Isnin, 16 Mei 2016

#PemudaBN Perkemas Strategi, Jentera Siapsiaga Hadapi #PRKKualaKangsar #PRKSgBesar - @Azwanbro @KhairyKJ @NajibRazak @Zahid_Hamidi


Pemuda Barisan Nasional (BN) mengumumkan kesiapsiagaan jentera mereka berhadapan 2 Pilihanraya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar dan Parlimen Sungai Besar yang dijadualkan berlangsung serentak pada 18 hb Jun nanti.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Timbalan Pengerusi Pemuda BN Malaysia, Khairul Azwan Harun dalam satu sidang media selepas mengadakan pertemuan khas bersama kepimpinan Pemuda UMNO Bahagian, ketua-ketua pemuda cawangan dan 26 wakil Pusat Daerah Mengundi (PDM) Parlimen Kuala Kangsar di Dewan Sayong Resort, di sini, 15 Mei 2016 (semalam).

Azwan mengadakan perjumpaan khas bersama kepimpinan UMNO Bahagian Kuala Kangsar, 15 Mei 2016.
Menurut Azwan, Pemuda BN akan bertindak seperti ejen pemasaran untuk memasarkan yang akan diletakkan mewakili komponen BN di Parlimen Kuala Kangsar dan Parlimen Sungai Besar supaya mereka memperolehi jumlah undi yang tinggi.

"Hari ini, Pemuda perlu mengambil pendekatan sebagai ejen pemasaran bagi BN serta calon dan menggunakan kebijaksanaan untuk memasarkan produk kita (calon) supaya akhirnya beliau akan diberikan undi.

"Jentera perlu mempunyai anjakan pemikiran bagi mendekati pengundi di kawasan berkenaan," tegas beliau.

Tambahnya, Pemuda akan berdepan dengan cabaran mendekati 11 ribu pengundi muda yang merupakan 35% dari jumlah keseluruhan pengundi berdaftar di Parlimen Kuala Kangsar.

“Hari ini kita berdepan dengan 11,000 pengundi pemuda iaitu hampir 35 peratus daripada jumlah pengundi yang berdaftar di Kuala Kangsar.

Azwan yang juga Pengarah Jentera Pemuda BN bagi kedua-dua PRK tersebut berkata, beliau juga akan memastikan wujud interaksi diantara jenteranya dengan para pengundi muda.

"Segala medium perhubungan akan digunakan seperti jaringan sosial media yang mana segala isu berkaitan perihal Kuala Kangsar boleh dibincangkan bersama.

Diminta mengulas kehilangan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang terkorban dalam nahas helikopter pada 5 Mei lalu, Azwan menyatakan Allahyarham selaku mantan Ahli Parlimen kawasan ini berjaya memahami dan menjiwai aspirasi golongan muda di Kuala Kangsar.

“Kami juga berduka cita dengan kehilangan pemimpin yang cukup menjiwai aspirasi anak muda di Kuala Kangsar ini, kehilangan ini amat kami rasai,” ujarnya.

“Cabaran besar adalah kerana perlu pertahankan mandat yang diberikan kepada Datuk Wan …kami semua berikhtizam menerusi legasi yang ditinggalkan beliau.

“Saya berkesempatan menemui pemuda di sini, tiada ungkapan negatif kepada Datuk Wan, ini testimoni Datuk Wan yang disenangi dan diterima penduduk dan pengundi di Kuala Kangsar, jadi ini (pandangan positif) letakkan batu jembala yang perlu dipikul,” katanya kepada pihak media.

Ditanya mengenai calon dalam kalangan orang muda, beliau berkata senarai nama termasuk pemimpin Pemuda setempat sudah diserahkan Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin Abu Bakar kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak, untuk dipertimbangkan.

"Ada beberapa nama dan sudah tentu nama dalam kalangan Pemuda Bahagian juga diangkat. Kalau boleh, kita berharap pucuk pimpinan mengetengahkan calon orang muda," katanya.

Azwan turut mengadakan pertemuan khas bersama Jentera Pemuda BN Parlimen Sg Besar, Selangor.


Pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Wan Mohammad Khair-il memenangi kerusi Parlimen Kuala Kangsar menewaskan calon PAS, Khalil Idham Lim Abdullah dan Datuk Kamilia Ibrahim, Bebas dengan majoriti 1,082 undi, manakala Allahyarham Noriah memenangi kerusi Parlimen Sungai Besar menewaskan calon PAS, Mohamed Salleh M. Hussin dengan majoriti 399 undi.

SPR telah menetapkan 5 Jun depan sebagai hari penamaan calon bagi kedua-dua Parlimen.

Jumlah pengundi berdaftar yang terbabit dalam PRK ini ialah masing-masing sebanyak 32,949 di Kuala Kangsar dan 42,655 di Sungai Besar.

Pendaftaran pengundi akan dikeluarkan pada 22 April di laman web SPR, sementara salinannya boleh didapati bermula 23 April.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..