Program sehari itu bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir jam 11.00 malam. Seramai 15 ribu pengunjung telah berkesempatan menghadiri program tersebut. Pelbagai acara diadakan bagi golongan muda seperti pertandingan Street Dance, Lion dance, Bola Sepak 5v5, Servis Motosikal Percuma, Persembahan Artis, Pameran Agensi Kerajaan dan Town Hall Meeting.
Town Hall Meeting yang bermula jam 3 petang dan antara ahli panel yang terlibat adalah Saudara Khairul Azwan Dato Harun. (Pengerusi Pemuda BN Perak), YB Dato' Hj Zainol Fadzi Paharudin (EXCO Kerajaan Negeri Perak), YB Dato Dr Mah Hang Soon (EXCO Kerajaan Negeri Perak) serta beberapa orang lagi yang mewakili agensi kerajaan serta swasta.
Objektif Town Hall Meeting diadakan adalah untuk membuka peluang kepada masyarakat, khususnya golongan muda menyuarakan sebarang permasalahan dan pendapat. Segala permasalahan dan pendapat yang diajukan akan dijawab oleh panelis yang terlibat.
Pada sebelah malam pula, artis terkenal tanahair menghiburkan pengunjung antaranya Fiq Mentor, Rabbit Mack dan Azlan The Typewritter.
Sebelum hadir ke Teluk Intan, Saudara Khairul Azwan telah berkesempatan merasmikan Program Khidmat Komuniti di Dewan Serbaguna Balun Bidai pada jam 11 pagi. Program tersebut anjuran bersama JKKK Balun Bidai dan Universiti Kuala Lumpur (UNiKL).
Selepas itu, beliau bergegas ke Kampung Air Hitam, Langkap bagi menyerahkan bantuan kepada mangsa banjir yang telah melanda kampung tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.
Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.