Isnin, 16 Februari 2015

#YTPS Sumbang RM1K Kepada 10 Buah Sekolah Terjejas Banjir di #PasirSalak - @Azwanbro @ZainolFadzi @NajibRazak @MuhyiddinYassin


Banjir yang melanda sebahagian besar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kg Gajah selama lebih dari 2 minggu meninggalkan pelbagai kesan dan trauma kepada penduduk di kawasan terbabit.

Biarpun kemusnahan akibat bencana tersebut tidak seperti yang berlaku di Kelantan namun sedikit sebanyak kesannya turut dirasai apabila banjir surut.

Selain menjejaskan kediaman penduduk, banjir terburuk yang pernah melanda Kampung Gajah itu turut menjejaskan beberapa sekolah.

Sebagai sebuah NGO yang prihatin, Yayasan Transformasi Pasir Salak (YTPS) menyerahkan sumbangan bernilai RM1000 kepada sepuluh buah sekolah yang terjejas teruk akibat ditenggelami air sepanjang musim banjir yang lalu.

10 buah sekolah yang tersenarai menerima sumbangan tersebut adalah;

1. SK Pasir Panjang Ulu
2. SK Pulau Juar
3. SK Bandar Tua
4. SK Tok Pelita
5. SK Pulau Tiga Kiri 
6. SK Tanjung Bidara
7. SK Raja Chulan 
8. SK Toh Paduka Raja
9. SMK Dato Seri Maharaja Lela
10.SMA Mahaad Ehyak Diniah Islamiah.

Cek disampaikan oleh Pengerusinya, Khairul Azwan Harun dan Timbalan Pengerusi Ramelle Ashram Tan Sri Ramli kepada pengetua dan guru besar sekolah yang terlibat dalam satu 'Program Sejahtera Rakyat sempena Tahun Baru Cina' di Dewan MPTI, Langkap, semalam.

Menurut Azwan, sumbangan kecil YTPS tersebut bertujuan untuk membantu pihak sekolah dalam usaha mengembalikan keceriaan kawasan pembelajaran pelajar sekolah terbabit.

"Selama lebih dari 2 minggu kawasan sekolah ditenggelami air banjir, pastinya kebanyakan lanskap yang mencantikkan kawasan sekolah terbabit musnah.

"Untuk itu, YTPS menghulurkan sumbangan bagi tujuan membantu pihak sekolah memulihkan persekitaran agar warga pendidik dan pelajar kembali ceria untuk meneruskan sesi persekolahan selain melupakan trauma kesan banjir tersebut," katanya lagi.

Penaung YTPS YB Dato' Haji Zainol Fadzi dan Pengerusi Biro Pembangunan Modal YTPS Dr Norashid Bidin turut hadir di majlis penyerahan cek sumbangan.

Dalam program yang sama, YTPS turut memperuntukkan 500 beg kepada warga emas berketurunan Tiong Hua yang akan menyambut perayaan Tahun Baru Cina pada 19 Februari depan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..