Jumaat, 6 Februari 2015

#PemudaUMNO Serah Memorandum Cadangan Berkaitan #IsuHargaBarang Ke #KPDNKK @NajibRazak @Azwanbro @KhairyKJ @HasanMalekKP @RahmanHussin #TurunHargaBarang

Dato Sri Hasan Malek menerima Memorandum Cadangan Pemuda UMNO berkaitan Isu Harga Barang yang disampaikan oleh Pengerusi Biro KASKH, Rahman Hussin dan disaksikan oleh Azwan.
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) pada hari ini bertindak menyerahkan memorandum cadangan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam usaha membantu pihak kementerian menyelesaikan kemelut isu kenaikan harga barang.

Delegasi Pemuda UMNO yang diketuai oleh Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun bersama Pengerusi Biro Kepenggunaan, Alam Sekitar dan Kualiti Hidup (KASKH) Mohd Ar Rahman Husin serta beberapa Exco PPUM yang lain hadir ke pejabat kementerian di Putrajaya.

Menurut Azwan, memorandum tersebut merupakan cadangan dari pihak Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dalam usaha membantu kerajaan melalui KPDNKK yang dipertanggungjawabkan untuk memantau serta mengawalselia hal berkenaan perdagangan dalam negara.

“Pemuda UMNO telah meneliti beberapa perkara berkaitan intipati cadangan yang cuba disampaikan melalui memorandum ini, bagaimanapun kita yakin pihak KPDNKK dibawah kepimpinan YB Dato' Sri Hasan telah sedia mempunyai perancangan yang teliti untuk dilaksanakan," ujarnya.

YB Dato' Seri Hasan Malek selaku Menteri KPDNKK telah meluangkan masa menyambut delegasi PPUM seterusnya menerima memorandum tersebut yang diserahkan oleh Pengerusi Biro KASKH, Rahman Hussin dengan disaksikan oleh Azwan sendiri.

Pemuda UMNO mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian Dato' Sri Hasan Malek meluangkan masa menerima kunjungan delegasi Pemuda UMNO bagi menyerahkan memorandum cadangan tersebut.

"Dato Sri Hasan menerima baik kunjungan Pemuda UMNO dan beliau berjanji untuk meneliti segala cadangan dari pihak kami berkaitan isu harga barang," kata Azwan.

Antara ringkasan dari initipati memorandum cadangan tersebut adalah;


  • Menyaran dan meminta pihak Kementerian menguatkuasakan undang-undang selain penambahbaikan akta sedia ada.
  • Menyarankan supaya pihak kementerian menyenaraihitamkan peniaga yang melanggar undang-undang dan keluarkan senarai itu.  
  • Pihak Kementerian juga disaran mengiktiraf dan memberi anugerah khas kepada pengusaha kedai harga patut (Fair Price Shop)
  • Menganjurkan karnival jualan barangan keperluan ala MAHA tetapi memfokuskan barangan keperluan harian rakyat, 
  • Saranan supaya pihak kilang/pengeluar membuat jualan terus dari kilang (seperti yang pernah dilakukan oleh BATA). 
Di bawah Sect 15 (pindaan undang-undang, harga dan persaingan tindakan 2011) menetapkan bahawa perlu ada mekanisme untuk mengawal margin keuntungan, untuk itu, Pergerakan Pemuda UMNO mencadangkan sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan yang diketuai oleh Yang Berhormat Menteri KPDNKK sendiri.

Sedikit info mengenai KPDNKK 


KPDNKK dahulu dikenali sebagai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), adalah sebuah kementerian Malaysia yang ditubuhkan pada 27 Oktober 1990 untuk menggalak pembangunan perdagangan dalam negeri serta untuk meningkatkan keberkesanan perlindungan pengguna.

Antara peranan KPDNKK adalah:-

Mengawalselia perdagangan dalam negeri melalui:

  • Penentuan dan pemantauan harga barang-barang perlu;
  • Perlesenan dan pengawalan pengeluaran, pengedaran dan penjualan barang-barang perlu;
  • Hal ehwal perlindungan pengguna;
  • Urusan berkaitan harta intelek yang meliputi hak cipta, cap dagangan, dan rekabentuk perindustrian;
  • Perlesenan bagi penjualan dan pengedaran barangan petroleum dan petrokimia
  • Penyelarasan dasar: peraturan dan aktiviti-aktiviti berkaitan keselamatan industri petroleum, petrokimia dan gas;
  • Pelesenan urusniaga jualan langsung
  • Membanteras penyelewengan dalam perdagangan ;
  • Perlaksanaan peraturan timbang dan sukat;
  • Pendaftaran dan penyeliaan syarikat dan syarikat-syarikat amanah
  • Pendaftaran dan penyeliaan perniagaan-perniagaan;
  • Penggubalan dan pengkajian dasar dan strategi berkaitan pembangunan perdagangan dalam negeri, kepenggunaan dan harta intelek.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..