Bermula selepas jam 12 malam tadi, kerajaan telah pun melaksanakan kaedah pengapungan terkawal bagi harga runcit RON95 dan Diesel bergantung kepada harga pasaran antarabangsa.
Ianya menyaksikan harga runcit RON97 turun sebanyak sembilan sen seliter kepada RM2.46 seliter dan harga runcit RON95 pula turun empat sen seliter kepada RM2.26 seliter manakala Diesel naik 3 sen seliter kepada RM2.23 seliter.
Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berkata, rakyat mahukan formula baru yang akan mengurangkan harga minyak,dan itulah yang telah dilakukan oleh kerajaan.
“Kami tahu di masa lalu, kerajaan memberi subsidi yang tinggi kerana tidak mahu mengapungkan harga minyak, tetapi orang ramai merungut mengenai harga minyak yang tinggi sedangkan harga pasaran dunia, jatuh.
“Jadi mengapa, ketika harga minyak dunia jatuh, kita mengeksploitasi situasi yang akan menyaksikan kita membayar kurang untuk harga petrol?” katanya.
Tambah beliau, rakyat tidak sepatutnya memanipulasi atau mengelirukan diri sendiri kerana pengapungan harga minyak mengikut harga pasaran antarabangsa bertujuan memastikan rakyat membayar harga yang munasabah dan ianya tidak akan meningkatkan kos hidup kita.
Melalui kaedah ini, kerajaan dijangka akan mempertimbangkan subsidi bersasar berdasarkan pendapatan sekiranya harga pasaran minyak kembali meningkat sebagai satu langkah membantu golongan berpendapatan rendah dan pertengahan menangani kenaikan kos sara hidup.

“Daripada apa yang saya faham, oleh kerana ia pengapungan terkawal, apabila harga minyak dunia tiba-tiba naik melebihi paras yang ditetapkan oleh kerajaan, maka kerajaan akan kembali memberi subsidi.
“Itulah masanya kerajaan terpaksa menggunakan wang negara untuk memberi subsidi tetapi sebelum itu, kita dapat menjimatkan wang dan wang itu akan disalurkan untuk keperluan lain yang memberi manfaat kepada negara.”
“Selama ini kita merungut mengenai harga minyak, jadi mengapa apabila ada satu mekanisme baru yang mungkin akan memberi untung, kita sudah mula membuat rumusan bahawa ia akan mempunyai implikasi negatif?
Menurut Azwan, masalahnya disebabkan oleh generasi muda yang terlalu idealistik sehingga mereka membuat rumusan sendiri sebelum tahu apa yang akan berlaku.
“Apa kata kita cuba dahulu, kemudian baru kita boleh merungut atau mengkritik,” ujarnya.
Bermula jam 12 malam tadi, harga runcit RON97 turun sebanyak sembilan sen seliter kepada RM2.46 seliter dan harga runcit RON95 pula turun empat sen seliter kepada RM2.26 seliter.
Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hasan Malek.
Menurut Hasan harga baharu ini akan berkuat kuasa hanya untuk Disember.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.
Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.