Isnin, 30 September 2013

#PTPTN: 412,245 PEMINJAM TIDAK BUAT PEMBAYARAN BALIK


Menurut Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin seramai 412,245 peminjam daripada1.24 juta keseluruhan peminjam tidak membuat bayaran balik kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sehingga 31 Ogos lepas. Kaum Melayu mencatatkan jumlah tertinggi, seramai 328,550 diikuti Cina (55,445) dan India (28,250).
 
Perkara itu dinyatakan dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) di Dewan Rakyat di sini hari ini. Lim dalam soalannya meminta Menteri Pendidikan menyatakan statistik peminjam mengikut bangsa, jantina dan negeri yang tidak membayar balik pinjaman PTPTN sehingga 16 September lepas.

Tan Sri Muhyiddin berkata, tindakan penguatkuasaan yang dilaksanakan dengan menyenaraihitam peminjam ke luar negara dan tindakan saman adalah antara langkah PTPTN untuk meningkatkan tahap kesedaran, kefahaman dan tanggungjawab peminjam terhadap kewajipan membayar balik pinjaman.
 
Beliau menjelaskan tindakan sedemikian juga tidak dibuat secara sewenang-wenangnya tanpa memberi ruang kepada peminjam. Berdasarkan prosedur kerja sedia ada, PTPTN telah melaksanakan pendekatan fleksibel dalam mendapatkan bayaran balik pinjaman sebelum menyenarai hitam peminjam.
 
Katanya, tindakan menyenaraihitam di Jabatan Imigresen adalah sebagai langkah terakhir dalam memberi peringatan kepada peminjam tegar selepas mereka tidak mempedulikan ingatan supaya membayar balik pinjaman.
 
Katanya, PTPTN telah membuka 12 pejabat PTPTN negeri, dua buah one stop centre dan empat pejabat cawangan di lokasi strategik bagi membolehkan peminjam mengadakan rundingan untuk penyelesaian hutang.

Selain itu, katanya, PTPTN turut memberi insentif kepada peminjam di bawah insentif mengurangkan kos pembelajaran pelajar yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Belanjawan 2013 tahun lepas.
 
Insentif itu meliputi diskaun 20 peraus ke atas baki pinjaman mereka yang menyelesaikan hutang sekaligus dalam temmpoh setahun bermula 1 Oktober 2012 hingga hari ini (30 September 2013).
 
PTPTN turut memberi diskaun 10 peratus setahun kepada peminjam yang membayar pinjaman secara konsisten mengikut jadual mulai 1 Oktober 2012.


88.9 Peratus Daripada 1.42 Juta Murid Tahun Satu ke Tahun Enam Menguasai Jawi

Sementara itu, Muhyiddin berkata seramai 1.36 juta daripada 1.42 juta atau 88.9 peratus murid Islam dari Tahun Satu hingga Tahun Enam dapat menguasai Jawi.
 
"Tiada data murid bukan Islam yang celik Jawi kerana hanya murid Islam sahaja yang mempelajari Jawi dalam mata pelajaran Pendidikan Islam," katanya.
 
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada pertanyaan Er Teck Hwa (DAP-Bakri) yang meminta Menteri Pendidikan menyatakan bilangan guru terlatih mempunyai kelulusan dalam bidang penulisan Jawi serta jumlah murid Bumiputera dan bukan Bumiputera yang celik Jawi.
 
Setakat ini, tiada guru terlatih yang opsyen khas dalam bidang penulisan Jawi tetapi mempunyai guru terlatih yang opsyen dalam Pendidikan Islam dan Bahasa Arab, kata Muhyiddin.
 
"Mereka semuanya mendapat latihan keguruan dan mahir dalam bidang penulisan Jawi," katanya. - Bernama


YPS ~ pinjam... WAJIB DI BAYOR!!! 

KENALI @azwanbro: LAHIRKAN ZURIAT UMNO DEMI SURVIVAL PARTI #OneBro4NKP



Azwan antara salah seorang panel jemputan Program Kerusi Panas: Wacana Pemikiran Naib-Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang telah diadakan baru-baru ini.

Video di atas adalah jawapan Saudara Khairul Azwan apabila ditanya apakah yang akan beliau lakukan jika terpilih menjawat jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia pada pemilihan UMNO yang akan berlangsung pada 12hb Oktober nanti? 

Sejak dari Perhimpunan Agung UMNO 2012, beliau yang berucap mewakili Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak lantang menyuarakan hasrat agar UMNO melahirkan zuriat yang berkualiti demi survival parti keramat ini. Klik UMNO-online dan BeritaHarian.


Dimanakah RASIONALnya hasrat beliau untuk melahirkan ZURIAT UMNO??? YPS cuba menyingkap keperluan tersebut bersandarkan kepada keputusan PRU ke 13 yang lalu. Dimana keputusannya jelas dipengaruhi oleh undi golongan muda.


Pengaruh pengundi muda dalam perkembangan politik tanah air kini menjadi semakin penting. Senario politik semasa telah membangkitkan semangat ramai pengundi muda untuk turut serta dalam politik, sama ada kerana minat berpolitik atau mahu menjadikannya sebagai platform untuk menyatakan protes terhadap kerajaan atau isu tertentu.

Bagi yang minat politik, penyertaan mereka adalah kerana ingin terlibat dalam soal menentukan dasar. Sebaliknya, bagi yang lebih radikal, politik dijadikan platform untuk menyatakan rasa tidak puas hati, mengadakan rusuhan, demonstrasi dan sebagainya.


Kita sedia maklum peningkatan jumlah pengundi muda yang cukup memberangsangkan bagi PRU-13 yang lalu. Untuk rekod, sebanyak 19 peratus (2 juta) yang berumur antara 21 hingga 29 tahun dan 22 peratus (3 juta) belia berumur antara 30 dan 39 tahun mendaftar sebagai pemilih.


Dalam senario sekarang, suara anak muda ini tidak boleh dipinggirkan kerana kuasa dan pengaruh mereka dalam politik negara mewakili jumlah yang bukan sedikit. Mereka perlu dilibatkan secara langsung dan diberi peranan mengikut keupayaan masing-masing.


Buktinya, keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Mei lalu, turut dipengaruhi oleh pengundi muda yang rata-ratanya pro kepada pembangkang. Kebanyakan daripada mereka telah berjaya diserap dengan sentimen 'ubah' atau tukar kerajaan sekarang.


Mengambil kira 41 peratus (5 juta) pengundi di negara ini merupakan pengundi muda berumur 21 hingga 40 tahun yang berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kuasa mereka sebagai penentu keputusan pilihan raya amat besar.


Walaupun BN terus mendapat kepercayaan mentadbir negara dengan mendapat majoriti mudah apabila memenangi sebanyak 133 kerusi Parlimen, ada kerusi-kerusi yang jatuh kepada pembangkang kerana undi golongan muda.


Kecenderungan pengundi muda terhadap pembangkang memang membimbangkan apabila keputusan Pilihan Raya Umum ke 13 lalu memperlihatkan kebanyakkan kerusi di kawasan bandar contohnya di Pandan dan Ampang terus dikuasai pembangkang dengan jumlah undi yang diperoleh calon pembangkang cukup tinggi.


Walaupun hakikatnya isu-isu seperti penurunan harga minyak, penghapusan tol, pemansuhan bayaran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) merupakan pembohongan pembangkang, ia berjaya menarik ramai golongan muda menyokong pembangkang kerana isu-isu tersebut dirasakan lebih dekat dengan mereka.


Bagi mereka tidak timbul soal pembangkang mampu melaksanakannya atau tidak, kerana yang penting 'ubah' dahulu kerajaan sekarang dan beri peluang kepada kerajaan baru.


Menurut The Asia Foundation sebuah NGO yang menjalankan kajian khusus terhadap 'pandangan orang muda' sejak 2007 menyatakan:

  • Sikap ingin ambil tahu tentang pentadbiran negara dalam kalangan belia meningkat setiap tahun.
  • Kajian pada 2012, Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak mempunyai tahap kepercayaan yang tinggi terhadap Perdana Menteri berbanding pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak berkuasa.
  • Manakala Belia Cina pula merupakan kaum paling tinggi meletakkan kepercayaan kepada NGO berbanding kerajaan iaitu sebanyak 60 peratus daripada mereka dan hanya 35 peratus yakin dengan peranan pihak berkuasa.
Kumpulan 'bebas' atau independent (indie)' umpamanya, antara kumpulan yang perlu diberi perhatian kerana kebanyakan daripada mereka tidak menyokong kerajaan kerana merasa dipinggirkan.

Kerajaan sewajarnya mendengar idea dan pandangan selain mengiktiraf kewujudan mereka yang kebanyakannya terdiri daripada belia yang berpendidikan tinggi, profesional dan aktif dalam kerja-kerja sosial.


Golongan muda hanya mahu diiktiraf dan untuk melakukannya perlu ada aktiviti atau program yang dekat dengan mereka. Pembangkang telah berjaya melakukannya. Buktinya, sebahagian besar yang menyertai perhimpunan, demonstrasi yang diadakan adalah golongan muda yang berjaya diperalatkan pembangkang.


JELAS, golongan muda hari ini inginkan perubahan dan transformasi. Mereka inginkan kepimpinan serta kerajaan yang mampu membela dan menyediakan segala keperluan masa hadapan yang baik buat mereka. UMNO harus bergerak maju seiring dengan peredaran masa.


Justeru itu, YPS melihat pendekatan melahirkan ZURIAT UMNO yang diilhamkan oleh Calun Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Saudara Khairul Azwan B. Dato' Harun menepati segala aspek bagi menarik golongan muda untuk bersama-sama UMNO dan BN sebagai persediaan menghadapi cabaran Pilihanraya Umum ke 14 nanti.



YPS ~ Semoga segala hasrat dan impian murni anak muda ini dirahmati dan dipermudahkan oleh Allah SWT.

Sabtu, 28 September 2013

UGUT BUNUH KETUA POLIS PENANG: SUSPEK DITANGKAP!!!


Datuk Abdul Rahim Hanafi


Polis menahan seorang lelaki berusia 28 tahun yang dipercayai terlibat dengan kes ugutan terhadap Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi melalui sistem pesanan ringkas (SMS) yang dihantar Isnin lalu.

Difahamkan, suspek bekerja sebagai pengawal keselamatan ditahan di sekitar kawasan Klang, Selangor awal pagi semalam. Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Georgetown dan direman selama tiga hari.

Sebelum ini, Abdul Rahim dilaporkan menerima SMS ugutan yang dihantar melalui telefon bimbitnya ketika berada di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang kira-kira jam 9 pagi Isnin lalu.

Difahamkan, kiriman SMS oleh individu yang tidak dikenali itu mengandungi ayat ugutan kerana tidak berpuas hati apabila lima rakannya ditembak polis bulan lalu.

Kandungan SMS yang diterima Abdul Rahim adalah ‘Hello kepala penang, mau kasi ingat, u sudah ambil saya punya kawan lima orang, u jangan ingat u the best, u jaga u punya body, tak dapat u, u punya kawan saya ambil. Jaga-jaga’.

Abdul Rahim membuat laporan sehari selepas menerima ugutan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut.

Sementara itu, Ketua Polis Derah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan mengenai tangkapan tersebut. [utaranews]

YPS ~ 


KENALI @azwanbro: SEKRETARIAT PEMUDA PRIHATIN PEMUDA BN PASIR SALAK #OneBro4NKP

Selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak, Azwan juga memikul tanggungjawab sebagai Pengerusi Gerak Gempur Pemuda BN Pasir Salak. Tidak dapat dinafikan, Azwan telah menggerakkan Jentera Gerak Gempur beliau beberapa tahun sebelum PRU ke 13 diadakan pada bulan Mei yang lalu.

Bermula dengan penubuhan Seketariat Pemuda Prihatin Pemuda BN Pasir Salak yang menumpukan tugas-tugas membantu wakil rakyat bagi menyelesaikan masalah rakyat yang kurang berkemampuan terutamanya yang menghadapi masalah pendawaian rumah dan baikpulih kecil.



 photo pppspups.jpg
Pelancaran Sekretariat Pemuda Prihatin Pemuda UMNO Bhgn Pasir Salak di Kg Sg Jejawi

Pelancaran Sekretariat Pemuda Prihatin Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak telah diadakan pada 31hb Januari 2009 dan disempurnakan oleh YB Dato' Zainol Fadzi B. Paharudin, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak bertempat di Kampung Sungai Jejawi, Kampung Gajah.

Pada pelancaran tersebut, Anggota Skuad Pemuda Prihatin yang diketuai oleh Saudara Anuar Amin telah berjaya membaikpulih 4 buah atap rumah selain beberapa sumbangan berbentuk bahan makanan kepada mereka yang kurang berkemampuan. Program ini dijayakan dengan kerjasama Ketua Cawangan UMNO Sungai Jejawi iaitu En Ahmad Radzi dan beberapa cawangan sekitar.

Selepas pelancaran tersebut, Skuad Pemuda Prihatin Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak yang di Pengerusikan oleh Azwan sendiri terus bergerak aktif membantu menyelesaikan beberapa permasalahan penduduk sesuai dengan objektif ianya ditubuhkan.

SEJARAH PENUBUHAN SEKRETARIAT PEMUDA PRIHATIN 

Untuk makluman, penubuhan Sekretariat Pemuda Prihatin ini adalah idea YAB Dato' Seri DiRaja Dr Zambry Abd Kadir bersama Saudara Khairul Azwan B. Dato' Harun. Ianya bermula di Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir, Pulau Pinang. 

Ketika YAB Menteri Besar Perak mengadakan tinjauan ke salah sebuah kampung di DUN Permatang Pasir, YAB MB melihat keadaan pendawaian elektrik salah seorang penduduk yang membahayakan. 

YAB MB telah mengarahkan Saudara Azwan yang mengiringi beliau ketika itu untuk melakukan sesuatu, kebetulan YPS sendiri mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut. YPS bersama jentera dari Perg. Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak telah berjaya menyelesaikan pendawaian tersebut dalam masa sehari. 

Selepas dari peristiwa tersebut, YAB Menteri Besar Perak telah mengarahkan agar setiap Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian di seluruh Negeri Perak agar menubuhkan skuad tersebut. Dan Pasir Salak adalah Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian yang pertama melaksanakannya.

Tahniah @azwanbro!!!






#PemilihanUMNO2013: TUN FAISAL KEMUKA RAYUAN




Kuala Lumpur: Keputusan menggugurkan Tun Faisal Ismail Aziz daripada senarai calon Majlis Tertinggi (MT) UMNO kekal kerana EXCO Pemuda itu gagal memenuhi syarat asas Perlembagaan parti. 

Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh, berkata bagaimanapun surat rayuan Tun Faisal memohon dipertimbangkan semula untuk bertanding sudah diterima dan sedang diteliti.


“Saya dah terima surat rayuan Tun Faisal dan akan sampaikan kepada kepemimpinan tertinggi parti. Bagaimanapun, saya tidak pasti sama ada rayuannya boleh diterima atau tidak. 



“Keputusan (gugurkan nama dua calon MT) sebelum ini bukan keputusan saya, tetapi dibuat mengikut peraturan kerana syaratnya termaktub dalam Perlembagaan,” katanya ketika dihubungi BH, semalam. 

Kelmarin, Ab Rauf memaklumkan Tun Faisal dan Prof Datuk Dr Zainul Fitri Othman tidak layak bertanding jawatan MT kerana tidak memenuhi syarat kelayakan minimum iaitu tidak pernah menjadi ahli jawatankuasa bahagian atau menjadi ahli MT selama sepenggal. 

Tak dibenar rayu 

Mengikut peraturan Jawatankuasa Pemilihan UMNO, mereka yang digugurkan tidak dibenarkan merayu dan keputusan adalah muktamad. Berikutan itu, hanya 62 calon yang layak bertanding merebut 25 jawatan dalam MT. 


Ditanya sama ada Tun Faisal berpeluang untuk bertanding, Ab Rauf menjawab: “Asasnya tidak boleh, tetapi saya tak tahu, mengenai rayuan saya tak boleh komen.” 

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bagaimanapun menganggap Tun Faisal wajar diberi ruang untuk bertanding kerana faktor beliau digugurkan membabitkan aspek teknikal yang sepatutnya boleh diberi pertimbangan.

Khamis, 26 September 2013

#PemilihanUMNO2013: SYARAT KETAT BERKEMPEN



Calon-calon yang melanggar tataetika akan dikenakan tindakan tetapi laporan perlu dibuat secara jelas terhadap mereka. Pemangku Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Megat Majmuddin Megat Khas berkata laporan yang jelas perlu dikemukakan bagi membolehkan Jawatankuasa Disiplin bertindak melakukan siasatan.

"Kalau (calon) langgar etika, mesti ada laporan yang sah. Kalau hanya cakap-cakap kedai kopi sahaja tak boleh, kena ada laporan yang tunjukkan bila, tarikh, masa dan di mana," katanya pada sidang media Pemilihan Umno 2013, di sini, Rabu.
Megat Najmuddin berkata demikian sebagai mengulas tindakan pihak dan calon tertentu yang didakwa berkempen secara persendirian dan juga di laman Facebook baru-baru ini. Bagaimanapun katanya, sehingga kini pihaknya masih tidak menerima sebarang laporan sama ada mengenai tataetika calon. Dalam pada itu beliau turut mengulas mengenai dakwaan wujudnya calon proksi dalam pemilihan kali ini.
"Sekiranya proksi jelas melanggar tataetika dan jelas merupakan proksi kepada calon, tindakan akan diambil, tapi kena ada laporan," jelasnya.
Mengenai tiga calon penyandang naib presiden iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal yang menjadi pencadang antara satu sama lain, beliau berkata perkara itu juga tidak melanggar tataetika pemilihan. 

Selanjutnya di sini

Selasa, 24 September 2013

#PAU2013: SENARAI PENUH CALON JAWATAN PUSAT DIUMUM ESOK #PemilihanUMNO

Senarai penuh calon yang akan bertanding pada Pemilihan UMNO 2013 bagi jawatan peringkat pusat akan diumum pada Rabu petang.

Menurut Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Abdul Rauf Yusoh, sebarang keputusan berkaitan pembatalan atau penarikan diri turut akan diketahui pada sidang akhbar khas pada hari Rabu.

Pada proses pendaftaran calon Sabtu lepas, 261 borang pencalonan pemilihan Umno 2013 bagi peringkat pusat diserah sehingga tamat tempoh penyerahan borang itu pada pukul 5 petang.

Setelah selesai proses pencalonan, tempoh bertenang selama 72 jam atau 3 hari diadakan untuk;
Pertama - urus setia mengemaskini semua borang pencalonan bagi persediaan untuk mencetak kertas undi.
Kedua - mana-mana calon memikirkan semula sekiranya ada cadangan untuk menarik diri.
Ketiga - urusan pentadbiran bagi memastikan semua calon tidak bersalah mengikut akta pertubuhan sama ada dia seorang yang muflis atau pernah didenda melebihi RM2,000 atau mempunyai kes yang sedang dibicarakan di mahkamah.


Ahad, 22 September 2013

#PAU2013: CORETAN MiM TENTANG CALON NKPUM

Dan di dalam tempoh MiM aktif menganalisa politik negara terutamanya parti UMNO, MiM telah berjumpa dengan kesemua calon-calon Naib Ketua Pemuda UMNO itu. Mereka adalah rakan seperjuangan yang saling kenal mengenali sesama sendiri.

MiM tertarik dengan perjalanan politik, taraf pendidikan dan pengalaman salah seorang calon.

Siapakah calon tersebut??? Untuk mengetahuinya, klik MiM

YPS™ ~ Blogger MiM adalah antara penulis blog yang teman kagum. Bukan setakat penulisan dan pandangan beliau tetapi khidmat serta sumbangan beliau sebagai ahli UMNO  terhadap masyarakat.


Posted via Blogaway

#PAU2013: SENARAI PENUH CALON BERTANDING JAWATAN TERTINGGI UMNO PUSAT


Buat pertama kali dalam sejarahnya, UMNO sebagai parti terbesar orang Melayu, akan menyaksikan pemilihan jawatan tertinggi parti dengan cara yang berbeza dan unik, melalui proses demokrasi yang lebih meluas dan sekali gus menguji kematangan akar umbi parti.

Beberapa fakta yang muncul setelah tujuh pindaan dibuat terhadap perlembagaan UMNO yang diluluskan perwakilan pada Oktober 2009 menjadikan pemilihan kali ini menarik perhatian ramai.

146,500 ahli peringkat akar umbi dari 191 bahagian akan memilih secara langsung pucuk pimpinan parti berbanding 2,500 orang perwakilan sahaja sebelum ini. Mereka juga akan memilih pimpinan jawatankuasa bahagian masing-masing.

Selepas tamat tempoh pencalonan pada jam 5 petang semalam, berikut adalah senarai calon yang akan merebut jawatan utama UMNO pusat pada pemilihan Oktober depan.

PRESIDEN:
Datuk Seri Najib Tun Razak (Penyandang) – Menang tanpa bertanding.

TIMBALAN PRESIDEN:
Tan Sri Muhyiddin Yassin (Penyandang) – Menang tanpa bertanding.

NAIB PRESIDEN:
1. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Penyandang)
2. Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Penyandang)
3. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Penyandang)
4. Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad
5. Datuk Seri Mohd Ali Rustam
6. Datuk Mukhriz Tun Mahathir

 MAJLIS TERTINGI:
1. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
2. Datuk Dr. Aziz Jamaluddin Mohd Tahir
3. Datuk Rosnah Abd. Rashid Shirlin
4. Datuk Abdul Azeez Rahim
5. Datuk Razali Ibrahim
6. Datuk Azalina Othman Said
7. Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin
8. Razali Husain
9. Datuk Dr. Norraesah Mohamad
10. Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik
11. Prof. Datuk Dr. Zainul Fitri Othman
12. Raja Ropiah Raja Abdullah
13. Abdul Zarin Mohd. Yasin
14. Datuk Seri Shahidan Kassim
15. Azlan Man
16. Datuk Sohaimi Shahadan
17. Datuk Tajuddin Abdul Rahman
18. Datuk Idris Haron
19. Datuk Seri Idris Jusoh
20. Datuk Abdul Rahman Dahlan
21. Datuk Musa Sheikh Fadzir
22. Datuk Hasan Malek
23. Datuk Mahadzir Khalid
24. Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
25. Tun Faisal Ismail Aziz
26. Datuk Nur Jazlan Mohamed
27. Datuk Abd. Wahab Ibrahim
28. Datuk Azman Shah Omar Shah
29. Yusoff Ishak
30. Zawawi Othman
31. Tan Sri Anuar Musa
32. Datuk Halimah Mohamed Sadique
33. Datuk Mokhtar Radin
34. Datuk Md. Alwi Che Ahmad
35. Prof. Madya Dr. Sazili Sahibi
36. Datuk Seri Jamaluddin Jarjis
37. Datuk Samsul Anuar Nasarah
38. Datuk Nasir Safar
39. Datuk Rosni Zahari
40. Hamidah Osman
41. Dr. Mohd. Puad Zarkashi
42. Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar
43. Datuk Tawfik Abu Bakar Titingan
44. Datuk Maznah Hamid
45. Mohsin Yussof
46. Dr. Zubir Harun
47. Datuk Ahmad Jaafar
48. Dr. Ahmad Kamal Ariffin Mohamed
49. Mohd. Sazili Shahidi
50. Datuk Abdul Aziz Kaprawi

KETUA WANITA:
1. Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Penyandang)
2. Raihan Suleiman Palestin
3. Datuk Maznah Mazlan

NAIB KETUA WANITA:
1. Datuk Suraya Yaakub
2. Datuk Azizah Mohd Dun
3. Datuk Hamidah Osman

KETUA PEMUDA:
1. Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Penyandang)
2. Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi
3. Syed Rosli Syed Harman Jamalullail
4. Abd. Karim Ali
5. Irwan Ambak

NAIB KETUA PEMUDA:
1. Jamawi Jaafar
2. Lokman Noor Adam
3. Mohamad Iruan Zulkefli
4. KHAIRUL AZWAN DATO HARUN @azwanbro

KETUA PUTERI:
1. Mas Ermieyanti Samsudin
2. Jamilah Hanim Othman

NAIB KETUA PUTERI:
1. Datin Norsabrina Mohd Noor
2. Zahida Zarikh Khan
3. Nazliah Ali


YPS™ ~ teman juga merupakan salah seorang daripada 146,500 perwakilan yang akan mengundi calon-calon di atas. Semoga Allah memberikan teman petunjuk &hidayah untuk memilih calon-calon yang ikhlas dalam perjuangan memartabatkan ISLAM, MELAYU DAN MALAYSIA tercinta.

#04NKP

Sabtu, 21 September 2013

@azwanbro: CALON NAIB KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA 04 #OneBro4NKP

Khairul Azwan Dato Harun menyerahkan borang pertandingan bagi jawatan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di PWTC. No calon beliau: 04


Posted via Blogaway

Jumaat, 20 September 2013

CHIN PENG TERRORIST!!! ANAK MUDA TIDAK BUTA SEJARAH @azwanbro #OneBro4NKP






Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak, bersetuju dengan keputusan kerajaan untuk tidak membenarkan Abu Mendiang Chin Peng dibawa masuk ke Malaysia.

Ketuanya, Khairul Azwan Harun berkata Chin Peng bukanlah pejuang kemerdekaan seperti yang digambarkan oleh pemimpin pembangkang sebaliknya dia adalah seorang 'Terorist'.

Selanjutnya di AZWANBRO.COM
Chin Peng atau Ong Boon Hua dilahirkan di Sitiawan pada 1923 yang ketika itu berada dalam Daerah Dinding. Dinding adalah sebahagian daripada Negeri-Negeri Selat dan hanya diserahkan kepada Perak pada 1937. Negeri-Negeri Selat seperti Pulau Pinang, Melaka dan Singapura sejak 1867 sehingga 1941 adalah tanah jajahan British. Jadi Chin Peng adalah warganegara BRITAIN 
berdasarkan fakta sejarah kelahirannya. - Prof Emeritus Tan Sri Datuk Dr Khoo Kay Kim (pakar sejarah)


Rabu, 18 September 2013

KENALI @azwanbro: KETUA PEMUDA BN NEGERI PERAK [SIRI 2] #OneBro4NKP #zuriatUMNO



Azwan bercerita berkaitan gerak kerja yang telah beliau lakukan setelah hampir setahun mengambil alih kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak dari  Maslin Sham Razman. Hari ini Saudara Maslin Sham adalah YB ADUN Bukit Chandan. Ikuti video di bawah ini.


Kejayaan Barisan Nasional mengekalkan pemerintahan di Perak pada PRU-13 yang lalu, sedikit sebanyak hasil dari usaha pemimpin muda ini. Kerajaan negeri pasca PRU13 di Perak adalah sebuah kerajaan UMNO kerana ia ditunjangi 30 Adun UMNO dengan hanya seorang wakil tunggal parti komponen, iaitu Adun MCA di Chenderiang (yang juga kerusi majoriti Melayu).


Seramai 17 calon PAS dan 11 calon Melayu PKR tewas kepada UMNO. 
Sebaliknya UMNO telah menang 25 kerusi di kawasan-kawasan yang mana pemilih Melayunya melebihi 60 peratus.




Berlaku pertarungan sengit di antara parti-parti Melayu Umno dan PAS manakala di antara parti-parti Cina MCA dan DAP, komponen BN tersebut dengan selambanya memberikan walkover.

Adun-adun PAS menang dengan majoriti kecil antara 1,000 dan 3,000 undi berbanding Adun-Adun DAP yang menang dengan majoriti besar — contohnya Lim Pek Har di Menglembu dengan majoriti 16,799 undi, Wong Kah Woh di Canning (14,444 undi) dan Cheong Chee Khing di Bercham (13,916).

Lima calon PAS yang semuanya menang tipis:


  • Sungai Rapat: Radzi Zainon (2,638 undi) di kawasan 58.7% pemilih Melayu
  • Changkat Jering: Nizar Jamaluddin (1,170), Melayu 62.5%
  • Selinsing: Husin Din (809), Melayu 72.7%
  • Titi Serong: Abu Bakar Hussian (1,794), Melayu 74.9%
  • Gunung Semanggol: Mohd Zawawi Abu Hassan (1,405), Melayu 82.4%

.
UMNO menang di Belanja (pemilih Melayu 97.2%), Kampong Gajah (93.2%), Kubu Gajah (92.5%), Batu Kurau (89.6%), Bota (86.5%), Selama (84.5%), Kenering (83.0%) dan Kota Tampan (80.4%).


Hari ini, beliau menawarkan diri untuk dipilih sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia bukan untuk menawan orang muda tetapi untuk melahirkan ZURIAT UMNO yang benar-benar ikhlas berjuang untuk kepentingan agama, bangsa dan negara tercinta. 

#OneBro4NKP 

Isnin, 16 September 2013

#OneBro4NKP: SELAMAT HARI MALAYSIA KE-50


Sejarah perjuangan tanah Melayu perlulah diketahui oleh semua orang khasnya orang muda. Kerakyatan tidak akan bermakna jika kita tidak tahu asal-usul kita. Sejarah kita adalah pengajaran bagi kita, adalah panduan perjuangan kita. Generasi muda Melayu perlu mengetahui kepentingan perpaduan, sejarah kejatuhan kerajaan Melayu dan ancaman terhadap ketuanan Melayu yang ada di mana-mana sama ada dari dalam negara, mahupun luar negara. Lebih-lebih lagi Melayu itu dikaitkan dengan Islam seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Maka sudah pasti musuh Melayu, juga adalah musuh Islam yang bersifat sejagat dan senantiasa berusaha menjatuhkan pengaruh Islam.

Seterusnya baca di sini http://azwanbro.com/selamat-hari-malaysia-ke-50/ 

Sabtu, 14 September 2013

#MalaysiaDay2013: Di MALAYSIA, Dari Kuliah Sampai Nikahpun Dikredit


16hb September 2013 nanti, kita seluruh rakyat Malaysia akan meraikan Sambutan Hari Malaysia ke 50. Tujuan Sambutan Hari Malaysia yang diadakan pada 16 September setiap tahun adalah untuk memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Negara Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963, kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. 

Namun, beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman membacakan Pemasyhuran Malaysia di Stadium Merdeka pada pagi 16 September 1963. Berikut adalah teks pemasyhuran yang dibaca beliau:
PEMASYHURAN MALAYSIA
Dengan nama Allah Yang Maha Murah lagi Maha Mengasihani. Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan seru sekalian alam dan selawat dan salam bagi junjungan kita Nabi Muhammad dan bagi sekalian keluarga serta sahabat-sahabatnya.
 
Bahawasanya oleh kerana suatu Perjanjian yang diperbuat pada Sembilan hari bulan Julai tahun Seribu Sembilan Ratus Enam Puluh Tiga antara Persekutuan Tanah Melayu, United Kingdom, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura maka telah dipersetujui bahawa hendaklah disekutukan Negeri Sabah, Negeri Sarawak dan Negeri Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi Negeri Pahang, Negeri Terengganu, Negeri Kedah, Negeri Johor, Negeri Sembilan, Negeri Kelantan, Negeri Selangor, Negeri Perak, Negeri Perlis, Negeri Pulau Pinang dan Negeri Melaka dan bahawa Persekutuan itu hendaklah dinamakan “Malaysia”. 
Dan bahawasanya oleh kerana pihak-pihak dalam Perjanjian yang tersebut telah bersetuju bahawa mulai daripada penubuhan Malaysia maka Negeri Sabah, Negeri Sarawak dan Negeri Singapura hendaklah tamat daripada menjadi jajahan takluk Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen tiada lagi mempunyai kedaulatan dan kuasa dalam ketiga-tiga buah Negeri itu; 
Dan bahawasanya oleh kerana telah dimasyhurkan suatu Perlembagaan bagi Malaysia yang akan menjadi kanun yang muktmmad didalamnya;
Dan bahawasanya oleh kerana Perlembagaan yang tersebut itu telah diadakan syarat bagi menjaga keselamatan hak-hak dan keutamaan-keutamaan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja serta hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat dan bagi mengekalkan keamanan dan kemesraan di dalam Malaysia sebagai Kerajaan yang mempunyai Raja yang berperlembagaan dan yang berdasarkan demokrasi cara berparlimen;
 
Dan bahawasanya oleh kerana Perlembagaan yang tersebut itu telah disahkan oleh suatu undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen Persekutuan Tanah Melayu dan Parlimen United Kingdom maka telah berjalanlah kuatkuasa Perlembagaan itu pada Enam Belas hari bulan September tahun Seribu Sembilan Ratus Enam Puluh Tiga; 
Maka dengan nama Allah Yang Maha Murah lagi Maha Mengasihani, saya Tunku Abdul Rahman Putra ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Perdana Menteri Malaysia dengan persetujuan dan perkenan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Yang Terutama Yang di-Pertuan Negeri Singapura, Yang Terutama Yang di-Pertua Negara Sabah dan Yang Terutama Gabenor Negeri Sarawak dengan ini mengistihar dan memasyhurkan bagi pihak umat Malaysia bahawa mulai daripada Enam Belas hari bulan September tahun Seribu Sembilan Ratus Enam Puluh Tiga bersamaan dengan Dua Puluh Lapan hari bulan Rabiul Akhir tahun Hijrah Seribu Tiga Ratus Lapan Puluh Tiga, Malaysia yang mengandungi Negeri Pahang, Negeri Terengganu, Negeri Kedah, Negeri Johor, Negeri Sembilan, Negeri Kelantan, Negeri Selangor, Negeri Perak, Negeri Perlis, Negeri Pualu Pinang, Negeri Melaka, Negeri Singapura, Negeri Sabah dan Negeri Sarawak dengan izin dan kehendak Allah Rabbul–Alamin akan kekal menjadi sebuah Negara demokrasi yang merdeka lagi berdaulat serta berasaskan kebebasan dan keadilan dan sentiasa mempertahankan serta memelihara keamanan dan kemesraan umatnya dan mengekalkan keamanan di antara segala bangsa di dunia ini.


Sebagai rakyat Malaysia, sepatutnya kita berbangga kerana Malaysia merupakan sebuah negara aman dan makmur. Biarpun kita terdiri dari pelbagai kaum, berbeza adat dan budaya serta agama tetapi kita telah berjaya mengekalkan keharmonian sepanjang 56 tahun kita merdeka dari penjajahan kuasa asing.

Namun, sejak kebelakangan ini kita dapat melihat beberapa senario yang agak membimbangkan. Keamanan dan keharmonian negara sudah mula diganggu gugat. Sudah ada bibit-bibit perpecahan akibat dari percaturan politik. 

Sudah ada pihak yang berani bersuara dan menghasut rakyat lain mempertikaikan perlembagaan negara. Mengajak rakyat turun kejalanan bagi menentang serta menumbangkan kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat melalui Pilihanraya Umum yang diadakan setiap 5 tahun seperti tertakluk didalam Perlembagaan Malaysia.

Sepatutnya, sebagai rakyat Malaysia yang merdeka kita wajib mengetahui dan menghormati Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan Malaysia yang juga dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 perkara, adalah merupakan undang-undang tertinggi di Malaysia. 

Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957.

Beberapa parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bersuara mempertikaikan beberapa perkara terutamanya melibatkan Raja-Raja Melayu dan agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia seperti terkandung di dalam Perkara 153, Perlembagaan Pesekutuan.


Menurut Perkara 159 dan 161E, Perlembagaan Persekutuan boleh dipinda melalui empat cara iaitu:

  • Melalui sokongan majoriti dua pertiga ahli Parlimen Malaysia dan perkenan daripada Majlis Raja-Raja;
  • Melalui sokongan majoriti dua pertiga ahli Perlimen serta persetujuan Yang di-Pertua Negeri Sabah dan Sarawak;
  • Melalui sokongan majoriti mudah dua pertiga ahli Parlimen;
  • Melalui sokongan majoriti dua pertiga ahli Parlimen.

Walaupun Perlembagaan boleh dipinda untuk kepentingan rakyat dan negara, tetapi terdapat beberapa perkara yang tidak boleh dipersoalkan seperti:

  • Agama Islam sebagai agama rasmi dan agama bagi Persekutuan.
  • Kedudukan istimewa Raja-raja Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak.
  • Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi.
  • Soal berkaitan kerakyatan.
Hakikatnya, Raja-Raja Melayu tetap menjaga dan memayungi kepentingan seluruh rakyat berbilang kaum tanpa ada pilih kasih. Begitu juga rakyat bukan Islam bebas mengamalkan kepercayaan mereka biarpun Islam adalah merupakan agama rasmi Malaysia. Kaum selain dari Melayu juga memiliki kekayaan dan hidup mewah. 

Sejak 56 tahun negara kita merdeka, Barisan Nasional telah berjaya membentuk kerajaan melalui 13 Pilihanraya Umum (PRU). Terbukti BN berjaya membangunkan Malaysia menjadi sebuah negara yang maju dan makmur. Biarpun Malaysia merupakan sebuah negara kecil di peta dunia, UMNO dan BN telah berjaya meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang dikenali di persada antarabangsa.

Namun, jika kita semua tidak mampu menjadi rakyat yang baik, yakni rakyat yang mendukung tinggi Perlembagaan Negara pasti kita tidak mampu mewariskan kehidupan yang baik kepada anak cucu kita. Sama-samalah kita pelihara kesejahteraan, keamanan dan kemakmuran tanahair kita tercinta. Ketepikan segala permusuhan yang boleh menjatuhkan negara.

Sempena Sambutan Hari Malaysia ini, YPS nak paparkan penulisan sebuah media Indonesia berkenaan kehidupan rakyat Malaysia. Jom sama-sama kita baca dan kita fikirkan.

Malaysia mungkin menjadi salah satu negara kredit dengan sistem yang sangat memanjakan warganya. Tapi yang namanya kredit, tetap saja ada nilai minus dan beberapa masalah di dalamnya. Berikut ini beberapa sektor kredit yang kurang lazim atau tidak ada di negri kita

1. Kuliah


Setiap warga Malaysia memiliki kemudahan untuk mendapatkan pinjaman dari pemerintah untuk biaya kuliah, kerajaan menyebutnya PTPTN. Syarat untuk mendapatkanya pun sangat mudah, dan nyaris tanpa seleksi. Cukup hanya dengan menunjukkan kartu kewarganegaraan Malaysia. Pinjaman ini wajib dibayar setelah nantinya para mahasiswa lulus dari perguruan tinggi. PTPTN bisa didapat untuk semua perguruan tinggi, baik swasta atau negri dan tanpa jaminan aset layaknya bank. Jadi setiap orang, baik miskin atau kaya memiliki kesempatan yang sama untuk kuliah.


Yang namanya pinjaman, tentu ada bunga setiap tahunya sekitar 1% (kalau belum dirubah). Dengan rata-rata biaya kuliah di Malaysia adalah kisaran 90-120 juta. Bagi mereka yang belum bisa melunasi pinjaman ini, maka mereka tidak dibolehkan melakukan perjalanan ke luar negri.


2. Gadget dan Alat Transportasi


Untuk bagian ini, mungkin di Indonesia juga ada sebagian orang yang membeli gadget dan alat transportasi seperti mobil atau motor secara kredit. Yang membuat Malaysia lebih dimanjakan adalah semua warga bisa membeli gadget dan alat transportasi secara kredit dan bisa tanpa deposit (bayaran awal). Bahkan mahasiswanya pun bisa membeli mobil secara kredit karena dinilai layak dan mampu membayar. Mahasiswa yang mendapat pinjaman PTPTN tidak hanya untuk bayar SPP kuliah, tapi juga untuk biaya hidup.


3. Rumah


Hal yang sulit diterima akal adalah banyaknya warga Malaysia yang tidak memiliki rumah. Tentu berbanding terbalik dengan desa-desa di Indonesia yang bisa kita sebut ekonomi menengah ke bawah masih bisa punya rumah. Makanya tak jarang warga Malaysia agak tidak percaya kalau para TKI itu memiliki rumah dan ladang ribuan meter.


Banyak warga yang menyewa apartment, flat atau rumah dalam jangka waktu lama. Alasanya tentu beragam, karena pendatang, karena sering berpindah-pindah dan lain-lain. Tapi dibalik itu semua adalah pajak pemerintah yang cukup lumayan setiap tahunya. Harga rumah (Kuala Lumpur Selangor) yang rata-ratanya adalah 900 juta per unit dengan sistem cicilan kisaran 10-15 tahun tentu membuat ekonomi kelas menengah ke bawah harus terus-terusan menyewa rumah/flat/apartment.


Tapi karena Malaysia dikenal sebagai negara yang memanjakan warganya dengan sistem kredit, untuk membeli rumahpun warganya bisa membeli rumah meski tanpa deposit. Tapi untuk yang ini, ada seleksi dengan kalkulasi pendapatan perbulan untuk melihat mampu tidaknya mereka membayar cicilan.


3. Menikah


Mungkin ini adalah hal paling ekstrim. Sejak era milenium, pada tahun 2000 Malaysia memasuki tradisi baru, yakni nikah kredit. Besarnya biaya pernikahan membuat banyak pasangan memilih menikah dengan uang pinjaman dari bank. karena adat yang ada adalah setiap anak perempuan memiliki harga dengan nilai yang berbeda, tergantung tingkat pendidikan dan dari wilayah mana.


Ada dua jenis biaya yang harus dibayar oleh pihak lelaki (pada umumnya, meski ada juga sebagian dari pihak perempuan yang bersedia menyumbang)


Hantaran


Uang hantaran ini adalah uang untuk biaya akad dan respsi. Untuk biaya hantaran kelasnya dibedakan sesuai dengan taraf pendidikan


SD-SMP RM 1,000 sampai RM 3,000


SMA RM 3,000 sampai RM 8,000


Diploma RM 8,000 sampai 12,000


S1/Degree RM 12,000 sampai RM 15,000


S2/Master RM 15,000 sampai RM 20,000


S3/PHD RM 20,000 sampai RM 30,000


Mas kawin (bergantung wilayah/provinsi dan statusnya (Janda atau Perawan) J/P


Johor J/P RM 22.50


Melaka J/P RM 40


Negri Sembilan


Bukan Waris J RM 12, P RM 24


Ahli Waris J RM 24, P RM 48


Kerabat Diraja di wilayah datuk Kelana J/P RM 725


Selangor


Putri Sultan J RM 625, P RM 2,500


Putri Raja Muda/putri sultan J RM 500, P RM 2000


Putri kerabat J RM 250, P RM 1,000


Puteri Anak Raja (waris) J RM 550, P RM 137


Puteri Anak Raja (yang lain) J RM 75, P RM 300


Putri orang besar J RM 75, P RM 300


mayoritas orang J/P RM 300


Kuala Lumpur J RM 40, P RM 80


Perak J/P RM 101


Pulau pinang J/P RM 24


Pahang J/P RM 22


Sabah J RM 80, P RM 100


Sarawak J/P RM 120


Labuan J/P RM 80


Kedah, Perlis, Terengganu dan Kelantan tidak ditetapkan


(sumber Jakim, atau kalau di Indonesia disebut MUI) meski sudah ditetapkan, kebanyakan warga tetap memiliki sifat yang manusiawi. Yaitu ingin sebesar-besarnya. Mungkin mereka berfikir akan terlihat keren kalau bisa lebih besar dari yang lain, fenomena yang juga ada di Indonesia. Sehingga harga dari aturan ini menjadi nominal minimal.


Sisi lain dari warga muslim yang ingin menikah adalah harus memiliki sertifikat menikah, ini dikeluarkan oleh pihak kerajaan. Dan untuk mendapatkanya pun harus melalui kursus pernikahan selama 1 semester, setiap mahasiswa wajib mengambil mata kuliah ini. Sementara bagi yang tidak kuliah, maka diwajibkan untuk mengambil kursus yang diakui oleh pihak Jakim (MUI kalo di Indonesia).



Sumber (KLIK)

YPS tak dapat membayangkan jika terpaksa melalui kehidupan seperti yang dilalui oleh rakyat Syria, Palestin dan lain-lain negara yang berada dikancah peperangan akibat berebut kuasa. SELAMAT MERAIKAN SAMBUTAN HARI MALAYSIA...

Isnin, 9 September 2013

KENALI @azwanbro: KETUA PEMUDA UMNO/BN NEGERI PERAK #OneBro4NKP


@azwanbro di Himpunan Anak Muda Pasir Salak

Pada siri yang lalu, YPS menceritakan langkah pertama Azwan setelah dilantik menjadi Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak (klik). Seterusnya YPS ingin menceritakan langkah kedua Azwan setelah berjaya mendaftarkan lebih dari 14,000.00 pengundi muda di Negeri Perak.

Selaku Pengerusi Pemuda Barisan Nasional Negeri Perak, Azwan sedar tugas berat yang beliau galas. Mengambil kira hakikat yang Perak pernah tewas pada Pilihanraya Umum ke 12 pada tahun 2008, beliau memulakan langkah mempersiapkan Jentera Pemuda Barisan Nasional bagi menghadapi Pilihanraya Umum yang ke 13.

Untuk itu, beliau bersama pimpinan pemuda BN Negeri Perak mengadakan program kajian sikap pengundi muda. Kajian yang mengambil kira pelbagai aspek melibatkan kehendak dan aspirasi anak-anak muda masa kini. Ianya merupakan satu lagi tugas mencabar kerana mengikut rekod PRU ke 12 yang lalu, saluran undi golongan muda berpihak kepada Pakatan Rakyat.

Yang pasti, demi mengembalikan undi anak-anak muda yang juga dikenali dengan Generasi Y (Gen-Y), UMNO dan Barisan Nasional harus menepati kehendak golongan ini. Ianya melibatkan aspek ekonomi, masa depan dan agama. Apabila kesemua elemen ini dipenuhi, sokongan anak muda pasti kembali kepada BN.

Umumnya begitulah tugas-tugas kajian sikap pengundi  dan menjadi standard operating procedure (SOP) setiap kali pilihan raya. Kedinamikan perkembangan maklumat mengakibatkan pendekatan dahulu yang mungkin berkesan dengan sekelip mata telah menjadi lapuk pada hari ini.

Pendekatan kajian sikap seharusnya berjalan berterusan dan kajiannya harus mendalam. Parti pembangkang telah mengimport pendekatan-pendekatan liberalisasi, hak kemanusiaan dan menanam berbagai-bagai persepsi untuk mencorak sikap pengundi.

Mereka cuba mewujudkan 'branding' atau penjenamaan terhadap BN dan UMNO. Pengundi khususnya pengundi muda diasak dengan persepsi UMNO adalah parti elitis, kerakusan kuasa dan penuh birokrasi. Sebagai contoh, pengikut-pengikut Pas telah diwayangkan dengan momokan takut kepada UMNO melebihi takutnya kepada DAP.

Penjenamaan semula perlu dilakukan agar segala persepsi terhadap BN dan UMNO dapat dikikis. Realitinya sikap pengundi banyak dibentuk oleh persepsi. Dengan pertambahan pengundi baru melebihi 2.9 juta orang dan sebahagian besarnya adalah pengundi muda, Pemuda BN Perak perlu bekerja keras bagi mengelak keputusan PRU ke 12 dari berulang lagi.

Pergerakan Pemuda BN Perak bekerjasama dengan Badan Perhubungan UMNO Negeri dan beberapa NGO melakukan kajian sikap secara berkala kerana kecenderungan pengundi boleh berubah bergantung kepada strategi kempen khususnya melibatkan pengundi atas pagar.


Hasil dari kajian sikap yang telah dijalankan, Pemuda BN Perak bersama dengan kepimpinan YB Khairy Jamaluddin selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia serta seluruh pimpinan pemuda pusat, Azwan mula merangka beberapa program demi memastikan pengundi-pengundi muda akan bersama UMNO/Barisan Nasional.

Mark Philips bekas petugas CIA pernah menulis "bahawa peperangan itu bukannya kemenangan di medan perang tetapi kemenangan untuk menguasai minda manusia."

YPS ~ Pada siri yang akan datang, YPS akan perincikan segala program yang dijalankan oleh Pergerakan Pemuda UMNO/BN Perak sekaligus membantu UMNO/BN membentuk kerajaan di Perak.

Rabu, 4 September 2013

KENALI @azwanbro: ZURIAT UMNO MENDUKUNG TRANSFORMASI

@azwanbro


Video Ucapan Ketua Pemuda UMNO Perak di Perhimpunan Agung UMNO 2012

YPS ingin membawa pembaca mengimbau kembali Ucapan Perbahasan Ketua Pemuda Perak pada Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang lalu. Azwanbro selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Perak diberi kepercayaan oleh YAB Dato' Seri DiRaja Dr Zambry B. Abdul Kadir untuk mewakili Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak bagi membahaskan Ucapan Dasar Presiden UMNO Malaysia, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak.

YPS tertarik dengan usul yang diketengahkan oleh Azwan, agar UMNO melatih dan melahirkan ZURIAT UMNO yang bermutu sebagai pewaris dan memastikan kelangsungan kuasa politik terus berada di tangan parti. Menurut Azwan, Zuriat UMNO tersebut perlu mempunyai 3 ciri utama, iaitu taat dan setia, generasi mesra islah serta senantiasa mensyukuri nikmat, yang akan mewujudkan budaya istiqamah dalam perjuangan.

Pendekatan tersusun juga harus dirangka bagi melaksanakan proses peremajaan dan peralihan generasi dalam UMNO. Beliau mewakili UMNO Perak mencadangkan parti melaksanakan program 'Political Internship' (Latihan/Praktikal Politik) bagi menempatkan generasi pelapis, khususnya pemimpin mahasiswa dan pertubuhan generasi muda di pusat khidmat wakil rakyat dan parti.

Melalui program tersebut, golongan ini akan terdedah dan terlibat secara langsung dalam program parti selain diberi ruang menterjemahkan idealisme mereka dalam bentuk program, sesuai dengan hasrat dan kehendak kontemporari mereka.

Zuriat UMNO yang bakal dilahirkan ini akan sentiasa mengutamakan perjuangan dan matlamat parti. Dan pada masa yang sama menjunjung tinggi institusi penting negara, Raja-Raja Melayu dipertahankan, Islam akan didaulatkan, keamanan dikekalkan dan perpaduan disuburkan.

Itulah antara isi kandungan ucapan Azwan. Pembaca boleh mendengar dan menilai sendiri apa yang disampaikan oleh Azwan dengan menonton video penuh ucapan beliau. Apa yang penting bagi YPS, beliau bukan sahaja sekadar bercakap kosong tetapi beliau turut mengotakan segala apa yang dikata. 

BUKTINYA, Perak menjadi negeri pertama yang melopori usaha untuk melahirkan dan mempersiapkan golongan belia dalam hal ehwal kepimpinan politik menerusi Program Workshop dan Amanjaya Internship 2013. Seramai 31 belia telah dipilih untuk menjadi pelatih di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) BN di negeri itu.

Program yang dikendalikan oleh Pergerakan Pemuda UMNO dan BN Perak ini merupakan satu initiatif pengkajian politik yang boleh memberi impak positif kepada parti di masa akan datang. Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak telah berjaya memilih seramai 31 orang pelatih terdiri daripada mahasiswa anak Perak dari IPTA dan IPTS di seluruh negara termasuk yang menuntut di luar negara.
.
Mereka ini semua telah pun ditempatkan di 31 buah pusat khidmat dan komuniti ADUN BN di Perak dan kesemua pelatih ini akan menjalani program internship yang mana mereka akan didedahkan kepada empat modul.
Menurut Azwan, modul pertama adalah berkaitan aspek pentadbiran yang merangkumi petadbiran pejabat pusat khudmat ADUN. Untuk modul kedua pula adalah meliputi aspek kajian sikap di kawasan DUN terlibat manakala modul ketiga lebih menyentuh kepada hal ehwal pengurusan acara.
Menerusi modul ketiga, pelatih akan didedahkan kepada aspek pengurusan acara seperti cara-cara untuk merancang program seperti program bertemu pelanggan atau program sambutan perayaan yg dianjurkan oleh pusat khidmat DUN. 
Yang keempat dinamakan modul turun padang 3P dimana ia satu pendekatan yang dibawa sendiri oleh Menteri Besar iaitu, padang, perasaan dan penyelesaian.  
Satu majlis penyerahan kesemua peserta kepada 31 ADUN BN telah diadakan dengan disaksikan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.


Melahirkan ZURIAT UMNO yang menjadi teras perjuangan Khairul Azwan Harun, bertepatan dan selari dengan keperluan bagi menjayakan TRANSFORMASI yang diilhamkan oleh Presiden UMNO, YAB Dato' Seri Najib Tun Razak. YPS yakin, seandainya Khairul Azwan terpilih menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia pada Pemilihan UMNO nanti, beliau mampu menarik lebih ramai golongan muda menyertai UMNO dan mempersiapkan pimpinan terbaik negara.


Hasilnya, kuasa politik akan terus berada di tangan kita. Dan apa yang lebih penting, ISLAM terus subur di bumi Malaysia.

Sama-sama kita renung dan fikirkan.

Allah SWT bersabda dalam surah Ali Imran ayat 38, yang bermaksud: Ya Tuhan ku. kurniakanlah kepadaku dari sisi Mu zuriat keturunan yang baik, sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar doa permohonan.

Selasa, 3 September 2013

KENALI @azwanbro: LANGKAH PERTAMA SETELAH DILANTIK KETUA PEMUDA UMNO PERAK


Selepas dilantik menerajui Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak dan menjadi Pengerusi Pemuda BN Negeri Perak, antara langkah pertama yang dilakukan oleh Azwan adalah mendaftarkan pengundi-pengundi muda khususnya ahli-ahli pemuda UMNO termasuk ahli-ahli pemudi parti-parti komponen BN di Negeri Perak.

Beliau telah mengarahkan kesemua Pergerakan Pemuda Barisan Nasional Bahagian seluruh Negeri Perak memandang penting perkara tersebut sebagai persediaan menghadapi PRU ke 13.

Hasilnya, seramai 14 ribu pengundi muda terdiri dari kalangan ahli-ahli pemuda UMNO dan lain-lain parti komponen Barisan Nasional telah berjaya didaftarkan sebagai pengundi yang sah.

Bayangkan betapa ruginya Barisan Nasional seandainya anak-anak muda yang menganggotai dan menyokong BN tetapi tidak boleh mengundi bagi membantu Barisan Nasional mencapai kemenangan pada Barisan Nasional PRU-13 yang lepas.

Terbukti, hasil usaha yang dilakukan oleh Azwan, Perak berjaya mencapai kemenangan biarpun tidak menepati sasaran 2/3, namun UMNO berjaya kekal memerintah Negeri Perak. Saluran 2 dan 3 yang terdiri dari kalangan pengundi orang-orang muda menunjukkan peningkatan.

Dan ini jelas membuktikan pembohongan pembangkang bahawa anak-anak muda menolak UMNO dan Barisan Nasional. YPS sendiri melihat ini adalah kejayaan besar pertama dilakukan oleh WanBro.


Isnin, 2 September 2013

KENALI @azwanbro: CALUN TERBAIK NAIB KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA


Khairul Azwan Dato Harun, juga dikenali dengan panggilan azwanbro, individu yang tidak asing bagi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Beliau juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak selain menerajui Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak sejak 2008.

Dilantik sebagai Pengerusi Akademi Pemuda UMNO Malaysia yang bertanggungjawab mencadangkan strategi berlandaskan politik bagi Pemuda UMNO Malaysia.

Bersama 15 orang sukarelawan yang terdiri daripada golongan pendidik, penyelidik, belia serta profesional muda, beliau menjalankan aktiviti ilmiah serta latihan untuk ahli UMNO sejajar dengan matlamat mendidik dan memperkasakan ahli UMNO akar umbi.

Khairul Azwan b. Dato Harun dilahirkan pada 19 Oktober 1976. Menuntut di Cardiff University of Wales dalam jurusan Perakaunan dan berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda. Seterusnya mendapat Ijazah Sarjana (Master's Degree) Strategic Management di Open University of Malaysia.

Memulakan kerjaya pertama pada tahun 1999 di Ernst & Young, akauntan berkanun di Kuala Lumpur. Menjawat jawatan kanan di Jabatan Bussiness Insurance and Corporate Recovery. Beliau terlibat didalam tugasan khidmat nasihat korporat melibatkan beberapa syarikat senaraian awam dan GLC.

Pada tahun 2004, Azwan menjadi Pegawai Khas kepada Dato' Seri DiRaja Dr Zambry Abdul Kadir yang ketika itu merupakan EXCO Pelajaran, Sumber Manusia dan Teknologi Negeri Perak. Ketika ini Azwan adalah Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak.

Setelah YAB Dato' Seri DiRaja Dr Zambry Abd Kadir memegang jawatan sebagai Menteri Besar Perak, Azwan sekali lagi diberi kepercayaan oleh Dr Zambry untuk membantu beliau dengan melantik Azwan sebagai Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) kepada MB Perak.

Pada tahun 2010, Azwan dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR), sebuah yayasan kebajikan negeri yang diasaskan oleh YAB Dato' Seri DiRaja Zambry Abd Kadir, Menteri Besar Perak.

Buat masa ini beliau merupakan Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah YBUDR. Dibawah pentadbiran Azwan, YBUDR telah berjaya sebagai sebuah yayasan kebajikan dalam usaha membantu menaiktaraf kehidupan rakyat keterbawahan diseluruh Perak.

Hari ini YBUDR telah berkembang maju dengan pelbagai program dan projek sesuai dengan matlamat penubuhannya. Untuk maklumat lanjut tentang YBUDR, klik pautan Http://www.yayasanbinaupaya.com

Azwan juga aktif dalam pembangunan sukan negeri khususnya bolasepak. Jawatan terkini beliau adalah Timbalan Presiden Perak FA (PAFA) dan Pengurus Bolasepak Liga Super Perak sejak 2011 sehingga kini.
Selain itu, Azwan juga merupakan Ahli Lembaga Pengurus Majlis Sukan Negeri Perak.

Sebenarnya, banyak lagi sumbangan AzwanBro baik di peringkat negeri mahupun nasional. YPS™ akan tulis dalam siri-siri yang akan datang.





- Posted using BlogPress from my iPad

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..