Naib Ketuanya YB Senator Khairul Azwan Harun berkata ia merupakan keputusan dan pendirian Pemuda UMNO terhadap perhimpunan yang telah mendapat kelulusan pihak polis itu.
“Kita tidak boleh menghalang sesiapa pun dari menyertai perhimpunan itu. Itu pendirian dan keputusan kita,” katanya selepas mesyuarat bulanan Pergerakan Pemuda UMNO di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, malam tadi.
Malah, Azwan secara peribadi menyuarakan bahawa beliau akan turut menyertai himpunan berkenaan jika berkesempatan.
Penganjur menjangkakan seramai 200,000 orang akan hadir ke perhimpunan yang bertemakan 'Syariah Diperkasa Rakyat Sejahtera' itu.
Usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 telah dibawa oleh Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat pada 24 Nov lepas, bagi memperkasakan mahkamah syariah dalam melaksanakan hukuman jenayah.
RUU itu bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang turut dikenali Akta 355.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.
Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.