Sabtu, 17 Mac 2012

KEMUNGKINAN TARIKH PILIHAN RAYA UMUM KE 13

Pelbagai pihak mengatakan kedudukan populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak yang melonjak akhir-akhir ini menjadi faktor pilihan raya mungkin diadakan pertengahan tahun ini.

Sinar Harian yang memetik Bloomberg semalam, Kerajaan Pusat sedang mempertimbangkan kemungkinan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada bulan Mei atau Jun ini. Mandat semasa Kerajaan Pusat pimpinan Barisan Nasional (BN) hanya akan berakhir pada April 2013.

Memetik empat sumber yang tidak mahu namanya didedahkan, Bloomberg melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual bercakap di hadapan sekitar 4,000 orang kakitangan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, khususnya dari Jabatan Penerangan, yang akan membantu menyelia perjalanan pilihan raya di bawah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Antara salah satu tarikh yang disyorkan ialah 3 Jun, demikian menurut tiga pegawai dipetik laporan portal Bloomberg.

Pertanyaan ialah apakah Era Kepimpinan Najib mampu mengatasi Era di bawah kepimpinan Tun Mahathir Mohamad apabila kelima-lima pilihan raya yang dihadapi bekas Perdana Menteri itu meraikan kelebihan majoriti dua pertiga.

Kenapa pencapaian demikian?

Menurut bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, faktornya ialah beliau memastikan masalah yang diperhatikan oleh rakyat dapat diselesaikan dan membolehkan mereka rasa selesa (feel good) sebelum plihan raya.

Nasihat Daim: "Kamu seharusnya memahami perasaan rakyat, golongan muda, penduduk Bandar, orang Melayu yang mendiami di rumah pangsa, orang Cina dan India, permintaan mereka adalah sama…akan tetapi, penduduk kampung adalah berbeza...Kerana itulah Najib turun padang, melawat mereka, berbual-bual dengan mereka, memahami keperluan mereka."

"Kesemua petanda menuju ke arah pilihan raya pada akhir Mei atau awal Jun ini," kata Ong Kian Ming, penganalisis politik dari UCSI. "Ia adalah masa yang sesuai bagi Najib," katanya.

Daim turut meramalkan PRU 13 diadakah pada tahun ini. Sekiranya PRU semakin lama ditangguhkan, Barisan Nasianol (BN) bakal mewujudkan kesilapan yang lain, sementara Pakatan Rakyat (Pakatan) menghadapi pertikaian dalaman sesama komponen pakatan.

Dalam PRU yang akan datang ini, tanpa mengira BN atau Pakatan, masing-masing tidak mempunyai masa yang cukup, kata Daim.

Tetapi untuk kali pertama, BN yang diketuai oleh Najib, masih mempunyai kelebihan mengekalkan dominasinya. Namun wawasan BN mengambil alih majoriti dua pertiga kerusi di Parlimen sukar dicapai.

Menurut Daim, Perdana Menteri tidak mungkin membubarkan parlimen pada bulan Mac atau April. PRU13 dijangka diadakan pada hari cuti sekolah sekiranya cuti sekolah kali ini terlepas, kemungkinan pada cuti sekolah yang akan datang (26 Mei – 10 Jun).

Walaupun Daim berkata BN mempunyai kelebihan dalam PRU ini, namun mereka tidak mempunyai ruang untuk melakukan kesilapan kali ini. Kemenangan dalam PRU ini bergantung kepada pihak yang mana kesilapannya adalah kurang.

Seperti juga Daim, Kian Ming juga berkata, "jika beliau menunggu lebih lama, skandal-skandal lain akan muncul."

Sehubungan itu katanya, jika keadaan sedemikian wujud, ia sudah pasti akan menjejaskan segala 'suasana mesra' BN yang wujud sekarang, yang antara lain disumbangkan oleh pengagihan bantuan dijanjikan dalam Bajet 2012.

Dalam kenyataan kepada Sinar Harian Online awal minggu ini, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pada pandangan beliau tempoh yang sesuai yang ada sebelum sesi Parlimen Julai ini ialah dua minggu pertama Mei dan dua minggu kedua Jun.
 

Penemuan kajian Merdeka Center yang dikeluarkan minggu lalu menyebut populariti Najib telah mengalami peningkatan semula berbanding kedudukan Ogos lalu.

Kajian terbaru firma itu menunjukkan kadar populariti beliau meningkat kepada 69 peratus berbanding 59 peratus Ogos lalu, selepas ia mengalami penurunan jika dibandingkan dengan kedudukan tahun 2010.

Kajian Ogos lalu dikendalikan kira-kira sebulan selepas Perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara. Sejak itu Najib mengumumkan beberapa pembaharuan sosiopolitik.

Populariti Najib, hasil kajian berkala Merdeka Center, telah menurun ke paras 59 peratus pada Ogos lalu selepas mencatat paras paling tinggi iaitu 72 peratus pada Mei 2010.

Populariti 69 peratus kali ini sama dengan paras yang direkodkan pada Mac 2010 iaitu 14 bulan selepas menjadi Perdana Menteri.

Namun itu bukan segala-galanya.

Persoalan yang sering ditanya apakah pembaharuan dan transformsi yang diperkenalkan Najib sudah membuahkan hasil?

Juga apakah dasar mesra rakyat seperti pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia, bonus dan penambahbaikan skim perkhidmatan kepada penjawat awam diterima baik oleh rakyat?

Juga apakah BN sudah pasti mempunyai calon yang boleh memenangkan mereka dalam pilihan raya umum kali ini?

Di sebalik itu apakah tawaran pembangkang tidak mampu 'menggoda' rakyat?

Dan apakah rakyat percaya bahawa Ketua Pembangkang memang kaki 'liwat' serta menjadi tali barut Yahudi?

Juga apakah UMNO khususnya mampu meyakinkan rakyat bahawa perpindahan perjuangan PAS dari menegakkan 'Negara Islam' kepada 'Negara Kebajikan' dan berbaik-baik dengan parti pembangkang seperti PKR dan DAP tidak merugikan umat Islam di negara ini?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..