Sabtu, 28 September 2013

#PemilihanUMNO2013: TUN FAISAL KEMUKA RAYUAN




Kuala Lumpur: Keputusan menggugurkan Tun Faisal Ismail Aziz daripada senarai calon Majlis Tertinggi (MT) UMNO kekal kerana EXCO Pemuda itu gagal memenuhi syarat asas Perlembagaan parti. 

Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh, berkata bagaimanapun surat rayuan Tun Faisal memohon dipertimbangkan semula untuk bertanding sudah diterima dan sedang diteliti.


“Saya dah terima surat rayuan Tun Faisal dan akan sampaikan kepada kepemimpinan tertinggi parti. Bagaimanapun, saya tidak pasti sama ada rayuannya boleh diterima atau tidak. 



“Keputusan (gugurkan nama dua calon MT) sebelum ini bukan keputusan saya, tetapi dibuat mengikut peraturan kerana syaratnya termaktub dalam Perlembagaan,” katanya ketika dihubungi BH, semalam. 

Kelmarin, Ab Rauf memaklumkan Tun Faisal dan Prof Datuk Dr Zainul Fitri Othman tidak layak bertanding jawatan MT kerana tidak memenuhi syarat kelayakan minimum iaitu tidak pernah menjadi ahli jawatankuasa bahagian atau menjadi ahli MT selama sepenggal. 

Tak dibenar rayu 

Mengikut peraturan Jawatankuasa Pemilihan UMNO, mereka yang digugurkan tidak dibenarkan merayu dan keputusan adalah muktamad. Berikutan itu, hanya 62 calon yang layak bertanding merebut 25 jawatan dalam MT. 


Ditanya sama ada Tun Faisal berpeluang untuk bertanding, Ab Rauf menjawab: “Asasnya tidak boleh, tetapi saya tak tahu, mengenai rayuan saya tak boleh komen.” 

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bagaimanapun menganggap Tun Faisal wajar diberi ruang untuk bertanding kerana faktor beliau digugurkan membabitkan aspek teknikal yang sepatutnya boleh diberi pertimbangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..