Khamis, 7 Mac 2013

KEMENTERIAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM


Hari ini dalam sejarah!!! Kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh Barisan Nasional akan melantik seorang Ahli Parlimen PAS bagi menerajui  Kementerian Hal Ehwal Agama Islam yang akan diperkenalkan sebaik sahaja Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dinaiktaraf sebagai sebuah kementerian dalam masa yang terdekat. Ahli Parlimen yang diwar-warkan adalahbekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Haji Nasharuddi Mat Isa yang baru-baru ini telah dipecat sebagai Ahli Majlis Syura PAS oleh kepimpinan parti tersebut.


YPS mengucapkan sekalung tahniah buat Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Tun Razak dan JAKIM kerana kewujudan sebuah kementerian yang benar-benar menjaga hal-ehwal Islam dalam negara ini dapat direalisaikan lebih-lebih dengan keadaan terkini dimana Malaysia bagaikan dilanda "wabak isu" yang melibatkan hukum hakam Islam yang sensitif.


Keputusan menaiktaraf JAKIM sebagai sebuah Kementerian diputuskan didalam satu mesyuarat tertutup kabinet baru-baru ini seterusnya merealisasikan usaha kerajaan BN selama berpuluh tahun, bermula sejak kepimpinan Tun Abdul Razak lagi untuk mendapatkan keputusan sebulat suara menubuhkan kementerian khas untuk Agama Islam akhirnya membuahkan hasil.


Cadangan ini akan dibawa kepada Yang Dipertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam dan juga Majlis Raja-Raja untuk menyelaraskan struktur pentadbiran baru antara negeri-negeri di dalam negara. Dengan adanya kementerian sebegini, maka hukum-hakam tentang Agama Islam boleh diselaraskan dan dikawal termasuk isu-isu yang melibatkan hal ehwal agama Islam juga boleh dikawal dan dilaksanakan dengan secara menyeluruh di peringkat kebangsaan isu-isu senstif terkini seperti Kalimah Allah, Bible di dalam bahasa Melayu, Murtad dan pelbagai lagi kini boleh dicegah daripada berulang kembali.

Jika dilihat di dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 43: Jemaah Menteri dimana; (1) Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik suatu Jemaah Menteri untuk menasihatinya dalam: penjalanan fungsinya dan tidak ada satu fasal pun yang menyebut bahawa Perdana Menteri perlu menasihatkan Yang Dipertuan Agong untuk melantik mana-mana individu daripada mana-mana parti asalkan beliau adalah seorang ahli Dewan Rakyat ataupun Dewan Negara.


Maknanya, Najib boleh mencadangkan dan menasihatkan Yang Dipertuan Agong untuk melantik individu yang bukan daripada Barisan Nasional sekalipun dan ianya tidak menjadi isu kerana Dato' Seri Jamil Khir Baharom akan terus berkhidmat sebagai Menteri akan di Jabatan Perdana Menteri seperti mana TS Nor Mohamed Yakcop yang juga memegang portfolio Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) walaupun terdapat Kementerian Kewangan.


Sekiranya Ustaz Nasha tidak dicalonkan oleh PAS dalam PRU13 kelak sekalipun, Najib boleh melantiknya sebagai Senator ke Dewan Negara untuk mendapatkan khidmat beliau memegang jawatan Menteri Pertama Kementerian tersebut.



Sama-sama kita lihat dan dengar, selepas ini para penyokong pembangkang pasti mempunyai pelbagai pandangan buruk yang pasti dilontarkan terhadap YB Ustaz Haji Nasharuddin Mat Isa dan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib.


YPS ~ Di SELANGOR, PAS cuma pegang portfolio yang langsung tidak mengiktiraf PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..