Khamis, 23 April 2015

Jentera Pilihanraya #PemudaBN Akan Bekerjasama Bantu Kempen 2 Calon BN - @Azwanbro #PRKRompin #PRKPermatangPauh


Tahniah buat pemangku Ketua UMNO Bahagian Rompin, Datuk Hasan Arifin, 62 tahun, selaku calon BN di Pilihanraya Kecil Rompin & tahniah juga buat saudara Suhaimi Bin Haji Sabudin, 43 tahun yang menjadi calon BN di Permatang Pauh.


Pergerakan Pemuda Barisan Nasional menyokong penuh calon-calon di atas, dan akan bersama-sama dengan jentera pilihanraya untuk memastikan kemenangan milik Barisan Nasional.

Semoga Allah akan permudahkan jalan kita dan menjauhkan kita dari segala fitnah dunia, serta saya doakan perjalanan kempen kali ini akan lancar tanpa sebarang gangguan.

Tolak segala unsur-unsur radikal dan ekstrim ketika berkempen, dan bersama-samalah kita memenangkan calon Barisan Nasional di kedua-dua PRK kali ini.

In Shaa Allah.

Sumber:  facebook Azwanbro.

Rabu, 22 April 2015

Wajib Baca!!! Peremajaan Bukan Setakat Selfie Sahaja, Tegas @Azwanbro @NajibRazak @MuhyiddinYassin @KhairyKJ #PemudaUMNO


Sesungguhnya ada perbezaan yang sangat ketara antara pentadbir dan pemimpin, walaupun  kedua-duanya berada dalam kedudukan untuk membuat keputusan atau memberi arahan namun keduanya merupakan individu yang berlainan. 

Perbezaan utama antara dua individu ini ialah seseorang pemimpin itu berani mengambil dan menanggung risiko untuk mencapai sesuatu matlamat manakala seorang pentadbir tidak akan bertindak atau membuat keputusan di luar lingkup tugasnya. 


Sebab itu seringkali kita mendengar jawapan yang datang dari seorang pentadbir yang berbunyi begini “Oh maaf itu di luar bidang kuasa saya, kita tak boleh buat apa-apa untuk menyelesaikan masalah ini”. 


Keberanian dan kesanggupan untuk mengambil dan menanggung risiko demi menyelesaikan masalah atau memperjuangkan sesuatu perkara itulah yang membezakan antara Wakil Rakyat dan Pegawai Daerah, antara Menteri dan Ketua Setiausaha dan antara seorang General di medan perang dan Sarjan Mejar rejimen yang memekik arahan dalam kawat atau perbarisan. 


Sebab itu sewaktu DAP mencalonkan seorang anak muda Melayu berumur 27 tahun di Pilihanraya kecil Teluk Intan orang tidak berhenti-henti bercakap mengenainya. Bukan kerana calon mereka hebat, petah berhujah ataupun mempunyai kharisma yang tinggi, malah cukup bertentangan sekali, akan tetapi ianya menjadi perbualan anak-anak muda seluruh negara kerana dilihat DAP sanggup mempertaruhkan kerusi parlimen mereka untuk menghantar mesej bahawa mereka benar-benar komited dalam memenangi undi dan hati pengundi muda Melayu seluruh negara. 


Lim Kit Siang berani mengambil risiko dalam membuktikan kata-kata mereka walaupun terpaksa menghadapi tentangan dalaman parti. Komitmen dan kesanggupan untuk DAP menakluk Putrajaya dibuktikan dengan tindakan mereka. Walaupun akhirnya keputusan itu membuatkan mereka tumpas di Teluk Intan namun itulah risiko yang perlu ditanggung dan dihadapi untuk mencapai satu matlamat yang lebih besar dan perkara seperti inilah yang membuatkan Lim Kit Siang menjadi pemimpin yang disegani di dalam DAP. 


Sebelum ada suara-suara sumbang mula berbisik dan mengatakan nampaknya Pemuda UMNO sudah mula menjulang orang kuat DAP izinkan saya tawarkan perspektif ini, UMNO bukanlah satu parti yang maksum mahupun sempurna dan sekiranya kita boleh belajar sesuatu dari lawan kita apa salahnya. 


Mengakui kelebihan dan kekuatan lawan kita bukanlah bererti kita menyokong mereka akan tetapi ia menunjukkan kematangan berpolitik kita untuk belajar dan mengambil iktibar bagi memperkukuhkan organisasi kita. 


Seringkali kita asyik mendengar retorik melalui ucapan perhimpunan agung bahawa perlunya kita mendapat sokongan dan undi orang muda apatah lagi dalam pilihanraya umum yang akan datang segmen ini merupakan golongan yang akan menentukan kerajaan yang akan datang. 


Namun itu hanya tinggal retorik sahaja, tindak tanduk kita tidak mencerminkan kata-kata yang dilaungkan dalam majlis-majlis ucapan dan ceramah, barangkali inilah yang dikatakan himpunan ‘syok sendiri’ yang mana kita berkumpul beramai-ramai sambil menjerit slogan. 


Yang Berhormat Ketua Pemuda pernah berkata bahawa orang muda tidak melihat kepada Pergerakan Pemuda atau Puteri sahaja dalam membuat kesimpulan terhadap UMNO, mereka melihat parti secara keseluruhan. 


Sebab itu proses peremajaan bukanlah setakat laungan atau mengadakan sayap orang muda sahaja akan tetapi ianya haruslah diikuti dengan percambahan baru dari segi idea, dasar, gerak kerja dan juga kepimpinan. 


Sekiranya kita mengatakan bahawa parti kita benar-benar mahu mendekati dan memenangi orang muda maka kita harus membuktikan dari bentuk tindakan nyata dan bukan sekadar retorik kosong semata.


Gimik seperti ‘selfie’, berbasikal setakat 50 meter untuk bergambar atau acah-acah jogging di waktu petang sekiranya tidak diikuti dengan tindakan jitu maka kita akan nampak tidak ikhlas dalam perjuangan serta janji kita. Janganlah anggap bahawa untuk memenangi undi orang muda setakat cukup dengan mempunyai akaun instagram semata-mata. 


Seringkali kita mendengar pemimpin atasan mendesak untuk pergerakan pemuda dan puteri menarik golongan profesional muda, pemikir dan mereka yang kritis. Malah banyak kali kita mendengar teguran mereka ini terhadap pergerakan pemuda dan puteri atas kesukaran untuk menarik golongan ini dalam jumlah yang besar.


Namun sekiranya tanggungjawab dan tugasan yang diberikan hanyalah setakat konvoi bermotorsikal, menggantung poster atau untuk duduk di pondok panas mengisi data maka setakat itulah kualiti aktivis dan ahli yang dapat kita tarik.


Apabila di pihak lawan menampilkan ahli parlimen muda yang petah berpidato serta berhujah manakala kita hanya setakat berani beri tanggungjawab untuk konvoi bermotor janganlah marah dengan pergerakan sayap sekiranya golongan professional jauh dari UMNO. 


Usahlah risau dan melompat, sesungguhnya pergerakan Pemuda UMNO tetap setia dan komited terhadap kepimpinan. Ikrar sokongan serta janji kepada kepimpinan sesekali tidak berubah, namun isi hati serta pendapat ini diluahkan untuk mengingatkan kepada pimpinan tertinggi bahawa kita harus melihat sokongan luar dari ruang lingkup parti kita, apa guna kalau kita mendapat sokongan kuat di hampir kesemua 191 bahagian UMNO akan tetapi tergugat kedudukan di 222 kerusi parlimen Malaysia.  


Saya kira sudah tiba masanya kita berani mengambil risiko untuk merealisasikan transformasi politik yang seringkali dilaungkan, sesungguhnya kita harus dilihat memimpin di luar ruang lingkup majlis-majlis dan himpunan anjuran sendiri, janganlah setakat menjadi Sarjan yang melaung arahan memimpin perbarisan akan tetapi perlulah ada kepimpinan seorang Jeneral yang mengetuai angkatan di medan pertempuran.  


Sumber: facebook Azwanbro.

Jumaat, 10 April 2015

VIDEO & Transkrip Penuh Soal Jawab Bersama Perdana Menteri @NajibRazak #TV3



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi menjawab pelbagai soalan mengenai beberapa isu yang diutarakan oleh pelbagai pihak termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sambil menegaskan bahawa keutamaan beliau ialah kepada rakyat dan negara,  Najib menjawab segenap aspek persoalan dan kritikan terhadap pentadbiran beliau, meliputi isu pengurusan 1MDB, pelaksanaan GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan), BRIM (Bantuan Rakyat 1Malaysia), kes pembunuhan Altantuya, Akta Hasutan, POTA (Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan) dan prospek ekonomi negara.

Beliau mengupas segala isu itu ketika diwawancara Hamdan Ahmir dalam program Soal Jawab TV3 Edisi Khas.

Berikut adalah transkrip penuh wawancara itu:

MUKADIMAH 

HAMDAN: Sejak kebelakangan ini, ada beberapa pihak yang mengkritik Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkaitan beberapa isu pengurusan kewangan dan pentadbiran. Malah ada pihak yang meminta supaya Perdana Menteri melepaskan jawatan kerana mereka berpendapat UMNO dan Barisan Nasional akan tewas dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya Yang Amat Berhormat terus memimpin. Untuk menjawab persoalan-persoalan ini, saya alu-alukan kedatangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

SOALAN: Saya ingin mulakan sesi kita dengan menyampaikan rasa simpati kami kepada Datuk Seri dan juga warga kerja Pejabat Perdana Menteri atas kehilangan sahabat Datuk Seri yang cukup rapat, Tan Sri Jamaluddin Jarjis, dan juga dua pegawai kanan yang paling rapat dengan Datuk Seri, Datuk Azlin Alias dan Datuk Mohd Poad (Jelani). Bagaimana Datuk Seri menangani kesukaran dalam saat-saat yang berdukacita ini?

NAJIB: Tentu sekali kehilangan mereka bertiga merupakan tragedi bagi Pejabat Perdana Menteri, lebih-lebih lagi bagi diri saya sendiri, tentu sekali bagi keluarga mereka, sahabat handai. Dalam konteks pentadbiran negara, Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis telah memberi sumbangan yang besar dalam pelbagai kapasiti di dalam dan luar negara. 

Allahyarham Datuk Azlin dalam pentadbiran pejabat saya telah menjalankan tugasnya dengan efisien, dengan amanah. Begitu juga dengan Datuk Poad sebagai setiausaha sulit saya, telah jalankan tugasnya dengan baik.

Namun, walaupun saya tetap dalam kesedihan tetapi kehilangan mereka itu menguatkan iltizam saya untuk menjalankan tugas-tugas saya memimpin negara dengan sebaik mungkin untuk mencapai segala impian, segala cita-cita dan wawasan negara.

SOALAN: Kita dapati Datuk Seri, kerajaan membuat penilaian semula dari segi perkembangan ekonomi negara akibat tekanan-tekanan yang kita hadapi secara global. Dari segi ekonomi, bagaimana Datuk Seri melihat usaha-usaha yang dijalankan setakat ini dalam memantapkan ekonomi negara ke tahap yang lebih tinggi?

NAJIB: Memang penilaian semula itu sangat kena pada masa berikutan kejatuhan harga minyak yang agak begitu drastik, merudum jatuh hingga ke paras separuh daripada masa-masa sebelum ini. Sudah tentu mana-mana negara pengeluar minyak terpaksa membuat penyesuaian/adjustment kepada kedudukan fiskal negara, supaya langkah-langkah yang lebih proaktif kita dapat menjamin bahawa fundamental ekonomi negara kita masih kukuh.

Ini yang nak saya tekankan. Meskipun harga minyak jatuh tetapi fundamental ekonomi negara kita tetap utuh dan kita masih boleh mencapai kadar pertumbuhan yang sederhana tinggi.

Kita masih boleh menarik pelaburan, kita masih boleh melaksanakan pembaharuan transformasi negara dan kita boleh terus memastikan rakyat Malaysia terbela.

SOALAN: Kita dapati banyak pihak yang menyambut baik usaha-usaha yang dibuat kerajaan dari segi memantapkan ekonomi negara. Dalam pada itu, Datuk Seri, ada pihak-pihak tertentu yang nampaknya tidak berpuas hati dengan cara pentadbiran Datuk Seri sendiri sebagai Perdana Menteri.

Saya ingin khususkan kepada kritikan-kritikan yang dibuat sejak akhir-akhir ini oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kepimpinan Datuk Seri sendiri. Bagaimana Datuk Seri melihat kritikan yang datang ini?

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut menonton rancangan soal jawab yang disiarkan secara langsung di TV3.
NAJIB: Saya tetap hormati Tun Dr Mahathir seperti mana saya hormati rakyat Malaysia. Saya terbuka sekiranya mana-mana pihak yang mengkritik kepimpinan saya, pentadbiran saya.

Saya harap kritikan itu dibuat dengan penuh berhemah dan cara bertanggungjawab. Saya meneliti, saya menimbang kewajaran setiap kritikan itu. Tetapi saya perlu tegaskan pada kesudahannya, saya perlu membuat keputusan sebagai Perdana Menteri dan sebagai Presiden UMNO, dan saya bertanggungjawab kepada rakyat Malaysia dan kepada parti. Itu saya nak tegaskan.

Apapun pendapat individu, pada kesudahannya, saya akan bertanggungjawab kepada rakyat dan kepada parti.  

Khamis, 9 April 2015

Beri DS @NajibRazak Ruang Laksana Tanggungjawab - #NKPUM @azwanbro #PemudaUMNO


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak harus diberi peluang mempertahankan mandat yang telah diberikan bagi melaksanakan tanggungjawab memaju dan memimpin negara.

Menurut Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun, sebagai pemimpin negara, Najib berhak ditegur tetapi beliau tidak seharusnya dinafikan daripada mempertahankan mandat yang diberikan rakyat melalui proses demokrasi.

“Saya percaya rak­yat terima kepemimpinan Najib kerana beliau telah dipilih secara demokratik mela­lui pilihan raya. Beliau juga telah memperke­nalkan pel­bagai polisi dan program pembangunan ekonomi untuk kesejahteraan rakyat di samping mengembalikan undi orang Melayu kepada UMNO.

“Pemuda UMNO berdiri teguh di bawah kepemimpinan Najib yang mempunyai mandat rakyat serta ahli Barisan Nasional (BN) dan mana-mana pihak boleh menegur pemimpin tetapi perlu bersedia untuk ditegur kembali oleh pemimpin. Justeru, elakkan bersifat peribadi atau terlalu emosi kerana boleh merosakkan perpaduan dan keharmonian negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum ini mengkritik kepemimpinan Najib dalam pelbagai isu antaranya 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sumber: Utusan Malaysia

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..