Isnin, 25 Mac 2013

@azwanbro memimpin Ikrar Taat Setia diPelancaran Jentera PRU Pasir Salak


Seramai hampir 25 ribu ahli serta jentera Pilihanraya Barisan Nasional Parlimen Pasir Salak memenuhi Dataran Chenderong Balai pada 23hb Mac 2013 yang lalu. Perhimpunan ini merupakan perhimpunan terakhir sebelum pembubaran parlimen untuk menghadapi PRU13 yang akan berlaku dalam tempoh waktu terdekat.

Para hadirin menyanyikan lagu Inilah Barisan Kita sewaktu menyambut kehadiran YB Dato Haji Tajuddin Abd Rahman selaku Pengarah Pilihanraya Parlimen Pasir Salak yang juga merupakan Ahli Parlimen Pasir Salak merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak.

Diikuti dengan lagu Negaraku, Barisan Nasional serta 1Malaysia yang dinyanyikan beramai- ramai oleh semua yang hadir dengan penuh semangat. Kesemua pimpinan parti komponen BN Parlimen Pasir Salak turut hadir.

Program dimulai dengan ucapan YB Dato Haji Zainol B. Hj Paharuddin selaku ADUN kawasan DUN Sungai Manik merangkap Pengerusi Program. Beliau menyeru agar seluruh jentera bersiap sedia bagi menghadapi PRU13 yang akan berlangsung dalam jangka masa terdekat.

YB Dato Haji Tajuddin B. Abd Rahman dalam ucapan perasmiannya berkata, "Dengan kehadiran yang hampir 25 ribu orang pada malam ini, beliau yakin BN akan mengekalkan ketiga-tiga kerusi di Parlimen Pasir Salak".

Tambahnya lagi, "Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Anwar Ibrahim akan berputih mata berikutan kehadiran Anwar Ibrahim sebelum ini ke FELCRA Changkat Lada, cuma mendapat sambutan sekitar 300 ke 500 orang sahaja"

YB Dato Haji Tajuddin meminta agar semua jentera sentiasa siap siaga serta bekerja keras demi memastikan kemenangan calun-calun Barisan Nasional yang akan ditentukan oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Presiden Barisan Nasional Malaysia.

Penutup kepada program pelancaran ini adalah Bacaan Ikrar Taat Setia Jentera PRU 13 Parlimen Pasir Salak oleh seluruh ahli dan jentera yang hadir. Bacaan Ikrar Taat Setia dipimpin oleh Saudara Khairul Azwan B. Dato Harun yang merupakan Pengerusi Gerak Gempur Parlimen Pasir Salak merangkap Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..