Jumaat, 20 Mei 2016

Cukai Perniagaan Online: Saranan #PemudaUMNO, Cukai Jika Transaksi Lebih RM1j setahun - @Azwanbro @KhairyKJ #LHDN


Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (Pemuda) menyokong penuh kenyataan yang dibuat oleh Menteri Belia dan Sukan tempohari di mana kerajaan perlu mengkaji dengan teliti dan menyeluruh sebelum mengenakan cukai ke atas perniagaan atas talian atau online.

Ini bagi memastikan ianya tidak membebankan para usahawan, peniaga kecil atau orang perseorangan yang menggunakan medium online untuk menjana pendapatan.

Cadangan bagi mengenakan cukai tersebut yang dibuat secara umum dan tidak jelas telah membuatkan rakyat berasa terkilan dan gelisah.

Maka, Pemuda mendesak agar pihak berkuasa segera mengeluarkan definasi dan garis panduan yang lebih sempurna setelah kami mendapati wujud perbezaan yang ketara dalam tujuan perniagaaan, transaksi dan pemilikan perniagaan online mutakhir ini.

Walaubagaimanapun, Pemuda mencadangkan sekiranya kerajaan mahu memperkenalkan juga cukai perniagaan online maka ianya dikenakan pada jumlah transaksi tahunan yang melebihi RM1juta.

"Jika syarat wajib dikenakan secara menyeluruh ke atas semua transaksi perniagaan dalam talian, ia dilihat tidak adil kepada rakyat yang hanya berusaha memperoleh pendapatan tambahan untuk menyara kehidupan diri dan ahli keluarga - Azwanbro

Pemuda juga mencadangkan bagi memudahkan urusan kawalselia, peniagaan online boleh dilesenkan oleh agensi lain seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau Pihak Berkuasa Tempatan sebagai alternatif kepada pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) semata-mata.

Pemuda merasakan ini penting kerana sekiranya syarat wajib dikenakan secara menyeluruh atau blanket terhadap semua transaksi perniagaan online bagi mendaftarkan syarikat dengan SSM dan membayar cukai perniagaan maka ianya tidak adil kepada rakyat yang hanya berusaha bagi memperoleh pendapatan tambahan untuk menyara kehidupan diri dan ahli keluarga.

Pada 17 Mei lepas, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata, Kementerian Kewangan sedang mengkaji kemungkinan mengenakan cukai ke atas perniagaan dalam talian pada tahun depan, sejajar kepesatan perkembangan sektor berasaskan Internet di negara ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..