Sabtu, 5 Julai 2014

Majlis Ehya Ramadan Anjuran #YayasanTransformasiPasirSalak & Pusat Khidmat #DUNSgManik @azwanbro @khairykj @zambryabdkadir @promelayu


PASIR SALAK - 4 Julai [Kemaskini] Semalam telah berlangsung Majlis Berbuka Puasa serta Penyampaian Sumbangan Moreh dan Bantuan Makanan anjuran Yayasan Transformasi Pasir Salak (YTPS) dengan kerjasama Pusat Khidmat DUN Sg Manik yang diadakan di Masjid Parit 2B, Sg Manik.

Pengerusi Yayasan Transformasi Pasir Salak Khairul Azwan Harun dalam ucapannya mengucapkan jutaan terima kasih kepada penduduk kampung khususnya Jawatankuasa serta kariah Masjid Parit 2B kerana sudi menerima kunjungan YTPS.

Dalam ucapannya juga, Azwan yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia turut menerangkan matlamat serta tujuan penubuhan Yayasan Transformasi Pasir Salak.

“Antara tujuan Yayasan Transformasi Pasir Salak ditubuhkan adalah untuk menjadi pelengkap serta membantu tugas wakil rakyat dalam membela nasib rakyat,” ujarnya.

“Kita sedia maklum, kawasan Parlimen Pasir Salak yang terdiri dari 2 kawasan DUN adalah antara kawasan parlimen paling luas di Perak, kemungkinan peruntukan wakil-wakil rakyat adalah terhad bagi memenuhi keperluan penduduk di DUN Sg Manik dan DUN Kg Gajah.

Antara ketua-ketua UMNO cawangan yang hadir menerima sumbangan wang Yayasan Transformasi Pasir Salak bagi mengadakan moreh di masjid cawangan masing-masing. Sumbangan disampaikan oleh YB Dato' Zaino Fadzi Paharuddin.
“Menyedari hakikat tersebut, saya dan Saudara Ramelle Tan Sri Ramli (Timbalan Pengerusi YTPS) serta rakan-rakan berbincang untuk membantu wakil-wakil rakyat dalam memberi khidmat kepada masyarakat, hasil perbincangan tersebut maka tertubuhlah Yayasan Transformasi Pasir Salak,” katanya.

Menurut Azwan, YTPS akan bekerjasama dengan Pusat Khidmat DUN di kedua-dua kawasan bagi mengenal pasti rakyat keterbawahan yang benar-benar memerlukan bantuan baikpulih rumah seperti mengganti bumbung/dinding rumah yang rosak atau pun pendawaian semula elektrik.

“Yayasan Transformasi akan menyediakan segala keperluan dan peralatan serta tenaga kerja mahir terdiri dari ahli-ahli yayasan sendiri bagi kerja-kerja baikpulih tersebut,” katanya lagi.

Diakhir ucapannya, Azwan turut mengumumkan sumbangan 4 buah penyaman udara untuk dipasang di Masjid Parit 2B, Sg Manik seperti yang dipohon oleh Tuan Haji Hashim Pengerusi Jawatankuasa Masjid berkenaan dalam ucapan alu-aluan beliau.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Sg Manik merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur Tenaga dan Air Negeri Perak YB Dato' Zainol Fadzi B. Haji Paharuddin.

Dato' Zainol dalam ucapannya berkata, beliau selaku ADUN Sg Manik mengalu-alukan serta sedia bekerjasama dengan YTPS bagi menyelesaikan permasalahan rakyat di DUN Sg Manik.

“Matlamat serta peranan yang ingin dibawa oleh Yayasan Transformasi Pasir Salak adalah merupakan sesuatu yang baik kepada rakyat.

“Saya selaku wakil rakyat DUN Sg Manik bersedia bekerjasama dengan YTPS bagi menyelesaikan permasalahan rakyat keterbawahan yang kurang berkemampuan,” katanya.

Pada majlis tersebut, Dato' Zainol turut berkenan menyampaikan sumbangan moreh YTPS kepada ketua-ketua UMNO cawangan yang hadir serta bantuan makanan kepada penduduk kurang berkemampuan.

Azwan serta jawatankuasa Yayasan Yransformasi Pasir Salak menziarahi Pakcik Jalani di rumahnya. Pakcik Jalani, 78 tahun merupakan bekas Pengerusi JKKK Kg Sg Manik Lama Kanan dan memegang jawatan tersebut selama 26 tahun.
Selesai solat Maghrib, Azwan serta ahli-ahli YTPS berkesempatan menziarahi Mantan Pengerusi JKKK Kg Sungai Manik Lama Kanan seterusnya mengerjakan solat Isya' dan solat sunat tarawih bersama-sama ahli kariah kampung tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..