Rabu, 31 Disember 2014

Pemuda Lemas Ketika Menjala Ikan Di Pulau Tiga #Banjir2014 #TohPadukaRaja



Hasrat empat orang anak muda untuk menjala ikan di satu saliran air di Ladang Sawit FELCRA Toh Paduka Raja terbantut apabila salah seorang dari mereka tergelincir dan tenggelam ketika cuba menyeberangi arus deras saliran tersebut.

Menurut rakan-rakan yang menyaksikan kejadian tersebut, Md Haris Johari, 20, cuba berenang untuk ke seberang saliran, namun gagal melawan arus yang mengalir deras lalu terjatuh dan dipercayai lemas pada jam 10 pagi tadi.


Arus deras yang mengalir melimpahi jalan ladang ini kesan dari limpahan air sungai yang membanjiri kawasan Kampung Pulau Tiga.
"Saya dah halang dia dari berenang ke seberang kerana air laju, tapi dia tidak hiraukan pesanan saya malah dia hulurkan tangan untuk mengajak saya berenang bersamanya.

Rakan mangsa, Hakim, 17 tahun.
Tiba di tengah saliran, saya lihat dia gagal melawan arus lalu terjatuh dan beliau timbul sekali sebelum tenggelam terus, " kata Hakim Yahya, 17 tahun.

Beliau berkejar ke rumah bapa mangsa di Padang Gertak untuk melapurkan kejadian tersebut.

Bapa mangsa, Johari Basir berkata, sebelum kejadian beliau cuba menghalang hasrat anaknya untuk menjala ikan di kawasan tersebut memandangkan air sedang naik dan mengalir deras.

Bagaimanapun, beliau menerima kejadian tersebut dengan redha dan berharap agar anaknya segera ditemui.

Pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) IPD Perak Tengah serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Cawangan Seri Iskandar bergegas ke lokasi bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejurus menerima laporan kejadian tersebut.

Sehingga artikel ini ditulis, mangsa masih belum ditemui namun pihak JBPM dan penduduk kampung masih menjalankan misi mencari dan menyelamat.

Selasa, 30 Disember 2014

#QZ8501: Anggota SAR Temui Mayat Membengkak Terapung Di Selat Karamita


Pembantu juruterbang Hercules C130 Indonesia mendakwa melihat objek seperti mayat manusia terapung di Selat Karimata di mana objek lain seperti pelampung dan serpihan pesawat.

Leftenan Satu Tri Wibowo berkata, pada awalnya beliau melihat objek berkenaan seperti manusia yang sedang melambai-lambai ke arah pesawat, namun selepas didekati ia menyerupai jasad manusia yang sudah membengkak.

"Pada awalnya saya lihat seperti manusia melambai-lambai, mungkin dia menyedari kehadiran pesawat. Tetapi selepas kami dekati, nampak ia sudah membengkak. Ia kelihatan melambai-lambai mungkin kerana dipukul ombak," kata Tri di sini, sebentar tadi. - Kompas.com

Ucapan TAKZIAH dari YPS buat keluarga mangsa. 

Al Fatihah buat mangsa yang beragama Islam. Moga mereka ditempatkan dikalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh.

#YayasanTransformasiPasirSalak Turut Hulur Bantuan Kpd Mangsa Banjir @NajibRazak @ZambryAbdKadir @Azwanbro @zainolfadzi #YTPS #Pray4KgGajah



Kampung Gajah antara kawasan yang terjejas teruk akibat banjir sejak Khamis minggu lalu. 

Hampir 2000 mangsa telah dipindahkan ke beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Mangsa Banjir di DUN Kampung Gajah, dan terbaru sebuah PPS turut dibuka di SK Datuk Yahya Suban bagi menampung mangsa banjir di DUN Sungai Manik.

Selain Pusat Latihan UiTM Sg Galah dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak, mangsa-mangsa banjir ditempatkan di Pusat Latihan FELCRA, Seberang Perak.

Kesemua mangsa yang berada di PPS Dewan Millenium dan SK Dato' Sagor telah dipindahkan ke Pusat Latihan UiTM dan MRSM akibat kedua-dua PPS telah dinaiki air.

Pihak Yayasan Transformasi Pasir Salak (YTPS) turut tidak ketinggalan untuk bersama-sama menyumbangkan bantuan kepada mangsa banjir yang dianggap paling buruk pernah melanda Kampung Gajah.

Penaung YTPS, Dato' Haji Zainol Fadzi Paharuddin bersama dengan Squad Banjir YTPS melawat kawasan-kawasan yang terjejas sekitar DUN Kampung Gajah sambil manyampaikan bantuan kepada ketua-ketua kampung bagi diagihkan kepada penduduk yang tidak berpindah ke PPS, selepas solat Maghrib malam semalam.

Beliau turut menyampaikan sumbangan orangramai yang berjaya dikumpulkan oleh Kelab Belia Langkap kepada Pusat Pemindahan Sementara yang memerlukan.

Dato' Zainol yang juga ADUN Kawasan Sungai Manik sentiasa memantau keadaan mangsa-mangsa PPS Datuk Yahya Suban yang menempatkan penduduk Kg Permatang Pelanduk yang turut dinaiki air. 

Pada keesokan harinya, Timbalan Pengerusi YTPS Saudara Ramelle Ashram Tan Sri Ramli bersama dengan Squad Banjir YTPS menaiki bot serta meredah air banjir bagi menyampaikan bantuan makanan dari rumah ke rumah.

Squad Banjir YTPS dengan kerjasama NMC Transportation & Towing Services juga menyediakan perkhidmatan pindah barang dan menunda kenderaan penduduk yang rosak akibat bencana ini.

Selain menyampaikan bantuan makanan, pihak YTPS turut merangka beberapa bantuan yang perlu bagi meringankan beban mangsa-mangsa banjir khususnya di Parlimen Pasir Salak.

Sehingga kesaat artikel ini ditulis, limpahan air Sungai Perak yang menjadi punca banjir masih kekal melebihi paras bahaya iaitu 7.00m.

Sabtu, 20 Disember 2014

Rumah Jiran YPS Hangus, DUN Kg Gajah Perlukan Kemudahan Balai Bomba @mpkotabelud @ZambryAbdKadir @Azwanbro


SEBUAH rumah milik seorang wanita warga emas yang juga jiran YPS musnah dalam kebakaran yang berlaku di Kampung Toh Paduka Raja, Pulau Tiga, Perak.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 12.15 pagi tersebut dipercayai berpunca dari litar pintas.

Kebakaran disedari oleh anak YPS namun tidak mampu berbuat apa-apa memandangkan api marak terlalu cepat.

YPS yang kebetulan berada di Seri Iskandar segera ke Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Seri Iskandar untuk melaporkan kejadian tersebut setelah menerima panggilan daripada keluarga.

Pihak bomba bergegas ke lokasi kejadian tetapi rumah tersebut telah hangus memandangkan jarak diantara balai bomba ke rumah berkenaan memakan masa 35 minit perjalanan.

Bagaimanapun warga emas yang tinggal berseorangan itu selamat kerana ketika kejadian beliau berkunjung dan menetap sementara di rumah anaknya di Shah Alam.

BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT DI KAMPUNG GAJAH.


Senarai nama kampung di DUN Kampung Gajah
Sumber: Wikipedia
YPS mewakili penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Kampung Gajah berharap agar kerajaan melalui Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dapat mempertimbangkan untuk membina sebuah kemudahan Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat di Kampung Gajah.

Merujuk kepada kejadian yang menimpa jiran YPS, keperluan menempatkan sebuah balai bomba dengan kelengkapan sekurang-kurangnya sebuah jentera amatlah diperlukan bagi menangani kes kebakaran mahupun kemalangan yang berlaku di kawasan sekitarnya.

YPS bernasib baik kerana kebakaran tersebut tidak merebak ke premis yang YPS serta keluarga diami memandangkan jaraknya agak jauh sedikit.

Memang mustahil pihak bomba mampu memadamkan kebakaran dan menyelamatkan sebuah premis yang terlibat biarpun jarak balai bomba berdekatan.

Tetapi, apa yang penting ketibaan awal pasukan bomba mampu memadamkan api dari terus merebak membakar premis-premis yang berdekatan dengan punca kebakaran.

DUN Kampung Gajah meliputi 42 kampung terbahagi kepada dua Zon, Zon Anak Sungai dan Zon Kampung Gajah di bawah Parlimen Pasir Salak.

Selain kampung-kampung tradisional yang terdapat di DUN Kampung Gajah, populasi penduduk berkembang apabila FELCRA membangunkan kawasan pertanian Seberang Perak dan Changkat Lada. 

Pembangunan pesat Kampung Gajah yang merupakan salah satu pusat pentadbiran di Perak Tengah, adalah wajar agar kerajaan mempertimbangkan pembinaan segera kemudahan sebuah Balai Bomba dan Penyelamat di kawasan ini.

Diharapkan agar ADUN Kawasan Kampung Gajah, YB Tuan Haji Abdullah Fauzi Dato' Ahmad Ghazali serta Ahli Parlimen Pasir Salak YB Dato' Sri Tajuddin Abdul Rahman memanjangkan perkara ini kepada pihak kerajaan agar kemudahan ini dapat segera dilaksanakan.

Jarak diantara Balai Bomba di Teluk Intan dan Seri Iskandar adalah jauh dan ini menyukarkan misi menyelamat serta memadamkan api jika berlaku situasi mencemaskan seperti kebakaran atau pun kemalangan.

Selasa, 16 Disember 2014

#KataKita Jelajah United Kingdom, Bertemu Pelajar Malaysia Luar Negara @azwanbro @NajibRazak KhairyKJ @NurJazlan @SheikhNafiq @ArmizanAmeer #PemudaUMNO #KULN #UKEC


"Pemuda UMNO telah memperkenalkan satu program di bawah kempen #KataKita, di mana ia akan menjadi mata dan telinga daripada kepimpinan parti.

Program ini akan menyediakan platform bagi para belia untuk menyuarakan pandangan mereka," kata Naib Ketuanya Khairul Azwan Harun.

Bermula minggu ini, Azwan akan mengetuai lawatan #KataKita di lima bandar di United Kingdom - London, Cardiff, Nottingham, Manchester dan Liverpool.

TownHall Meeting di PWTC
"Minggu ini, saya akan mengetuai lawatan #KataKita bertemu kira-kira 1,000 pelajar Malaysia di sebuah forum terbuka dengan tujuan menjadikan kesederhanaan dan politik progresif kenyataan.

"Melalui forum yang bertajuk 'Politics: Centrist Path, Way Forward' ini, kami cuba membantu mereka memahami mekanisme politik di negara ini," kata Azwan yang juga Pengerusi Akademi Kepimpinan Kapten Hussein (AKHI) dalam satu kenyataan seperti yang disiarkan oleh akhbar NST, semalam.
YB Khairy di pentas #KataKita, Johor Darul Takzim.
Di peringkat nasional, Pemuda UMNO telah berjaya menganjurkan tiga program #KataKita sejak bulan lepas, dan tindak balas yang telah diterima adalah "bukti" betapa penting untuk pemimpin untuk berkomunikasi dengan rakyat.

"Itu adalah satu-satunya cara kita boleh memahami mereka dan memberi mereka apa yang mereka perlukan, bukan apa yang kita fikir mereka perlukan.

"Para pemimpin perlu kekal bersederhana, agar dapat dicontohi oleh generasi akan datang.

Jelajah #KataKita ini dianjurkan oleh AKHI dengan kerjasama Kelab UMNO Luar Negara (KULN) dan United Kingdom & Eire Council of Malaysian Students (UKEC).

Selain Azwan, panel utama forum jelajah #KataKita ini adalah YB Datuk Nur Jazlan Ahli Parlimen Pulai, Armizan Mohd Ali Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah, Sheikh Nafiq Exco Pemuda UMNO serta Zaidel Baharuddin Setiausaha Pemuda BN.

Sabtu, 13 Disember 2014

#GST Berkesan Elak Kartel Tertentu Monopoli Pasaran - @Azwanbro @NajibRazak @KhairyKJ @ahmadmaslan @bharianmy


Setiap batang rokok yang anda bakar, menghirup segala macam jenis bahan kimia, nikotin dan tar. Selain mendekatkan diri anda dengan kanser paru-paru, ia juga adalah pendapatan cukai lumayan kepada kerajaan.

Cukai ini tidaklah dapat kerajaan belanja ke mana kalau tidak kepada subsidi hospital yang balik juga akan digunakan oleh perokok apabila menghadapi kanser dan 
segala macam sakit akibat daripada aktiviti menyusahkan ini. 

Konsepnya mudah, kerajaan mengenakan cukai pada barangan tertentu dalam bentuk cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang berbalik akan digunakan untuk belanja pembangunan, pengurusan dan lain-lain. 

Maka rakyat tertanya-tanya apakah masalahnya sampai mahu pula dilaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan(GST)?

Selain menyakitkan diri dengan mengayakan syarikat tembakau dari Amerika Syarikat, masalah yang timbul ada kemungkinan RM13.50 yang dibayar perokok langsung tidak masuk ke-kantung kerajaan

Ini sebenarnya masalah yang ada 
sekarang. Ada banyak barangan di pasaran bukan sahaja rokok tetapi segala macam perkara yang mengelak daripada dikira, diaudit dan dicukai sama ada dalam bentuk 
penyeludupan, penipuan dalam perakuan hasil atau dengan menggunakan lompong kosong dalam sistem percukaian negara.  

Sistem yang ada sekarang tidak jelas.
Masalah dengan sistem cukai yang ada sekarang ini adalah ia tidak begitu jelas. Cukai jualan dan barangan (SST) dikenakan hanya pada barangan yang keluar 
daripada pengilang, pengeluar atau pengimport sahaja. Kemudian kos cukai ini akan dimasukkan ke dalam harga jualan.

Saya beri contoh, katakan seorang pengimport telefon bimbit mula membeli 100,000 unit pada harga kos RM1,000 dan menjualnya pada pemborong pada harga RM1,500. Maka untuk setiap unit akan dikenakan cukai jualan sebanyak 10 peratus. Maka harga jualan termasuk cukai pada pemborong adalah RM1,650 (anggaran kasar).

Jika semua peniaga mengikut undang-undang seperti ini, maka masalah tidak timbul, akan tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Seperti dinyatakan tadi, cukai ini hanya dikenakan kepada pengimport atau pengilang dan tidak pada pemborong. Oleh yang demikian, apa yang berlaku pengimport dan pengilang akan 
membuka syarikat pemborong sendiri untuk mengelak daripada membayar cukai.

Kita berbalik kepada contoh telefon bimbit tadi. Pengimport A membeli 100,000 unit pada harga kos RM1,000 seunit. Dia kemudian menjual setiap telefon berkenaan kepada sebuah syarikat pemborong kepunyaan adik, isteri, bapa, saudara atau sepupu sepapatnya pada harga RM1,001 dengan hanya mengambil untung RM1 sahaja. 

Maka cukai yang perlu dibayar hanyalah RM101. Pemborong tadi kemudiannya akan menaikkan semula harga telefon berkenaan sebelum dijual kepada pengedar lain.

Monopoli barangan kumpulan tertentu. 
Dengan taktik ini kerajaan kehilangan cukai sebanyak RM49 bagi setiap telefon bimbit.
Inilah kenyataan Yang berlaku pada hari ini iaitu dalam pasaran sebenarnya ada satu monopoli barangan yang dikawal oleh sekumpulan orang tertentu sahaja walaupun di luar nampak seperti ada persaingan. 

Tak percaya? cuba pergi membeli sebuah telefon bimbit di Plaza Low Yat contohnya dan lihat sendiri. Di luar ada berpuluh kedai yang menjual produk sama, tetapi mereka semua mengambil stok dari 
satu atau dua pusat yang sama.

Jika anda betul-betul perhatikan, anda tawarlah dekat 20 kedai sekalipun, penjimatan yang 
anda dapat lebih kurang sahaja. Adalah jimat beza RM10 ke RM20. Itu pun sebab jurujual itu sanggup memotong komisyen.

Pengimport, pengilang dan pemborong kebiasaannya adalah orang yang sama. Sebab itulah ramai peniaga yang menjalankan perniagaan sendiri, membuka kedai 
sendiri mendapati sangat susah untuk hidup membayar sewa kedai dan kos operasi dengan margin untung yang begitu kecil.

Jika anda perasan sesetengah kedai bo leh hidup dengan margin di bawah lima peratus kerana sebenarnya tuan kedai telah pun mendapat untung melalui pengedar, pemborong dan pengimport.

Sebab itu peniaga yang mengikut undang-undang, yang berniaga sendiri dan tidak menjadi sebahagian pakatan atau kumpulan tertentu tidak boleh hidup walaupun mendapat bantuan kerajaan kerana rantaian bekalan sebenarnya dikawal dan dimonopoli.

Sebab itulah kita memperkenalkan GST. 

Berbeza dengan SST, GST ialah cukai yang dikenakan pada setiap transaksi jual beli tak kira daripada pemborong, pengilang, 
pengedar dan peruncit hatta antara kedai dengan pelanggan sekalipun. 

Dengan cara ini kita dalam melihat pergerakan barangan 
itu secara telus dan menstabilkan pasaran daripada anasir monopoli, kawalan dan gangguan pakatan atau kartel, seterusnya memberi keadilan kepada peniaga kecil, 
peniaga yang bersenditian yang mengikut undang-undang.

Tahu apa beza paling besar antara SST dan GST? Dalam sistem GST, cukai itu masuk kedalam kantung kerajaan berbanding kantung peniaga yang tidak bertanggungjawab
Itulah perbezaan sebenarnya. 

Artikel ini ditulis oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun seperti yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian bertarikh 14 Disember 2014. MS 13.

Khamis, 11 Disember 2014

#AFFSuzukiCup2014: #HarimauMalaya Layak Ke Final, Bertemu Thailand 17 & 20 Disember ini @ZainolFadzi #FAM


Harimau Malaya berjaya melangkah ke final Piala AFF Suzuki 2014 setelah membenam Vietnam dengan agregat 5-4 pada perlawanan separuh akhir kedua malam ini.

Pada perlawanan separuh akhir pertama, Malaysia tewas 2-1 kepada Vietnam di gelanggang sendiri pada minggu lalu.

Penyokong Malaysia menzahirkan #WeAreSorryVietnam atas insiden memalukan minggu lalu.
Gol-gol Malaysia dijaringkan oleh Shafiq Rahim melalui sepakan penalti selepas Indra Putra dijatuhkan.

Tiga gol lagi dijaringkan menerusi Norshahrul (Mat Yo), Shukor Adan dan gol sendiri hasil sepakan Indra terkena pemain Vietnam menerjah ke gawang tuan rumah.

Malaysia akan bertemu Thailand pada 17 dan 20 Disember ini.

Selasa, 9 Disember 2014

#PemudaUMNO Desak Kaji Semula Pelantikan CEO, Beri Kepercayaan Anak Watan #MAS @Azwanbro @NajibRazak @Zahid_Hamidi @KhairyKJ #KhazanahNasional


Pergerakan Pemuda UMNO mendesak Khazanah Nasional agar mengkaji semula pelantikan Christop R. Mueller sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Airlines Bhd (MAS Newco) yang baharu.

Naib Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berkata, Khazanah perlu memberi kepercayaan kepada anak tempatan untuk menerajui syarikat penerbangan Malaysia itu.

Adalah terlalu berisiko untuk MAS yang merupakan aset strategik nasional dengan dana RM6 bilion hasil suntikan Khazanah, diuruskan oleh rakyat asing - Azwan.

“Pemuda UMNO melihat sekiranya pelantikan rakyat asing ini diteruskan, ia bakal mengundang pelbagai persepsi terhadap kemampuan Khazanah, yang dilihat terpaksa bergantung kepada pakar luar.

“Pemuda UMNO amat khuatir sekiranya pakar luar dijadikan taruhan dengan risiko yang terlalu tinggi," katanya kepada pemberita selepas sesi dialog Program Pertukaran Belia Malaysia-China 2014 di Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut beliau, Pemuda UMNO percaya ramai rakyat Malaysia yang berkelayakan, berpengalaman dan berkemampuan untuk menerajui MAS selain lebih memahami keperluan budaya dan cara kerja serta iklim ekonomi kita.

“Kita melihat justifikasi pemulihan lebih berbentuk pengurangan kos operasi dan pencarian laluan udara yang profitable (menguntungkan).

"Kita percaya Khazanah mampu mencari calon tempatan yang layak sekiranya mahu dengan bantuan Talent Corp," ujarnya lagi.

Pada 5 Disember lalu, MAS mengumumkan pelantikan Mueller sebagai Pengarah Bukan Eksekutif MAS dan CEO MAS NewCo berkuat kuasa 1 Januari 2015.
Pemuda UMNO menegaskan, sekiranya Khazanah memerlukan tenaga asing mereka boleh dilantik sebagai perunding atau penasihat kepada MAS.

Dalam sidang media yang sama, Pemuda UMNO bersetuju dengan tindakan pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Imigresen menarik balik pasport mereka.

Bahkan PPUM mendesak di atas kedegilan mereka tidak mahu pulang untuk berhadapan dengan perundangan negara, agar tindakan lebih drastik diambil oleh pihak Peguam Negara supaya tindakan mahkamah untuk melucutkan kewarganegaraan mereka dibuat.

Ini memandangkan mereka tiada lagi hormat kepada prinsip Rukun Negara dan Malaysia tidak perlu mempunyai warganegara seperti mereka lagi.

Isnin, 8 Disember 2014

#AFFSuzukiCup2014: Separuh Akhir Pertama #HarimauMalaya vs #Vietnam Dicemari Insiden Pergaduhan @KhairyKJ @zainolfadzi #FAM



Sukan merupakan satu medium bagi memupuk dan merapatkan hubungan diantara dua pihak sejak dari dahulu lagi.


Namun kini, semangat kesukanan tersebut mula dicemari apabila terdapat segelintir penyokong pasukan bertindak ganas apabila pasukan yang disokong kalah didalam satu-satu pertandingan.


Kekalahan 1-2 Malaysia ditangan Vietnam pada perlawanan bolasepak separuh akhir pertama piala AFF suzuki 2014 turut dicemari aksi ganas apabila ada dikalangan penyokong Harimau Malaya memukul dan membelasah penyokong Vietnam di Stadium Shah Alam, malam tadi.


Seperti sedia maklum, kalah dan menang adalah adat pertandingan. Sikap segelintir penyokong Malaysia yang terlibat dalam pergaduhan tersebut adalah amatlah memalukan negara.

Perlawanan timbal balik diantara kedua negara akan berlangsung di Stadium Hanoi Vietnam pada 11 Disember 2014. 


Dengan kejadian yang berlaku malam tadi, beranikah penyokong Harimau Malaya berada di Stadium Hanoi nanti untuk memberi sokongan kepada dan sorakan semangat kepada pasukan negara yang perlu menang untuk melayakkan diri kepusingan seterusnya?


Ramai rakyat Malaysia memuatnaik status di laman sosial mengutuk tindakan BODOH penyokong yang terlibat dalam insiden malam tadi.

Diharapkan pihak berkuasa dapat menyiasat dan mengadili mereka yang mencemar nama baik negara berdasarkan gambar-gambar yang dimuat naik di facebook, twitter dan laman sosial yang lain. 

Sabtu, 6 Disember 2014

@Azwanbro Bidas Tindakan Pemimpin Politik Minta Bantuan Luar Pertikai Perundangan Negara @NajibRazak @KhairyKJ #AktaHasutan #AnwarIbrahim #USA


Pemuda UMNO Malaysia membidas tindakan pemimpin politik tanahair yang meminta bantuan pemimpin luar dalam mengkritik sistem perundangan dan demokrasi yang diamalkan di negara ini.

Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun melalui kemaskini laman twitter miliknya berkata, bila ada pemimpin politik minta bantuan luar untuk pertikai sistem perundangan dan demokrasi negara, apakah prinsip politiknya?

Beliau berkata demikian berikutan twitter Naib Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden yang menyatakan kebimbangan pihaknya berikutan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengekalkan Akta Hasutan 1948.

Dengan mempergunakan hubungan baik antara kedua-dua negara, Biden mempertikai keputusan Perdana Menteri mengekalkan Akta Hasutan yang menurutnya sebagai satu cara kerajaan menyekat pembangkang selain cuba mempengaruhi keputusan rayuan kes liwat Ketua Pembangkang.

“Ketika hubungan antara Amerika Syarikat-Malaysia berkembang, penggunaan sistem perundangan dan Akta Hasutan oleh kerajaan Malaysia untuk menyekat pembangkang menimbulkan persoalan tentang kedaulatan undang-undang,” katanya.

Biden juga mahu Malaysia membuktikan ketelusan sistem kehakiman dan perundangannya semasa membuat keputusan kes Liwat II melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.


“Kes rayuan Anwar Ibrahim peluang penting buat Malaysia membetulkan keadaan dan menunjukkan keyakinan terhadap sistem demokrasi dan badan kehakimannya,” katanya.

Anwar Ibrahim turut berkongsi twit Biden di laman facebook beliau dengan mengucapkan terima kasih atas sokongan Biden terhadap kes liwatnya.


Dalam twitter yang lain, Azwan menyifatkan Biden merupakan salah seorang pemimpin Amerika yang berjaya ditipu oleh Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya.

Rabu, 3 Disember 2014

@Azwanbro & #BrigedKesatriaMuda Ziarah Mangsa Banjir di Kuala Langat @NajibRazak @KhairyKJ @Armand_PJU #PemUDAUMNO


Kehadiran rombongan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairul Azwan Harun ke kawasan mangsa banjir di Daerah Kuala Langat mendapat sambutan yang baik daripada peduduk setempat. 


Beliau yang diiringi oleh Pengerusi Briged Kesatria Muda, Saudara Armand Azha, Ketua Pemuda UMNO Selangor Saudara Zainuri dan Pemuda UMNO Bahagian Sepang diberi taklimat oleh Bilik Gerakan Banjir Rancangan Tanah Belia Bukit Changgang (RTBBC) dan Bilik Gerakan Banjir Dewan Bukit Changgang.


Azwan meluangkan masa beramah mesra dan turut menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Pusat Pemindahan Bukit Changgang dan Balai Raya Bukit Serdang.

Selain berkunjung ke pusat pemindahan, beliau turut melawat rumah-rumah penduduk sekitar bagi meninjau keadaan semasa mangsa-mangsa banjir yang telah dibenarkan pulang.

Mengikut laporan harian pemantauan Bencana Banjir Negeri Selangor bertarikh 03 Disember 2014 pada jam 4 petang tadi, paras air di beberapa sungai utama mencatatkan paras normal kecuali Sg Bernam dan Sg Selangor di Rantau Panjang

Sehingga kini, terdapat 7 pusat pemindahan mangsa banjir, 5 di Daerah Kuala Langat dan 2 di Daerah Hulu Selangor.

Jumlah keseluruhan mangsa terlibat yang dipindahkan berkurangan kepada seramai 380 orang dari 116 Keluarga.

DAERAH KUALA LANGAT

Keluarga: 52
Mangsa: 154
(Mangsa berkurangan)

Pecahan spt berikut:

1. Dewan Genting Sanyen

Keluarga: 25
Mangsa: 69

(Mangsa Kekal)

2. Dewan Orang Ramai Bukit Changgang

Keluarga: 17
Mangsa: 42

(Mangsa kekal)

3. Dewan Balai Raya Bukit Serdang

Keluarga: 7
Mangsa: 32

(Mangsa Kekal)

4. Balai Raya Org Asli Bkt Tadom
(Akan ditutup jika tiada hujan hari ini)

Keluarga: 0
Mangsa: 0
(Mangsa tiada)

5. SK RTB Bkt Changgang 

Keluarga: 3
mangsa: 11
(Mangsa berkurangan)

DAERAH HULU SELANGOR

Jumlah Keluarga; 64
Jumlah Mangsa: 226
(Mangsa berkurangan)

Pecahan:

1. SK Hulu Bernam

Keluarga: 6
Mangsa :10
(Mangsa kekal)

2. Dewan PLKN Geo Kosmo

Keluarga: 58
Mangsa:216
(Mangsa berkurangan)

Selasa, 2 Disember 2014

@PDRMsia Terima 24 Laporan Penganjuran Majlis Makan Malam Perajurit #PKM @NajibRazak @azwanbro


Gambar Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu di kain tentang pemberitahuan Majlis Makan Malam mengingati perjuangan Chin Peng dan Parti Komunis Malaya (PKM) yang berlangsung 29 Nov lalu di Pulau Pinang.
Kira-kira 800 orang dipercayai keluarga dan bekas anggota PKM dari Malaysia dan Thailand menghadiri majlis makan malam anjuran Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 Malaysia itu pada 29 Nov lepas.

Jumlah 800 orang seperti dilaporkan di atas bukan satu jumlah yang kecil. Kita berharap pihak polis mengadakan siasatan terperinci berkaitan penganjuran majlis seumpama itu yang berlaku di Pulau Pinang di bawah pentadbiran DAP.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A. Thaiveegan mengakui pihaknya telah menerima 24 laporan berhubung majlis makan malam perajurit Parti Komunis Malaya (PKM) di Dewan Serbaguna Taman Chai Leng, Perai dekat sini Sabtu lepas.

Tambah beliau lagi, pihak polis berjaya mengenal pasti beberapa individu yang terlibat dalam penganjuran majlis itu.

Beliau berkata laporan itu dibuat bagi menyatakan kebimbangan orang ramai berhubung kain rentang pemberitahuan majlis berkenaan yang meletakkan gambar pemimpin parti PKM, Chin Peng.

"Perbuatan ini boleh mengelirukan rakyat dan kemungkinan besar menyebabkan ketakutan atau kegusaran kepada orang awam dan kemungkinan mendorong melakukan sesuatu yang boleh memudaratkan ketenteraman awam.

"Penganjur dan mereka yang terlibat dalam penganjuran majlis ini akan dipanggil untuk dirakam percakapan dan membantu dalam siasatan," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Mengenai individu yang akan dipanggil, Thaiveegan berkata pihaknya mempunyai nama individu yang terlibat, namun enggan mengulas lanjut.

"Kita akan menghubungi mereka secara terus...ramai juga yang terlibat, jadi kita kena siasat," katanya.


Chin Peng merupakan bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), meninggal dunia dalam buangan di Bangkok pada 16 September 2013 lalu.

Chin Peng dilahirkan pada 21 Oktober 1924. 

Pihak pembangkang termasuk Anwar Ibrahim mendesak kerajaan agar membenarkan abu mayatnya dibawa masuk untuk disemadikan di Malaysia.

Namun, kerajaan tidak membenarkan mana-mana pihak termasuk keluarga beliau untuk membawa masuk mayat ataupun abu mayat mendiang berikutan pelbagai peristiwa berdarah yang dicetuskannya sepanjang memimpin PKM.

Sewajarnya rakyat gusar dengan cubaan segelintir pihak mengiktiraf kekejaman Komunis dengan menganggap mereka sebagai perajurit dan menganjurkan pula majlis makan malam bagi memperingati mereka yang telah menyiksa dan membunuh ratusan rakyat tidak berdosa satu ketika dahulu.

Khairul Azwan Harun pada September 2013 yang lalu, bersetuju dengan keputusan kerajaan tidak membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa masuk ke Malaysia.

Isnin, 1 Disember 2014

Pengapungan Terkawal Harga #RON95 & #Diesel, Rakyat Perlu Bersikap Positif - #NKPUM @azwanbro @NajibRazak @MuhyiddinYassin @KhairyKJ


Bermula selepas jam 12 malam tadi, kerajaan telah pun melaksanakan kaedah pengapungan terkawal bagi harga runcit RON95 dan Diesel bergantung kepada harga pasaran antarabangsa.

Ianya menyaksikan harga runcit RON97 turun sebanyak sembilan sen seliter kepada RM2.46 seliter dan harga runcit RON95 pula turun empat sen seliter kepada RM2.26 seliter manakala Diesel naik 3 sen seliter kepada RM2.23 seliter.

Keputusan mengapungkan harga runcit bahan bakar tersebut diambil berikutan rungutan orang ramai yang menyatakan harganya yang mahal dan membebankan rakyat.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berkata, rakyat mahukan formula baru yang akan mengurangkan harga minyak,dan itulah yang telah dilakukan oleh kerajaan.

“Kami tahu di masa lalu, kerajaan memberi subsidi yang tinggi kerana tidak mahu mengapungkan harga minyak, tetapi orang ramai merungut mengenai harga minyak yang tinggi sedangkan harga pasaran dunia, jatuh.

“Jadi mengapa, ketika harga minyak dunia jatuh, kita mengeksploitasi situasi yang akan menyaksikan kita membayar kurang untuk harga petrol?” katanya.

Tambah beliau, rakyat tidak sepatutnya memanipulasi atau mengelirukan diri sendiri kerana pengapungan harga minyak mengikut harga pasaran antarabangsa bertujuan memastikan rakyat membayar harga yang munasabah dan ianya tidak akan meningkatkan kos hidup kita.

Melalui kaedah ini, kerajaan dijangka akan mempertimbangkan subsidi bersasar berdasarkan pendapatan sekiranya harga pasaran minyak kembali meningkat sebagai satu langkah membantu golongan berpendapatan rendah dan pertengahan menangani kenaikan kos sara hidup.

“Daripada apa yang saya faham, oleh kerana ia pengapungan terkawal, apabila harga minyak dunia tiba-tiba naik melebihi paras yang ditetapkan oleh kerajaan, maka kerajaan akan kembali memberi subsidi.

“Itulah masanya kerajaan terpaksa menggunakan wang negara untuk memberi subsidi tetapi sebelum itu, kita dapat menjimatkan wang dan wang itu akan disalurkan untuk keperluan lain yang memberi manfaat kepada negara.”

“Selama ini kita merungut mengenai harga minyak, jadi mengapa apabila ada satu mekanisme baru yang mungkin akan memberi untung, kita sudah mula membuat rumusan bahawa ia akan mempunyai implikasi negatif?

Menurut Azwan, masalahnya disebabkan oleh generasi muda yang terlalu idealistik sehingga mereka membuat rumusan sendiri sebelum tahu apa yang akan berlaku.

“Apa kata kita cuba dahulu, kemudian baru kita boleh merungut atau mengkritik,” ujarnya.

Bermula jam 12 malam tadi, harga runcit RON97 turun sebanyak sembilan sen seliter kepada RM2.46 seliter dan harga runcit RON95 pula turun empat sen seliter kepada RM2.26 seliter. 
Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hasan Malek. 
Menurut Hasan harga baharu ini akan berkuat kuasa hanya untuk Disember.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..