“Laporan Polis sudah dibuat ke atas kenyataan David Orok. Tapi tiada tindakan lagi. Sampai bila nak biar orang hina agama. Fikirlah @PDRMsia,” kata Azwan dalam laman ‘twitter’ beliau.
Keratan kenyataan David menghina Rasulullah SAW di facebook. |
Pelbagai NGO di Negeri Sabah seperti Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian, CONCERN yang mewakili WADAH, ABIM, AMAL, PSS dan Rumpun Melayu Sabah telah membuat lapuran polis di beberapa Ibu Pejabat Polis (IPD) Negeri Sabah.
Namun sehingga kesaat ini, pihak Polis dilihat masih belum bertindak keatas kesemua laporan polis melibatkan individu ini.
Menurut Azwan, pihak Polis dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak perlu terlalu berhati-hati sebaliknya bertindak tegas menguatkuasakan segala bentuk peruntukan perundangan yang ada.
“Bila penguatkuasaan lemah dan terlalu berhati-hati, akan ada yang mengeksploitasi keadaan.
ANCAMAN KESELAMATAN BUKAN TRADISIONAL yang wujud dalam pelbagai bentuk terutama menerusi media baru yang banyak menyebarkan elemen berunsur fitnah, hasutan dan provokasi, perlu diatasi dengan tindakan tegas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.
Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.