Isnin, 21 Jun 2010

PEMUDA UMNO PASIR SALAK ANJUR LIGA BOLASEPAK PIALA KETUA UMNO BAHAGIAN PASIR SALAK



Semalam telah berlangsung Pelancaran Sepak Mula Liga Bolasepak Piala Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak bertempat di Padang Attaduri, Langkap bermula jam 4.30petang. Pelancaran disempurnakan oleh YB Dato' Hj Tajuddin B. Abd Rahman yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak. Hadir sama YB Dato' Zainol Radzi B. Paharudin selaku Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak merangkap ADUN Sg Manik dan Saudara Khairul Azwan B. Dato' Harun selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pasir Salak.



Liga Piala Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak ini dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak. Dalam ucapan Ketua Pemuda, beliau memaklumkan bahawa antara syarat utama pemain yang ingin menyertai liga ini adalah mesti menjadi ahli pemuda UMNO.

Sebagai Ketua Pemuda UMNO bahagian merangkap EXCO Pemuda UMNO Malaysia, beliau mahu kejohanan Liga ini menjadi salah satu medan bagi menarik minat golongan muda mendekati UMNO.

Beliau amat berharap agar YB Dato' Ketua UMNO Bahagian akan membantu Pergerakan Pemuda menjalankan banyak lagi aktiviti seperti ini yang dalam perancangan untuk dilaksanakan bagi memantapkan sokongan terhadap UMNO.


YB Dato' Tajuddin ketika berucap merasmikan Pelancaran Sepak Mula menyokong aktiviti sihat sebegini. 

Beliau turut mengimbas kenangan sewaktu beliau menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian, banyak aktiviti melibatkan Pemuda yang telah dianjurkan.

Aktiviti sebegini akan mendekatkan golongan muda terhadap UMNO.

Liga ini disertai oleh pasukan yang dipilih mengikut peringkat zon di dalam Parlimen Pasir Salak. Pasukan Wira mewakili zon Kg Gajah Kanan, Exora mewakili Zon Kg Gajah Kiri, PUTRA mewakili Zon Langkap, PERDANA mewakili Zon Sg Manik, WAJA & SAGA mewakili Zon Labu Kubong dan SATRIA mewakili Zon Anak Sungai.

Perlawanan akan berlangsung pada setiap hari Ahad bermula 27hb JUN 2010 sehingga 18hb Julai 2010.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..