Ancaman yang dibawa oleh ajaran sesat bukanlah fenomena baru bagi kita rakyat Malaysia. Pengikut ajaran sesat ini mempunyai satu faktor sepunya di mana mereka begitu taksub ke atas ketua mereka. Ini sangat bercanggah dengan ajaran Islam kerana dalam Agama umatnya tidak diajar untuk taksub kepada pemimpin. Ketaksuban pengikut ajaran-ajaran ini adalah sangat luar biasa sehingga mereka sanggup menimbulkan huru hara dan melakukan perkara luar dari batas norma manusia.
Sebagai contoh ajaran Aum Shinrikyo yang bertapak di Jepun sekitar tahun 90an telah mengorbankan 12 orang awam dan 5000 orang cedera dalam satu serangan gas beracun di stesen kereta api bawah tanah. Ajaran ini turut mengarahkan pengikut mereka membuat dan menyimpan senjata buatan sendiri untuk tujuan memporak porandakan negara.
Selanjutnya klik AZWANBRO.COM
- Mempunyai Pengucapan mengenai Alam Ghaib
- Pengucapan mengenai alam ghaib memberikan organisasi ini ciri-ciri agama. Biasanya pengucapan ini diadakan dalam bentuk ajaran yang wajib dipercayai oleh semua ahli.
- Mempunyai Sifat Anti-Masyarakat
- Satu sifat yang ketara untuk OAS ialah mempunyai sifat anti-masyarakat. OAS sentiasanya menganggap golongan majoriti masyarakat adalah "bodoh" dan merekalah yang "bijak" kerana menganggap dirinya telah menemui "kebenaran". Mereka sentiasa membenci masyarakat umum, menganggapnya bersifat dosa ataupun "kotor". Oleh itu, mereka akan mengelakkan diri daripada masyarakat umum, ataupun bersikap sebagai "penyelamat" apabila berdepan dengan orang umum.
- Mempunyai seorang Ketua yang dipujakan seperti dewa
- OAS mempunyai seorang ketua yang dipuja seperti dewa. Ketua OAS biasanya mengenal diri sebagai nabi dan mempunyai kuasa-kuasa tertentu.
- Mempunyai pengaruh yang mendalam terhadap ahlinya
- Penyertaan seseorang ke dalam sesautu OAS akan mengubah tingkah lakunya. OAS bukan sahaja mempegaruhi kehidupan seseorang dengan memberikan pelbagai ajaran kepadanya, malah kadang kala OAS juga menggunakan tindakan fizikal untuk mengawal ahlinya. Ini termasuk kawalan untuk bersosial dan juga kawalan bergerak.
Berikut adalah beberapa ajaran dan amalan yang diamalkan oleh OAS di Malaysia;
- Percaya semua agama adalah sama
- Percaya guru mereka boleh menebus dosa dengan wang.
- Memansuhkan syariat Islam dan membuat syariat baru.
- Guru mengaku memegang kunci pintu Syurga.
- Mengaku Allah SWT menjelma dalam diri guru atau seseorang.
- Percaya makhluk seperti kayu, batu dan sebagainya mempunyai kuasa mutlak.
- Menghalalkan sesuatu yang diharamkan Allah SWT.
- Menghalalkan nikah sesama adik beradik.
- Meminta pertolongan terus dengan orang mati.
- Mengaku guru sebagai nabi atau malaikat.
- Percaya ada nabi selepas Nabi Muhammad SAW.
- Percaya wahyu turun selepas Nabi Muhammad SAW wafat.
- Mengaku dirinya sebagai Nabi Isa A.S
- Sheikh atau guru mendakwa diri mereka mempunyai mukjizat.
- Percaya roh orang mati boleh memberi pertolongan apabila diseru atau dipuja.
Kumpulan berikut telah diwartakan oleh Bahagian Penyelidikan JAKIM sebagai kumpulan ajaran sesat pada tahun 2012.
- Nasrul Haq*
- Budi Suci
- Al-Watan
- Budi Suci Sejati
- Jawa Faradin
- Silat Sunda Pukulan Ghaib
- Tusuk Hikmat
- Ilmu Kebatinan
- Potong Maya
- Naluri
- Kaula
- Haqqullah Syahadah
- Rampai
- Wali Suci
- Kalimat Sakti
- Silat Pukulan Jarak Jauh
- Ilmu Tenaga Dalam Hikmat
- Zikir Sha`ban Islam Haq
- Asal Wujud Garis Laksmana
- Al-Ma`zat
- “Trancendentel Meditation”- Maharisi Mahish Yugi
- Ilmu Kebatinan
- Abdul Manan bin Harun- Tolak Hadis
- Ilmu Mentauhidkan Allah oleh Nasrun S.T.Qahar
- Kumpulan Ikhwan/al-Mas
- Kuasa Ghaib ( Tahan Diri)
- Mohd Nordin Putih
- Nasrun S.T.Qahar
- Roslan Katimun atau Ajaran Wali Sembilan
- Tariqat Naqsyabandiyah Kadirun Yahya
- Wali Sembilan
- Khatijah binti Ali @ Puan Tijah
- Syed Mutalib bin Syed Mohd Nordin
- Ajaran Mohd Seman Al-Banjari
- Al-Arqam**
- Golongan Anti Hadis
- Ajaran oleh Juruzon bin Abdul Latif @ dikenali (Hj) Ahmad al-Walidie (Pak Su)
- Syiah
- Ajaran Hj. Ghazali Othman Hulu Kelang
- Ajaran Hj.Kadar Ahmad
- Ajaran Ilmu Tajalli Ahmad Laksamana
- Ajaran ilmu Hakikat@ Jahar Dumin Hulu Langat
- Tarikat Mufaridiah
- Ajaran Hassan Anak Rimau
- Tarikat Aurad Ismailiah
- Ajaran Martabat Tujuh
- Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol
- Ajaran Sulaiman ( Bahtera Nabi Noh)
- Ajaran Ilmu Hakikat Hassan bin Jonit
- Ajaran Ahmadiah/ Qadiani
- Ajaran Mohd Nor Seman
- Ajaran Ayah Pin
- Ajaran Bahai
- Al-Ma`unah
- Ajaran Azhar Wahab
- Ajaran Hj. Banuar
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia rasanya bersedia untuk bekerjasama dengan jabatan-jabatan kerajaan bagi membendung dan menghapus penularan ajaran sesat ini khususnya dikalangan umat Islam.
*Nasrul Haq ialah sebuah pertubuhan silat batin di Malaysia yang diharamkan oleh kerajaan pada April 1978 di atas dasar-dasar yang dikatakan sesat. Pengikut Nasrul Haq sudah terlalu ramai sebelum ia diharamkan oleh kerajaan.
**Ajaran-ajaran Al-Arqam mendapat sambutan sebilangan masyarakat yang menganggapnya sebagai sebuah badan dakwah yang unggul sebelum ia dianggap sesat dan diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada Ogos 1994. Kumpulan ini menyebarkan kegiatan dakwah islam melalui bidang pendidikan, penerangan, penerbitan, perusahaan, perniagaan, perubatan, dan pertanian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.
Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.