Ahad, 20 Jun 2010

HIPOKRIT

Gelak aku baca status seorang rakan kat "wall facebook" milik dia. Hipokrit~!!! Seorang yang angkuh. Tidak pernah cuba melihat apalagi mengaku kesilapan diri. Senantiasa merasa diri beliau hebat. Umur baru setahun jagung dalam persada politik. Cuma bernasib baik. Aku pun tak faham bagaimana beliau boleh terpilih dan juga dilantik. Mungkin yang memilih atau yang melantik tu BUTA.

Inilah dunia politik hari ini. Politician yang ada memegang jawatan serta yang menjadi pemimpin di dalam sebuah parti politik domininan terdiri dari mereka yang HIPOKRIT. Semua mereka ini ada kepentingan peribadi yang tersirat. Jelas lagi nyata. Bila ditanya kenapa ingin bertanding untuk jawatan, pantas mengatakan kerana "AGAMA BANGSA TANAHAIR".

Inilah mereka yang menghancurkan serta melacurkan AGAMA BANGSA SERTA TANAHAIR demi mencari dan mengumpul kekayaan. CELAKAlah mereka yang bersikap begini. Moga mereka ini akan mendapat kutukan Allah SWT.

Aku tidak cemburu dengan kekayaan yang bakal serta telah mereka perolehi. Tapi aku memikirkan nasib serta masa depan anak cucu BANGSA aku. Angkara perbuatan mereka bukan sahaja merosakkan parti MALAH menghancurkan perjuangan itu sendiri. Lihat hari ini. UMNO bukan sahaja dibenci oleh bangsa lain tetapi Melayu juga tidak meletakkan lagi keyakinan atas perjuangan UMNO.

Tsunami PRU12 yang lalu cuma menyedarkan segelintir pemimpin UMNO. Yang lain-lain termasuk rakan aku serta ramai lagi pemimpin dalam barisan kepimpinan UMNO Bahagian, masih tidak mengambil iktibar. Masih leka dan alpa. PRU13 kian menghampiri. Namun masih tiada perubahan yang dijanjikan.

Berbalik kepada rakan aku, ada luahan dia nak menjauhi politik. Haha. Bunyi macam ugutan. Biar ada rakan-rakan simpati. Teruskan lah dengan niat untuk tinggalkan arena politik ni. Aku menyokong. Cukup la dengan habuan yang dah diperolehi. Bangsa Melayu tak perlukan orang macam hang sebagai pejuang... Ramai yang lain lagi.

Aku pun bukannya bagus sangat. Aku bukan handal sangat. Aku bukan maksum. Tapi aku cuba seikhlas mungkin. Bukan habuan yang aku dahulukan. tapi aku cuba meletakkan perjuangan demi AGAMA BANGSA serta TANAHAIR yang aku warisi ni sebaik mungkin ditempatnya.

Selain itu aku berdoa agar ALLAH sentiasa memelihara niat serta perbuatan aku. agar aku tidak sesat. Aku yakin, kekayaan serta kemewahan akan melalaikan aku dari mengingatiNYA. Cukuplah aku dalam kesederhanaan. Rasulullah pun sentiasa hidup dalam kemiskinan. namun baginda tetap hebat dalam perjuangan sehingga ISLAM tersebar ke serata alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..