Sabtu, 19 Julai 2014

#PemudaUMNO Ulangi Kecaman Terhadap Israel @NajibRazak @Khairykj @azwanbro @rrafizal @BNYVPP #Pray4GAZA #Pray4MH17 #IftarRamadhan

Azwanbro menghadiri Program Iftar Ramadhan 1435H anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang dengan kerjasama Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor
Pemuda UMNO Malaysia semalam mengulangi pendirian mereka mengecam serangan Israel ke atas Gaza dan menyifatkan pembunuhan penduduk Palestin yang tidak berdosa itu adalah satu bentuk keganasan.

(Himpunan #SoladirityForPalestine Kecam Serangan Israel di Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur. Klik SINI.

Menurut Naib Ketua Pemudanya Khairul Azwan Harun, serangan ke atas Gaza dan pembunuhan orang awam terutamanya wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa oleh Israel adalah tindakan yang jelas keganasan. 

"Sedang perhatian dunia terarah kepada tragedi yang menimpa pesawat MAS di Ukraine, Rejim Israel dengan kekuatan tentera yang besar melancarkan pula serangan darat ke atas Gaza.


"Serangan darat ini pasti mengorbankan lebih ramai rakyat Palestin dan apa yang menyedihkan, mereka (rejim Zionis) menjadikan orang awam terutama kanak-kanak dan wanita sebagai sasaran," ujarnya.

"Atas semangat kemanusiaan, sempena bulan Ramadan yang penuh kemuliaan ini, marilah kita bersatu mengecam keganasan terhadap saudara-mara kita di Gaza," katanya ketika menghadiri Program Iftar Ramadhan anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang di Surau Kg Aman Hujung di sini, petang semalam.

Menurut laporan media antarabangsa, jumlah kematian di Gaza meningkat kepada 261 orang dan ribuan lagi cedera masuk hari ke-11 operasinya terhadap pejuang Palestin di semenanjung berkenaan.

Hadir sama, Ketua Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang Rafizal Abdul Rahim serta jawatankuasa kepimpinan Pemuda UMNO Negeri. 

Mengulas mengenai nahas pesawat MH17 milik Malaysia Airlines (MAS) yang mengorbankan nyawa 298 penumpang termasuk krew, Azwan menasihati rakyat Malaysia supaya tidak menyebarkan gambar dan memuatnaik status yang tidak sahih ke laman sosial milik mereka.

Rakyat perlu bijak dalam menilai setiap maklumat yang mereka perolehi dari media-media antarabangsa kerana bimbang ianya berat sebelah.

"Jangan hanya dengar CNN sahaja. Boleh jadi berat sebelah. Terbaik ikuti pengumuman rasmi kerajaan dan @MAS," katanya di laman twitter beliau.

Beliau percaya, kerajaan Malaysia dibawah kepimpinan YAB Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri mampu menangani isu tragedi terbaru ini kerana Malaysia mempunyai hubungan yang baik dengan banyak negara.
Santai bersama sukarelawan BNYV Pulau Pinang serta pelajar luar negara yang menetap di Pulau Pinang.
Selesai majlis tersebut, Azwan meluangkan masa bertemu dan beramah mesra dengan sukarelawan Barisan Nasional Youth Voluteer (BNYV) Pulau Pinang serta pelajar-pelajar luar negara menetap di Pulau Pinang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..