Jumaat, 3 Mei 2013

#PRU13: PEMUDA BN GEMPUR BUMI PASIR SALAK @azwanbro #CrazyTigers





Pada 1hb May yang lalu, Pengerusi Jentera Gerak Gempur Pemuda BN (GGPBN) Pasir Salak, Saudara Khairul Azwan Dato Harun telah berjaya menjelajah ke pelusuk bumi Pasir Salak bersama hampir 100 orang jentera Gerak Gempur Bermotor Pemuda BN Pasir Salak.


Bermula di Pusat Operasi Gerak Gempur Pemuda BN yang bertempat di Dewan Parit 9, Labu Kubong mereka berkonvoi menjelajah DUN Sungai Manik melalui jalan utama Pekan Langkap seterusnya keluar di Simpang Tiga Chikus menuju ke DUN Kampung Gajah.


Dalam perjalanan ke Changkat Lada, konvoi bertemu sebuah Pasar Petang di Simpang Tiga Selat Pulau yang memang diadakan pada setiap petang Rabu. Melihatkan terdapat ramai pengunjung pasar petang itu, Saudara Azwan mengarahkan Jentera GGPBN untuk berhenti bagi mengadakan ceramah dan mengedarkan risalah akujanji Barisan Nasional kepada para pengunjung pasar tersebut.


Penceramah muda dari Team Tiger Warrior BN Youth Volunteer (BNYV) yang di tubuhkan oleh Saudara Azwan dan turut sama mengikuti konvoi tersebut memulakan ceramah menggunakan 'Loud Healer' sambil beberapa orang ahli GGPBN mengedarkan risalah kepada para pengunjung dan peniaga pasar serta orang ramai yang melalui jalan tersebut.


Boleh juga YPS katakan lokasi tersebut adalah antara kawasan kubu pembangkang. Dalam anggaran 20 meter dari lokasi Jentera GGPBN berhenti berceramah terdapat sebuah bilik gerakan PAS. Seperti dijangkakan, terdapat seorang penyokong pembangkang cuba mengganggu ceramah dengan menyatakan perbuatan kami mengganggu lalu lintas. Sedangkan terdapat ahli Gerak Gempur (MARSHALL) yang ditugaskan khas mengawal lalu lintas.


Alhamdulillah, provokasinya tidak berjaya dan beliau menghilangkan diri setelah gagal menghalang kami dari menggempur kawasan tersebut. Ada juga kalangan orang ramai yang melalui jalan tersebut menunjukkan isyarat bagus sebagai tanda sokongan. 


Setelah setengah jam menggempur lokasi tersebut, konvoi kembali meneruskan perjalanan menuju ke Felcra Changkat Lada. Oleh kerana hari sudah hampir malam, konvoi bermotor ini terpaksa kembali Pusat Operasi GGPBN di Parit 9. Hasrat untuk menggempur Zon Anak Sungai tidak berjaya kerana kesuntukan masa.


Sebelah malam, jentera GGPBN mengadakan Majlis Santai dan BBQ. Selesai solat Isya', majlis dimulakan. Dalam ucapannya, Saudara Azwan merasa kagum dengan semangat ahli-ahli yang mengikuti Konvoi Bermotor GGPBN. Beliau mahu semangat serta disiplin yang ditunjukkan ahli-ahli sepanjang berkonvoi dan menggempur sambil berkempen ini dikekalkan serta diteruskan di peringkat Pusat Daerah Mengundi (PDM) atau Cawangan masing-masing sehingga kehari pengundian.

"Saudara-saudara, kita kena meneruskan gerak kerja sebegini sehingga kehari pengundian demi memastikan kemenangan besar calon-calon Barisan Nasional kita di P073, N48 dan N49. ", pesan Azwan kepada jentera-jenteranya. Diakhir ucapan beliau, Azwan melaungkan HIDUP BN disambut penuh semangat oleh semua yang hadir. 


Bagi YPS, apa yang dilakukan oleh Saudara Khairul Azwan selaku Pengerusi Gerak Gempur Pemuda BN Parlimen Pasir Salak adalah suatu SEJARAH. Tambahan beliau adalah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO/BN Negeri Perak yang bakal mewarisi kepimpinan negara suatu masa nanti. YPS melihat semua ini adalah suatu transformasi politik. YPS tidak bermaksud untuk memuji Azwan tetapi sepanjang YPS menyertai UMNO sejak tahun 90an lagi, malah YPS juga telah beberapa kali menyertai Jentera BN dibeberapa Pilihanraya Kecil (PRK), inilah kali pertama YPS melihat perkara sebegini.


Selama ini kita melihat cuma pihak pembangkang sahaja yang berani berkempen di tempat-tempat tumpuan awam. Samada di Pasar Sehari atau pasar malam. Dan semoga ianya akan menjadi titik mula dimana jentera parti-parti komponen Barisan Nasional, khususnya Pergerakan Pemuda berani menggempur dan tanpa segan silu berceramah di tempat tumpuan ramai seperti yang dilakukan oleh Jentera Gerak Gempur Pemuda BN Pasir Salak ini. Tempat-tempat tumpuan awam sebegini pasti dikunjungi bukan sahaja penyokong BN malah penyokong pembangkang serta pengundi-pengundi atas pagar.


YPS teringat akan kata-kata bekas Presiden Indonesia, iaitu Bung Karno @ Sukarno "BERIKAN AKU SEPULUH ORANG PEMUDA, AKAN AKU GONCANGKAN DUNIA". Hari ini, jika BN dapat memikat hati anak-anak muda, BN yang dipimpin oleh UMNO pasti mampu menggoncang bumi Malaysia dan menyingkirkan Pakatan Rakyat dari arena politik tanahair. 

Al Quranul Karim telah lama membicarakan peranan pemuda seperti dalam kisah Ashabul Kahfi (al-Kahfi ayat: 9-22), kisah Ibrahim a.s (al-Anbiya': ayat 60 dan al-Baqarah: ayat 258) dan kisah Ashabul Ukhdud seperti dinyatakan dalam hadis panjang riwayat Muslim, Ahmad dan an- Nasa'i berkenaan tafsir surah al Buruj.



Sirah nabawiyyah juga turut menyaksikan para sahabat memainkan peranan penting dalam memperjuangkan Islam terutamanya ''Assabiqunal Awwalun'' (orang-orang yang terdahulu beriman kepada Rasulullah s.a.w) yang pada umumnya masih muda. 


YPS menyenaraikan beberapa nama para sahabat ketika itu walaupun terdapat sedikit khilaf tentang umur sebenar mereka. Antaranya Ali bin Abi Thalib dan Zubair bin Awwam yang masing-masing berumur 8 tahun, Thalhah bin Ubaidillah (11), al Arqam bin Abil Arqam (12), Abdullah bin Mas'ud (14), Sa'ad bin Abi Waqash (17), Umar bin Khatthab (26), Ja'far bin Abi Thalib (18), Zaid bin Haritshah (20), Mushab bin Umair (24), Abu Bakar Ash Shiddiq (37), Hamzah bin Abdul Muthalib (42), dan sebagainya. Semua ini menjadi bukti bahawa para pemuda adalah sumber kekuatan kepada dakwah Islam dulu mahupun sekarang.



















Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..