Selasa, 2 Disember 2014

@PDRMsia Terima 24 Laporan Penganjuran Majlis Makan Malam Perajurit #PKM @NajibRazak @azwanbro


Gambar Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu di kain tentang pemberitahuan Majlis Makan Malam mengingati perjuangan Chin Peng dan Parti Komunis Malaya (PKM) yang berlangsung 29 Nov lalu di Pulau Pinang.
Kira-kira 800 orang dipercayai keluarga dan bekas anggota PKM dari Malaysia dan Thailand menghadiri majlis makan malam anjuran Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 Malaysia itu pada 29 Nov lepas.

Jumlah 800 orang seperti dilaporkan di atas bukan satu jumlah yang kecil. Kita berharap pihak polis mengadakan siasatan terperinci berkaitan penganjuran majlis seumpama itu yang berlaku di Pulau Pinang di bawah pentadbiran DAP.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A. Thaiveegan mengakui pihaknya telah menerima 24 laporan berhubung majlis makan malam perajurit Parti Komunis Malaya (PKM) di Dewan Serbaguna Taman Chai Leng, Perai dekat sini Sabtu lepas.

Tambah beliau lagi, pihak polis berjaya mengenal pasti beberapa individu yang terlibat dalam penganjuran majlis itu.

Beliau berkata laporan itu dibuat bagi menyatakan kebimbangan orang ramai berhubung kain rentang pemberitahuan majlis berkenaan yang meletakkan gambar pemimpin parti PKM, Chin Peng.

"Perbuatan ini boleh mengelirukan rakyat dan kemungkinan besar menyebabkan ketakutan atau kegusaran kepada orang awam dan kemungkinan mendorong melakukan sesuatu yang boleh memudaratkan ketenteraman awam.

"Penganjur dan mereka yang terlibat dalam penganjuran majlis ini akan dipanggil untuk dirakam percakapan dan membantu dalam siasatan," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Mengenai individu yang akan dipanggil, Thaiveegan berkata pihaknya mempunyai nama individu yang terlibat, namun enggan mengulas lanjut.

"Kita akan menghubungi mereka secara terus...ramai juga yang terlibat, jadi kita kena siasat," katanya.


Chin Peng merupakan bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), meninggal dunia dalam buangan di Bangkok pada 16 September 2013 lalu.

Chin Peng dilahirkan pada 21 Oktober 1924. 

Pihak pembangkang termasuk Anwar Ibrahim mendesak kerajaan agar membenarkan abu mayatnya dibawa masuk untuk disemadikan di Malaysia.

Namun, kerajaan tidak membenarkan mana-mana pihak termasuk keluarga beliau untuk membawa masuk mayat ataupun abu mayat mendiang berikutan pelbagai peristiwa berdarah yang dicetuskannya sepanjang memimpin PKM.

Sewajarnya rakyat gusar dengan cubaan segelintir pihak mengiktiraf kekejaman Komunis dengan menganggap mereka sebagai perajurit dan menganjurkan pula majlis makan malam bagi memperingati mereka yang telah menyiksa dan membunuh ratusan rakyat tidak berdosa satu ketika dahulu.

Khairul Azwan Harun pada September 2013 yang lalu, bersetuju dengan keputusan kerajaan tidak membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa masuk ke Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..