Rabu, 17 September 2014

#PRKPengkalanKubor: #NKPUM @azwanbro & Exco #PemudaUMNO Di #Bunohan #Geting #BN4N01



Semalam, EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia diketuai oleh Naib Ketuanya Khairul Azwan Harun mengadakan aktiviti futsal bersama golongan muda dari Peti Daerah Mengundi (PDM) Bunohan dan PDM Geting.

Antara barisan Exco Pemuda UMNO Malaysia yang terlibat dalam program tersebut adalah Ustaz Fathul Bati Mat Jahya, Ketua Penerangan Pemuda Jamawi Jaafar, Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak, Khairul Shahril, dan beberapa pimpinan Pemuda UMNO Bahagian Tumpat.

Perlawanan persahabatan itu mendapat sambutan menggalakkan daripada anak-anak yang berdaftar sebagai pengundi muda bagi DUN Pengkalan Kubor.


Melihat perkataan 'Bunohan', YPS teringat akan tajuk sebuah filem tempatan yang memenangi anugerah filem terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-25 pada tahun lalu.

Filem genre drama aksi arahan Dain Said itu menampilkan pelakon Faizal Hussein, Zahiril Adzim dan Nam Ron yang mengisahkan konflik hubungan tiga beradik di Kampung Bunohan yang berakhir dengan pertelingkahan dan pembunuhan.

Tajuk 'Bunohan' memang mengambil nama sebuah kampung Bunohan dimana program futsal ini diadakan, terletak kira-kira 30 km dari Kota Baharu.

Persoalannya, apakah benar kampung tersebut dinamakan Bunohan sempena peristiwa pembunuhan yang berpuluh-puluh tahun dahulu seperti jalan cerita yang dipaparkan oleh filem Bunohan???

Jom kita siasat.

"Tidak!!! Cerita filem tu tiada kena mengenai dengan asal-usul nama kampung ini," tegas Pakcik Awang Said, 57, seorang penduduk kelahiran kampung Bunohan.

Menurut Pakcik Awang yang dilahirkan dan tinggal di kampung itu sejak 57 tahun lalu, nama Bunohan sebenarnya diambil sempena perangkap ikan atau lukah yang disebut bunohan dalam ejaan lama.

"Dahulu, kampung ini terdapat sebatang sungai tempat penduduk kampung menangkap ikan sebagai salah satu sumber rezeki.

Mereka bekerjasama mencipta alat untuk menangkap ikan dalam jumlah yang banyak dan akhirnya mereka berjaya mencipta sejenis perangkap ikan seperti yang diimpikan lalu dinamakan bunohan.

Kerana kebijaksanaan penduduk kampung itu mencipta bunohan, maka kampung itu disebut sebagai Kampung Bunohan.

Hakikatnya, mereka hanya 'meminjam' nama Bunohan itu mungkin kerana keunikan namanya ataupun sesuai dengan jalan cerita filem tersebut.

Bermakna, penduduk Bunohan bukan seperti yang digambarkan di dalam filem tersebut. 


Bunohan mempunyai 1,433 pengundi berdaftar bagi PRK DUN Pengkalan Kubor ini dan 99.09 peratus daripadanya adalah pengundi Melayu. Pada PRU ke 13 yang lalu, PDM Bunohan dimenangi oleh BN.

Selain PDM Bunohan dan PDM Geting, Dun Pengkalan Kubor mempunyai 10 lagi PDM iaitu PDM Pengkalan Kubor, PDM Ketil, PDM Tebing, PDM Simpangan , PDM Tujuh, PDM Jubakar Darat, PDM Teluk Jering, PDM Telaga Bata , PDM Bendang Pak Yong dan PDM Kedai Geting.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..