Rabu, 9 April 2014

Kerajaan Mengharamkan Filem #NOAH, Papar Ilustrasi Rasul #LPF #JAKIM

Filem NOAH menelan belanja RM427 lakonan Russel Crowe turut diharamkan tayangannya di Qatar, Bahrain serta Emiriah Arab Bersatu (UAE)
SELEPAS Qatar, Bahrain dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) mengharamkan tayangan filem Noah, Malaysia turut membuat keputusan sama.

Pengerusi Lembaga Penapis Filem (LPF) Malaysia, Datuk Abdul Halim Abdul Hamid dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dibuat selepas filem itu memaparkan jalan cerita berasaskan kepada kisah hidup Nabi Nuh AS.

“LPF memutuskan  sebarang lakonan yang memaparkan ilustrasi atau wajah para Nabi dan Rasul adalah bertentangan dengan Garis Panduan Penapisan Filem Kementerian Dalam Negeri dan selaras dengan Garis Panduan Penapisan Kandungan Bahan-Bahan Penyiaran Berunsur Islam yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).


“Berdasarkan jalan cerita dan adegan filem tersebut yang mengandungi elemen-elemen tersebut maka, filem Noah ini tidak dibenarkan untuk ditayangkan di negara ini.

Ia juga bertujuan menjaga sensitiviti dan keharmonian dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama,” ujarnya.

Beliau menambah, filem arahan Darren Aronofsky telah dikemukakan kepada LPF untuk penapisan pada 7 Mac lalu. Filem yang turut dibintangi oleh Anthony Hopkins dan Emma Watson ditayangkan di Amerika Syarikat pada 28 Mac lalu.

Surah Nuh dalam al-Quran menceritakan mengenai kisah Nabi Nuh membina bahtera bagi menyelamatkan umatnya dan beberapa haiwan dari banjir besar namun, ahli keluarga Nabi Nuh (AS) yang enggan mengikuti ajarannya mati. Bagaimanapun kisah Nabi Nuh juga diceritakan dalam Injil.

Sudah jangka - Russel Crowe

Filem fantasi diinsipirasikan daripada ajaran kitab Bible bernilai RM427 juta itu dibintangi Russel Crowe sebagai Noah bersama pelakon lain seperti Jennifer Connelly, Anthony Hopkins dan Emma Watson dan pada asasnya berkisar mengenai kisah Bahtera Noah.

Crowe menerusi temu bual bersama The Telegraph berkata, Noah bukan kisah teladan agama Kristian yang sering disampaikan kepada kanak-kanak dan ia akan mencabar pemahaman penonton mengenai Bible.

“Secara jujur, memandangkan terdapat perkara dalam agama Islam yang menyebabkan anda tidak boleh membuat cerita atau mempersembahkan imej mengenai nabi, sudah dijangka beberapa negara Islam akan mengharamkan filem itu,” katanya.

Malah, institusi terkenal Islam di Mesir, Al-Azhar kelmarin turut mengeluarkan fatwa yang mengharamkan filem itu.

“Al-Azhar memperbaharui bantahannya terhadap apa-apa perbuatan yang menggambarkan rasul  dan nabi ALLAH dan para sahabat Nabi Muhammad SAW.

“Penerbitan seumpama itu bertentangan dengan kedudukan tinggi seorang nabi dan utusan, serta memberi kesan kepada undang-undang Islam. Ia juga memprovokasi emosi umat Islam,” kata institusi itu dalam satu kenyataan sebelum ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..