Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun berkata beberapa kaedah penerangan akan digerakkan antaranya menggunakan aplikasi media sosial termasuk kaedah melalui ketua-ketua Pemuda UMNO negeri, exco-exco Pemuda UMNO Malaysia serta ketua pemuda bahagian di seluruh negara.
"Pertamanya, saya ingin memaklumkan bahawa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan menggerakan penerangan menjelaskan bahawa kita berhadapan dengan satu cabaran yang amat besar yang ingin merosakkan sistem demokrasi dan kedaulatan negara.
【Pemuda UMNO berdiri teguh mepertahankan YAB Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri, Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional yang sah dipilih secara demokratik melalui sistem demokrasi negara】- Khairul Azwan Harun.
"Untuk itu saya memberi peringatan, jangan ada mana-mana individu atau mana-mana NGO, atau pun mana-mana usaha yang bersekongkol dengan kuasa asing yang menggerakkan satu gerakan untuk menjatuhkan kepimpinan negara sedia ada dan kerajaan Malaysia yang sah," tegas Azwan dalam satu sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Tapah, di sini, JUMAAT.
Beliau yakin dan percaya, melalui usaha penerangan ini nanti kesetiaan ahli UMNO akan diperkukuhkan dikalangan ahli khususnya dikalangan ahli pemuda.
Dalam sidang media yang sama, Azwan sekali lagi mempertahankan tindakan laporan polis yang dibuat keatas tiga individu ternama negara 26 Julai 2016 lalu bukan berasaskan andaian semata-mata.
Malah menurutnya, beliau telah memberikan kerjasama yang baik terhadap pihak polis dengan hadir sendiri ke Bukit Aman untuk dirakam keterangan selain kenyataan bertulis bagi menyokong dakwaannya.
"Saya telah membuat kenyataan dalam sidang media saya 2 hari yang lalu, bahawa itu bukan andaian.
"Saya mempunyai sebab-sebab berdasarkan kepada kepercayaan dan keyakinan saya, saya juga telah bekerjasama dengan pihak polis," tegasnya.
Azwan turut mengulangi keyakinannya bahawa laporan polis yang dibuatnya telah berjaya mematahkan cubaan menggulingkan Perdana Menteri.
"Yang penting, kami telah membuktikan bahawa kami mempertahankan kepimpinan Datuk Seri Najib dari mana-mana usaha yang mahu menggulingkan beliau.
Beliau bersama ketuanya, YB Khairy Jamaluddin akan terus komited untuk mempertahankan Perdana Menteri seperti yang telah diamanah dan dipertanggungjawabkan.
"Saya percaya dan yakin, hasil dari gerakan penerangan ini UMNO akan akan terus diperkukuhkan diperingkat akar umbi dalam langkah memenangkan Barisan Nasional pada pilihanraya ke 14 nanti, In Sha Allah," katanya lagi.
Beliau bersama ketuanya, YB Khairy Jamaluddin akan terus komited untuk mempertahankan Perdana Menteri seperti yang telah diamanah dan dipertanggungjawabkan.
"Saya percaya dan yakin, hasil dari gerakan penerangan ini UMNO akan akan terus diperkukuhkan diperingkat akar umbi dalam langkah memenangkan Barisan Nasional pada pilihanraya ke 14 nanti, In Sha Allah," katanya lagi.
Ketua UMNO Bahagian Tapah, YB Dato' Shamsuddin Abu Hassan turut hadir di Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.
Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.