan kembalikan negeri-negeri Melayu bersama Pulau Pinang dan Melaka yang dimiliki British kepada orang Melayu. Maka terselamatlah orang Melayu dan negeri mereka.

Malangnya sekembalinya sahaja Semenanjung Tanah Melayu ke tangan orang Melayu, maka bermulalah rebutan untuk nikmat yang datang dengan pemerintahan sendiri, khususnya untuk menjadi ahli dalam dewan-dewan negeri dan dewan undangan Persekutuan. Keahlian ini menjanjikan pangkat, elaun dan lain-lain kemudahan.

Untuk bekerja sebagai budak pejabat memerlukan kelulusan tertentu. Tetapi untuk menjadi Yang Berhormat, menteri, bahkan Perdana Menteri tidak memerlukan apa-apa sijil atau kelulusan.

Yang kecewa, yang tidak dapat nikmat yang dikejar lupa akan nikmat perpaduan dan mereka tinggalkan UMNO untuk tubuh kesatuan mereka sendiri. Dengan ini mereka akan dapat dicalon oleh parti mereka untuk bertanding dalam pilihan raya yang akan datang.

Kumpulan pertama yang menubuh parti serpihan terdiri daripada ulama dalam UMNO yang kecewa kerana permintaan mereka supaya 10 daripada mereka dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman ditolak olehnya dan hanya satu sahaja yang diberi kepada kumpulan ini.

Tetapi Tuhan Maha Kaya. Rata-rata orang Melayu terus menyokong UMNO yang mana ini memberi kemenangan kepada UMNO dan rakan-rakannya.

Demikianlah besarnya sokongan ini sehingga British terpaksa serah kuasa kepada Perikatan ciptaan UMNO. Jika Parti Islam mendapat lebih daripada satu kerusi, nescaya kemerdekaan tidak tercapai pada 1957.
Tanpa merampas hak orang lain, pemerintahan yang bertunggak kepada Melayu berjaya membangunkan negara dan memberi kepada bangsa Melayu dan bumiputera lain pelajaran, latihan dan peluang yang tidak pernah dinikmati oleh mereka semasa dijajah.

Berkat semua ini maka terpulihlah maruah bangsa Melayu.

Alhamdulillah.

Ramalan bahawa pemerintahan yang dipimpin Melayu ini akan merampas hak dan harta kaum lain tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya pimpinan yang diterajui Melayu berjaya memajukan negara sehingga dikagumi dunia.

Semua ini terang dan nyata. Dunia akui kebolehan orang Melayu yang memimpin Malaysia. Tetapi mereka belum sampai ke tahap bersaing dengan kaum lain terutama dalam bidang perniagaan dan perusahaan.

Malangnya kejayaan yang sedikit ini telah menjadikan mereka bongkak dan tamak. Rebutan kuasa antara mereka terus berlaku dan rebutan yang berpunca kepada ketamakan individu tertentu menyebabkan perpecahan dan serpihan daripada parti utama mereka.

Mereka yang kecewa kerana gagal merebut tempat menghasut ahli-ahli dan pemimpin kerdil untuk menyertai mereka, untuk menjayakan hasrat sempit mereka merebut kuasa, terutama untuk menjadi Perdana Menteri.

Untuk ini mereka membohong, menyalahtafsir agama, menyokong orang lain yang tidak suka melihat orang Melayu meraih walaupun sedikit kekayaan, kedudukan dan nikmat yang terdapat di negara ini.

Hasilnya ialah perpaduan Melayu diganti dengan perpecahan. Orang Melayu yang dahulu digeruni oleh British kerana kukuhnya perpaduan mereka, sekarang berpecah kepada tiga kumpulan kecil yang terpaksa mengemis untuk mendapat sokongan orang lain termasuk mereka yang menentang segala usaha untuk mengimbangkan kedudukan orang Melayu dengan kaum-kaum lain.

Sokongan orang lain ini tidak diberi secara percuma. Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan Kerajaan, tak dapat tidak Kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang lain. Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain. Mereka akan jadi puak minoriti dalam pakatan yang mereka sertai.

Inilah yang akan terjadi hasil perpecahan orang Melayu.

Siapakah yang membawa malapetaka ini. Tak lain tak bukan malapetaka ini dibawa oleh orang Melayu sendiri – orang Melayu yang tamak, orang Melayu yang kurang pintar, orang Melayu yang mudah dipengaruhi nafsu, yang mudah dikuasai oleh perasaan benci apabila dihasut.

Orang Melayu sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu. Mereka tidak pun mengakui akan nikmat yang banyak yang dinikmati oleh mereka setelah merdeka dan mereka menerajui Kerajaan – Kerajaan Malaysia merdeka.

Oleh kerana lupa dan tidak bersyukur, mereka rela supaya perpaduan yang memberi kekuatan kepada mereka dimusnahkan. Mereka sanggup dipecah dan dipisah daripada kuasa yang sedikit yang ada pada mereka.

Sebab inilah yang saya sedih. Bangsa saya jelas tidak dapat menangani kejayaan. Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu bersyukur. Bangsa saya tidak tahu mengambil iktibar daripada nasib yang menimpa kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain.

Jangan bersedih dan bersimpati dengan saya. Bersimpatilah dan bersedihlah dengan diri sendiri, dengan anak cucu yang akan alami masa depan yang gelap kerana kita tamak dan begitu benci kepada bangsa dan pemerintahan oleh kita sendiri.

- UTUSAN

Jumaat, 3 Mei 2013

#PRU13: PEMUDA BN GEMPUR BUMI PASIR SALAK @azwanbro #CrazyTigers





Pada 1hb May yang lalu, Pengerusi Jentera Gerak Gempur Pemuda BN (GGPBN) Pasir Salak, Saudara Khairul Azwan Dato Harun telah berjaya menjelajah ke pelusuk bumi Pasir Salak bersama hampir 100 orang jentera Gerak Gempur Bermotor Pemuda BN Pasir Salak.


Bermula di Pusat Operasi Gerak Gempur Pemuda BN yang bertempat di Dewan Parit 9, Labu Kubong mereka berkonvoi menjelajah DUN Sungai Manik melalui jalan utama Pekan Langkap seterusnya keluar di Simpang Tiga Chikus menuju ke DUN Kampung Gajah.


Dalam perjalanan ke Changkat Lada, konvoi bertemu sebuah Pasar Petang di Simpang Tiga Selat Pulau yang memang diadakan pada setiap petang Rabu. Melihatkan terdapat ramai pengunjung pasar petang itu, Saudara Azwan mengarahkan Jentera GGPBN untuk berhenti bagi mengadakan ceramah dan mengedarkan risalah akujanji Barisan Nasional kepada para pengunjung pasar tersebut.


Penceramah muda dari Team Tiger Warrior BN Youth Volunteer (BNYV) yang di tubuhkan oleh Saudara Azwan dan turut sama mengikuti konvoi tersebut memulakan ceramah menggunakan 'Loud Healer' sambil beberapa orang ahli GGPBN mengedarkan risalah kepada para pengunjung dan peniaga pasar serta orang ramai yang melalui jalan tersebut.


Boleh juga YPS katakan lokasi tersebut adalah antara kawasan kubu pembangkang. Dalam anggaran 20 meter dari lokasi Jentera GGPBN berhenti berceramah terdapat sebuah bilik gerakan PAS. Seperti dijangkakan, terdapat seorang penyokong pembangkang cuba mengganggu ceramah dengan menyatakan perbuatan kami mengganggu lalu lintas. Sedangkan terdapat ahli Gerak Gempur (MARSHALL) yang ditugaskan khas mengawal lalu lintas.


Alhamdulillah, provokasinya tidak berjaya dan beliau menghilangkan diri setelah gagal menghalang kami dari menggempur kawasan tersebut. Ada juga kalangan orang ramai yang melalui jalan tersebut menunjukkan isyarat bagus sebagai tanda sokongan. 


Setelah setengah jam menggempur lokasi tersebut, konvoi kembali meneruskan perjalanan menuju ke Felcra Changkat Lada. Oleh kerana hari sudah hampir malam, konvoi bermotor ini terpaksa kembali Pusat Operasi GGPBN di Parit 9. Hasrat untuk menggempur Zon Anak Sungai tidak berjaya kerana kesuntukan masa.


Sebelah malam, jentera GGPBN mengadakan Majlis Santai dan BBQ. Selesai solat Isya', majlis dimulakan. Dalam ucapannya, Saudara Azwan merasa kagum dengan semangat ahli-ahli yang mengikuti Konvoi Bermotor GGPBN. Beliau mahu semangat serta disiplin yang ditunjukkan ahli-ahli sepanjang berkonvoi dan menggempur sambil berkempen ini dikekalkan serta diteruskan di peringkat Pusat Daerah Mengundi (PDM) atau Cawangan masing-masing sehingga kehari pengundian.

"Saudara-saudara, kita kena meneruskan gerak kerja sebegini sehingga kehari pengundian demi memastikan kemenangan besar calon-calon Barisan Nasional kita di P073, N48 dan N49. ", pesan Azwan kepada jentera-jenteranya. Diakhir ucapan beliau, Azwan melaungkan HIDUP BN disambut penuh semangat oleh semua yang hadir. 


Bagi YPS, apa yang dilakukan oleh Saudara Khairul Azwan selaku Pengerusi Gerak Gempur Pemuda BN Parlimen Pasir Salak adalah suatu SEJARAH. Tambahan beliau adalah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO/BN Negeri Perak yang bakal mewarisi kepimpinan negara suatu masa nanti. YPS melihat semua ini adalah suatu transformasi politik. YPS tidak bermaksud untuk memuji Azwan tetapi sepanjang YPS menyertai UMNO sejak tahun 90an lagi, malah YPS juga telah beberapa kali menyertai Jentera BN dibeberapa Pilihanraya Kecil (PRK), inilah kali pertama YPS melihat perkara sebegini.


Selama ini kita melihat cuma pihak pembangkang sahaja yang berani berkempen di tempat-tempat tumpuan awam. Samada di Pasar Sehari atau pasar malam. Dan semoga ianya akan menjadi titik mula dimana jentera parti-parti komponen Barisan Nasional, khususnya Pergerakan Pemuda berani menggempur dan tanpa segan silu berceramah di tempat tumpuan ramai seperti yang dilakukan oleh Jentera Gerak Gempur Pemuda BN Pasir Salak ini. Tempat-tempat tumpuan awam sebegini pasti dikunjungi bukan sahaja penyokong BN malah penyokong pembangkang serta pengundi-pengundi atas pagar.


YPS teringat akan kata-kata bekas Presiden Indonesia, iaitu Bung Karno @ Sukarno "BERIKAN AKU SEPULUH ORANG PEMUDA, AKAN AKU GONCANGKAN DUNIA". Hari ini, jika BN dapat memikat hati anak-anak muda, BN yang dipimpin oleh UMNO pasti mampu menggoncang bumi Malaysia dan menyingkirkan Pakatan Rakyat dari arena politik tanahair. 

Al Quranul Karim telah lama membicarakan peranan pemuda seperti dalam kisah Ashabul Kahfi (al-Kahfi ayat: 9-22), kisah Ibrahim a.s (al-Anbiya': ayat 60 dan al-Baqarah: ayat 258) dan kisah Ashabul Ukhdud seperti dinyatakan dalam hadis panjang riwayat Muslim, Ahmad dan an- Nasa'i berkenaan tafsir surah al Buruj.



Sirah nabawiyyah juga turut menyaksikan para sahabat memainkan peranan penting dalam memperjuangkan Islam terutamanya ''Assabiqunal Awwalun'' (orang-orang yang terdahulu beriman kepada Rasulullah s.a.w) yang pada umumnya masih muda. 


YPS menyenaraikan beberapa nama para sahabat ketika itu walaupun terdapat sedikit khilaf tentang umur sebenar mereka. Antaranya Ali bin Abi Thalib dan Zubair bin Awwam yang masing-masing berumur 8 tahun, Thalhah bin Ubaidillah (11), al Arqam bin Abil Arqam (12), Abdullah bin Mas'ud (14), Sa'ad bin Abi Waqash (17), Umar bin Khatthab (26), Ja'far bin Abi Thalib (18), Zaid bin Haritshah (20), Mushab bin Umair (24), Abu Bakar Ash Shiddiq (37), Hamzah bin Abdul Muthalib (42), dan sebagainya. Semua ini menjadi bukti bahawa para pemuda adalah sumber kekuatan kepada dakwah Islam dulu mahupun sekarang.



















Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..