Yayasan Transformasi Pasir Salak menganjurkan Program 'Sejahtera Rakyat sempena Tahun Baru Cina di Dewan MPTI, Langkap. |
Naib Ketuanya Khairul Azwan Harun berkata, buat masa ini, Pemuda UMNO masih menanti pengumuman rasmi SPR serta keputusan Barisan Nasional samada untuk meletakkan calon di kawasan tersebut.
"Apapun, kita (Pemuda UMNO) siap sedia melancarkan jentera kita jika Barisan Nasional (BN) memutuskan untuk meletakkan calon bertanding pada PRK Parlimen Permatang Pauh di Seberang Prai, Pulau Pinang.
Seperti pilihanraya sebelum ini, Pemuda UMNO memfokuskan gerak kerja kempen mendekati pengundi khususnya pengundi muda bagi memberi pemahaman dan penerangan berkaitan dasar-dasar yang telah dan akan kerajaan laksanakan untuk mereka.
Mengambilkira keputusan PRK Pengkalan Kubor dan PRK Parlimen Teluk Intan sebelum ini, majoriti BN meningkat dan kita akan meneruskan kempen secara sihat," katanya lagi.
Ditanya mengenai ciri-ciri calon PRK Parlimen Permatang Pauh, Pemuda UMNO berharap agar kepimpinan BN mempertaruhkan calon dari kalangan orang muda untuk bertanding di Parlimen tersebut.
"Saya ingin mencadangkan agar kepimpinan BN meletakkan calon dari kalangan pemimpin muda, kerana kita dapati 40 peratus pengundi berdaftar di Parlimen Permatang Pauh adalah pengundi muda dibawah usia 40 tahun.
Diminta mengulas mengenai PRK Dun Cempaka, Azwan menegaskan belia senada dengan Ketuanya YB Khairy Jamaluddin yang turut menyokong pendapat Pengerusi BN Kelantan Dato Seri Mustapha Mohammad agar BN tidak meletakkan calon di DUN tersebut.
"Kita tidak mahu PRK itu nanti akan mengakibatkan perpecahan yang berpotensi mengganggu gugat kerjasama antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri untuk memulih dan membangun semula kawasan yang musnah dilanda banjir," katanya kepada wartawan selepas menghadiri Program Sejahtera Rakyat di Dewan MPTI, Langkap, pagi tadi.
Terdahulu, Azwan yang juga Pengerusi Yayasan Transformasi Pasir Salak (YTPS) menyampaikan sumbangan beg berisi bahan makanan kepada 500 warga emas berketurunan Tiong Hoa yang akan menyambut perayaan Tahun Baru Cina 19 hb Februari nanti.
Program 'Sejahtera Rakyat sempena Tahun Baru Cina' tersebut dianjurkan oleh YTPS dengan kerjasama Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) atas semangat 1Malaysia.
Dalam majlis yang sama, Azwan turut menyampaikan cek bernilai RM1000.00 sumbangan YTPS kepada 10 buah sekolah yang terjejas akibat banjir.
Program yang dihadiri lebih dari 500 masyarakat Tiong Hoa yang menetap di Parlimen Pasir Salak tersebut disempurnakan perasmiannya oleh Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak YB Dato' Haji Zainol Fadzi Paharuddin
Pihak penganjur turut menjemput agensi kerajaan seperti Kastam yang membuka gerai pameran bertujuan memberi penerangan kepada rakyat berkaitan GST selain gerai pemeriksaan kesihatan oleh Kementerian Kesihatan dan pemeriksaan mata secara percuma.
Hadir sama, Timbalan Pengerusi YTPS Ramelle Ashram Tan Sri Ramli, pemangku Pengerusi PGRM Perak Sdr Soo Kay Peng dan Pengerusi Persatuan Pembangunan Insan Sikh (PPIS) Dato' Dr Keshvinder Singh.
Mengambilkira keputusan PRK Pengkalan Kubor dan PRK Parlimen Teluk Intan sebelum ini, majoriti BN meningkat dan kita akan meneruskan kempen secara sihat," katanya lagi.
Ditanya mengenai ciri-ciri calon PRK Parlimen Permatang Pauh, Pemuda UMNO berharap agar kepimpinan BN mempertaruhkan calon dari kalangan orang muda untuk bertanding di Parlimen tersebut.
"Saya ingin mencadangkan agar kepimpinan BN meletakkan calon dari kalangan pemimpin muda, kerana kita dapati 40 peratus pengundi berdaftar di Parlimen Permatang Pauh adalah pengundi muda dibawah usia 40 tahun.
"Kita tidak mahu PRK itu nanti akan mengakibatkan perpecahan yang berpotensi mengganggu gugat kerjasama antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri untuk memulih dan membangun semula kawasan yang musnah dilanda banjir," katanya kepada wartawan selepas menghadiri Program Sejahtera Rakyat di Dewan MPTI, Langkap, pagi tadi.
Terdahulu, Azwan yang juga Pengerusi Yayasan Transformasi Pasir Salak (YTPS) menyampaikan sumbangan beg berisi bahan makanan kepada 500 warga emas berketurunan Tiong Hoa yang akan menyambut perayaan Tahun Baru Cina 19 hb Februari nanti.
Program 'Sejahtera Rakyat sempena Tahun Baru Cina' tersebut dianjurkan oleh YTPS dengan kerjasama Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) atas semangat 1Malaysia.
Azwan menyerahkan cek bernilai RM1000.00 kepada Guru Besar sekolah yang terjejas akibat banjir. |
Program yang dihadiri lebih dari 500 masyarakat Tiong Hoa yang menetap di Parlimen Pasir Salak tersebut disempurnakan perasmiannya oleh Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak YB Dato' Haji Zainol Fadzi Paharuddin
Pihak penganjur turut menjemput agensi kerajaan seperti Kastam yang membuka gerai pameran bertujuan memberi penerangan kepada rakyat berkaitan GST selain gerai pemeriksaan kesihatan oleh Kementerian Kesihatan dan pemeriksaan mata secara percuma.
Hadir sama, Timbalan Pengerusi YTPS Ramelle Ashram Tan Sri Ramli, pemangku Pengerusi PGRM Perak Sdr Soo Kay Peng dan Pengerusi Persatuan Pembangunan Insan Sikh (PPIS) Dato' Dr Keshvinder Singh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.
Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.