Khamis, 17 Julai 2014

#OpsRaya2014: #PemudaUMNO Anjur Majlis Hargai Anggota Bomba Korban Cuti Raya @NajibRazak @khairykj @azwanbro #JBPM #WiraWiraKota


JABATAN Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur telah mengerah 941 anggota dari 17 buah balai untuk bertugas dalam Ops Raya 2014.

Menurut Pengarahnya Khiruddin Drahman, kesemua anggota akan bertugas secara syif 24 jam dalam tempoh 20 hari itu bermula Ahad ini.

Demi menghargai jasa anggota Bomba dan Penyelamat yang terlibat dalam Ops Raya, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia melalui Biro Kualiti Hidup mereka menganjurkan Program ‘Wira-Wira Kota’ yang berlangsung di Balai Bomba Dan Penyelamat Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur lewat malam tadi.


Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Dato' Abdul Rahman berucap.
Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairul Azwan Harun dalam ucapannya berkata, antara matlamat Pemuda UMNO menganjurkan program ini adalah untuk menghargai jasa dan pengorbanan setiap anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang akan bertugas pada hari raya tahun ini.

"Kita faham,tugas anggota Bomba dan Penyelamat pada hari ini bukan sekadar memadam api jika berlaku kebakaran. Tugas anggota Bomba makin mencabar. Sama penting dengan anggota berunifom yang lain seperti Polis dan Tentera.


"Pemuda UMNO mewakili seluruh rakyat Malaysia merakamkan jutaan terima kasih kepada seluruh anggota Bomba dan Penyelamat yang terpaksa mengorbankan cuti raya masing-masing demi menjamin kesejahteraan dan keselamatan penduduk menjelang perayaan Aidilfitri tidak lama lagi," ujarnya.


Hadir sama, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Dato' Haji Abdul Rahman Haji Dahlan.


Dato' Abdul Rahman beramah mesra dengnn anggota JBPM.
(Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia diletakkan dibawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan)
Biro Kualiti Hidup dengan kerjasama Najib Razak Club (NRC) 11 dan Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) (penganjur bersama) turut menyediakan makanan untuk bersahur bersama-sama dengan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur yang hadir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..