Khamis, 4 Ogos 2016

Laporan Polis Untuk Halang Komplot Guling PM - @Azwanbro @NajibRazak


"Laporan polis yang dibuat adalah kerana tanggungjawab untuk mempertahankan kepimpinan Najib sebagai perdana menteri dan sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Malaysia.

Demikian tegas Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun dalam satu sidang media khas beliau di Kelana Jaya, petang semalam.



Dalam laporannya, Azwan mempercayai wujud konspirasi melibatkan tiga individu ternama di negara ini untuk menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.

3 individu yang dinamakan dalam laporan polis bertarikh 26 Julai 2016 itu adalah bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz; Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Beliau juga percaya, hasil laporan polis tersebut, cubaan terancang pihak tertentu untuk menggulingkan Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri Malaysia telah berjaya dipatahkan.

“Kami membuat laporan polis dengan harapan untuk menghalang perkara yang tidak diingini tidak akan berlaku, dan Alhamdulillah ianya tidak berlaku,” kata beliau lagi.

“Kami berasa bersyukur dan gembira kerana berjaya mematahkan satu cubaan untuk menggulingkan beliau dan kami komited untuk terus melaksanakan tanggungjawab kami ini dan saya ingin memesan kalau kamu menyerang Najib, bermakna kamu menyerang UMNO dan Barisan Nasional.

Polis bagaimanapun menutup kertas siasatan selepas merakam keterangan Azwan yang hadir sendiri ke Ibupejabat Polis Bukit Aman, 29 Julai yang lalu.

Pihak polis berpendapat laporan polis yang dibuat oleh Azwan bersandarkan kepada andaian dan mereka tidak akan memanggil 3 individu yang dinamakan untuk diambil keterangan.

Penutupan kertas siasatan dimaklumkan sendiri oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Ditanya mengenai perkara berikut oleh pemberita, Azwan tegas mempertahankan maklumat yang beliau miliki bukan sekadar andaian.

“Laporan saya bukan andaian, ianya satu laporan polis yang saya buat. Saya telah buat laporan polis dan saya difahamkan IGP tidak akan meneruskan siasatan dan tiada tindakan diambil terhadap saya.

“Laporan saya adalah berdasarkan keyakinan dan kepercayaan saya, saya melakukan perkara tersebut untuk meminta polis menyiasat, saya sendiri mahu buat laporan polis,” ujarnya lagi.

Beliau juga berkata tidak menyesal dengan laporan yang dibuat dan tidak akan meminta maaf kerana membuat laporan polis berkenaan.

Tambahnya laporan polis tersebut tidak akan terhenti setakat laporan polis sahaja dan pihaknya akan memastikan tangungjawab yang diamanahkan untuk mempertahankan Perdana Menteri yang sah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..