Isnin, 28 Jun 2010

27 JUN 2010: SEHARIAN BERSAMA PROGRAM KETUA PEMUDA UMNO BAHAGIAN PASIR SALAK

Hari ini YPS seharian mengikuti aktiviti Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak seperti yang telah dijadualkan.

:: PERASMIAN PENUTUP PERKHEMAHAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO' SERI MAHARAJA LELA Kg GAJAH ::

Bersama warga PIBG ber'aerobikthon' di hadapan Dewan Sekolah SMKDSML.


Bermula jam 9.00 pagi Saudara Khairul Azwan B. Dato' Harun akan menggantikan YB Dato' Zainol Fadzi B. Paharuddin, ADUN SUNGAI MANIK merasmikan Program Perasmian Penutup Perkhemahan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Seri Maharaja Lela Kg Gajah.

Ketibaan Saudara Khairul Azwan dinantikan bagi memulakan Program Aerobikthon yang berlangsung selama 1jam tanpa henti bersama-sama warga PIBG dan pelajar-pelajar yang terlibat dengan perkhemahan sehingga jam 10 pagi. Setelah selesai program Aerobikthon, Saudara Khairul Azwan diiringi masuk ke dalam Dewan Besar bagi menyempurnakan acara Perasmian Penutup Perkhemahan SMKDSML.

Dalam ucapan beliau, Saudara Khairul Azwan memberi suntikan semangat kepada para pelajar betapa pentingnya pendidikan bagi menjamin kerjaya dan kehidupan masa depan. Bahasa Inggeris antara subjek penting yang perlu diberi penekanan terutamanya apabila pelajar menjejak kaki ke universiti tempatan mahupun di luar negara.

Ibubapa turut memainkan peranan penting supaya anak-anak dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. Mereka boleh menyediakan atau membeli surat khabar dan majalah pendidikan berbahasa Inggeris di rumah. Pelajar boleh meminta ibubapa membelikan mereka surat khabar seperti The Star sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Ucapan Perasmian Penutup Program Perkhemahan SMKDSML.

Saudara Khairul Azwan akan memberi RM1000.00 bagi pelajar yang berjaya mendapat 'straight A' samada mereka yang mengambil peperiksaan PMR ataupun SPM. Imbuhan ini sebagai inisiatif bagi pelajar meningkatkan usaha mencapai keputusan yang cemerlang serta membanggakan. Segalanya tidak mustahil seandainya pelajar berusaha bersungguh-sungguh disamping memanjat doa terhadap Yang Maha Kuasa.

Dalam ucapan penutup, beliau meluluskan sedikit peruntukan dari Pergerakan Pemuda UMNO Pasir Salak bagi membiayai baju batik Kumpulan Rebana SMKDSML. Permohonan baikpulih serta naiktaraf akan beliau panjangkan kepada YB Dato' Zainol Padzi B. Paharuddin untuk perhatian YB.
Menyampaikan hadiah serta sijil kepada peserta perkhemahan yang berjaya memenangi pertandingan yang dianjurkan.

Puan Pengetua menyampaikan cenderahati sebagai tanda terima kasih bagi pihak PIBG SMKDSML.



:: MENGHADIRI KENDURI KAHWIN DI CAWANGAN LADANG BAHARU ::

Selesai program di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Seri Maharaja Lela, YPS bersama Saudara Zulkipli Zakaria mengiringi Khairul Azwan menghadiri Majlis Kenduri Kahwin anak Ketua UMNO Cawangan Ladang Baharu di Zon Anak Sungai.

:: MAKAN TENGAHARI BERSAMA KETUA_KETUA PEMUDA CAWANGAN ZON ANAK SUNGAI di GULAM RASUL SG RANGGAM ::

Khairul Azwan tiba di Restoran Gulam Rasul Sg Ranggam jam 1.30 petang. Ramai yang tidak dapat hadir kerana ada yang terpaksa menghadiri kenduri kahwin serta sibuk berada di luar kawasan atas urusan kerja. Berada di Gulam Rasul sehingga jam 3.30 ptg.

:: MENYAKSIKAN PERLAWANAN BOLA PIALA KETUA UMNO BHGN PASIR SALAK DI PADANG KG GAJAH ::

Jam 5.00 petang perlawanan bolasepak Liga Piala Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak dimulakan. Pasukan WIRA dari Zon Kg Gajah Kanan menentang Pasukan EXORA dari Zon Kg Gajah Kanan. Perlawanan berlangsung sehingga jam 6.45 petang dengan keputusan Pasukan EXORA mengalahkan Pasukan WIRA dengan jaringan 2 berbalas 1. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..