Isnin, 27 Februari 2017

#PRU14: #PemudaBN Perak Senaraikan Pimpinan Muda Berkualiti Untuk Diketengahkan - YB Senator @Azwanbro @ZambryOfficial @NajibRazak @Zahid_Hamidi @KhairyKJ #TN50 #PemudaUMNO #BNPerak


IPOH - Pergerakan Pemuda BN (Barisan Nasional) negeri Perak menyenaraikan beberapa nama pimpinan muda untuk diketengahkan pada Pilihanraya Umum (PRU) ke 14 akan datang.

Pengerusinya, Khairul Azwan Harun berkata, kriteria pimpinan muda yang disenaraikan terdiri dari mereka yang berkualiti dari kalangan sayap pergerakan, profesional muda dan pemimpin belia.

"Kita angkat nama-nama pimpinan muda yang boleh ketengahkan dan kita senaraikan mengikut kualiti diri mereka serta sumbangan yang mereka sudah dibuat dan mampu dibuat selepas ini untuk dipertimbangkan.

Tambah Azwan, Pemuda tidak menekankan berapa kuantiti calon dari sayap pemuda kerana apa yang lebih penting bagi pergerakan tersebut adalah menampilkan pemimpin yang berkualiti.

"Dalam konteks ini bukan kuantiti calon yang ditekankan tetapi mengenengahkan pemimpin yang ada kualiti, cuma jika lebih ramai lagi bagus.

"Pemuda bagaimanapun akur dengan apa jua keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan parti," ujar beliau dalam sidang media di program 'Himpunan Pemimpin Muda Negeri Perak Bersama YAB Menteri Besar Perak' yang berlangsung di Kediaman Rasmi Menteri Besar, di sini semalam.

Pada himpunan tersebut, Menteri Besar, YAB Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir turut menyempurnakan Majlis Pelancaran Jentera Pemuda BN Perak.

Tambah Azwan, himpunan hari ini (semalam) merupakan testimoni kukuh dan Perak menjadi negeri pertama manganjur dan melancarkan jentera pilihan rayanya melibatkan seluruh kepimpinan pemuda UMNO bahagian seluruh negeri.

Turut hadir, Naib Ketua UMNO Bahagian Rungkup yang juga Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri; YB Dato' Shahrul Zaman Yahya, Ketua UMNO Bahagian Batu Gajah; Datuk Wira Yusoff Kassim dan Ketua Pemuda UMNO negeri Perak; Saudara Khairul Shahril Mohamed.

Penjenamaan Semula Jentera Selaras Inisiatif TN50


Mengulas mengenai PRU ke 14 akan datang, Azwan yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia memberitahu Pemuda akan melancarkan satu penjenamaan semula jentera dari aspek pendekatan Pemuda BN menawan hati rakyat khususnya pengundi muda.

"Pada PRU lepas, kita berjaya menawan pengundi muda apabila kita memenangi saluran pengundi pemuda di Perak. Selaku Pengerusi Pemuda BN Perak adalah menjadi harapan kita ulangi kejayaaan tersebut.

"Kita akan perkenalkan penjenamaan semula dalam kontek jentera BN selari dengan inisiatif TN50 (Transformasi Nasional 2050) dan kita menjangkakan pelancarannya akan disempurnakan oleh Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri pada Mac depan," jelas beliau lagi.

Dalam sidang media yang sama, Dr Zambry yang juga Pengerusi BN Negeri Perak mengesahkan bahawa BN Perak akan menampilkan lebih ramai calon muda pada PRU akan datang. 

Baca di PRU14: BN Perak tampil lebih banyak calon muda - Menteri Besar Perak

Khamis, 16 Februari 2017

#Himpunan355: #PemudaUMNO Tidak Halang Ahli Sertainya - Senator @Azwanbro #H355


Pergerakan Pemuda UMNO membuat ketetapan untuk tidak menghalang ahlinya menyertai Perhimpunan Rang Undang-Undang (RUU) 355 anjuran parti PAS, yang akan diadakan Sabtu ini.

Naib Ketuanya YB Senator Khairul Azwan Harun berkata ia merupakan keputusan dan pendirian Pemuda UMNO terhadap perhimpunan yang telah mendapat kelulusan pihak polis itu.

“Kita tidak boleh menghalang sesiapa pun dari menyertai perhimpunan itu. Itu pendirian dan keputusan kita,” katanya selepas mesyuarat bulanan Pergerakan Pemuda UMNO di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, malam tadi.

Malah, Azwan secara peribadi menyuarakan bahawa beliau akan turut menyertai 
himpunan berkenaan jika berkesempatan.

Penganjur menjangkakan seramai 200,000 orang akan hadir ke perhimpunan yang bertemakan 'Syariah Diperkasa Rakyat Sejahtera' itu.

Usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 telah dibawa oleh Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat p
ada 24 Nov lepas, bagi memperkasakan mahkamah syariah dalam melaksanakan hukuman jenayah.

RUU itu bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang turut dikenali Akta 355.

Rabu, 8 Februari 2017

Zaid Ibrahim Pemimpin ‘Kitar Semula' Yang Akan Dipergunakan #DAP - Senator @Azwanbro #PemudaBN #PemudaUMNO #YBS1B


Pemuda UMNO menyifatkan tindakan Datuk Zaid Ibrahim menyertai parti DAP (Democratic Action Party) adalah untuk dipergunakan oleh parti cauvinis itu demi kepentingan politik mereka.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berkata, bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu merupakan pemimpin ‘kitar semula’ yang akan digunakan oleh DAP untuk sesuatu tujuan tertentu.

“Saya fikir dia ini pemimpin ‘kitar semula’ yang akan digunakan oleh DAP.
Tambah Azwan, sebelum ini Zaid pernah menjadi anggota UMNO sebelum menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) kemudian mengambil alih kepimpinan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) dan terbaru menyertai parti DAP.
“Saya harap Zaid tetapkan pendirian untuk bersama DAP sampai akhir hayat, itu cadangan saya tapi kalau lepas ini dia nak lompat lagi memang peliklah,” ujarnya selepas mengetuai delegasi jawatankuasa Pemuda BN (Barisan Nasional) Negeri Perak bertemu Pengerusi BN Negeri Perak, Dato' Seri DiRaja Dr Zambry Abdul Kadir di Wisma UMNO Perak di sini, Selasa.

Turut bersama beliau dalam kunjungan hormat tersebut adalah Khairul Shahril Mohamed, Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak merangkap Timbalan Pengerusi Pemuda BN Negeri.

Zaid mengesahkan beliau telah menyertai parti DAP dalam satu sidang media di rumahnya di Petaling Jaya, semalam.

Zaid berkata, keputusan ini dibuat kerana beliau melihat DAP sebagai satu parti yang efektif menyelesaikan masalah rakyat.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..