Sabtu, 30 November 2013

USTAZ KAZIM ELIAS DILANTIK AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO SESSI 2013 - 2016

Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah melantik sembilan ahli Majlis Tertinggi (MT) tambahan sebagai melengkapkan jumlah barisan MT sesi 2013-2016.

Pengumuman tersebut telah dibuat oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam sidang media semalam.

“MT lantikan ini akan dapat beri input baik kepada parti dan akan bergerak bersama barisan MT yang lain dan mereka juga akan dijemput untuk turut serta dalam mesyuarat MT akan datang dan akan mengangkat sumpah,” katanya.

Berikut adalah senarai MT tambahan:

1. Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz

2. Datuk Hamzah Zainudin

3. Datuk Mohd Shakar Samsudin

4. Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

5. Datuk Irmohizam Ibrahim

6. Datuk Johari Abdul Ghani

7. Prof Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah

8. Dr. Asyraf Wajdi Dusuki

9. Ustaz Mohammad Kazim Elias

Perlantikan Ustaz Kazim menimbulkan pelbagai persepsi masyarakat termasuk cemuhan dan makian dari pihak-pihak tertentu termasuk pemimpin serta penyokong Pakatan Rakyat.


Kenyataan terkini beliau setelah dilantik ke jawatan tersebut.


Subhanallah.. Saya pun terkejut saya dilantik, belum apa2 dah kena maki.. Alhamdulillah, salah ke kalau orang lain minta nasihat? Saya ni sentiasa berlapang dada,jgnlah tuduh tanpa melihat secara halus..Apa yg kita sangka ttg orang lain kadang2 itulah dlm jiwa kita.Berhati2 la dlm berbicara.Apa tuan2 ingat saya kemaruk wang, kuasa pangkat?Apa salahnya doakan yg terbaik, bila takde org agama dikata teruk bila org agama dijemput pun dikata teruk, sy tak faham.Kalau tak tau apa2 alangkah baik kalau diam..Esok saya akan adakan sidang akhbar khas di PPR Setapak, dgr penjelasan saya..Dlm hal ini sepatutnya bg pandangan atau nasihat bukan maki hamun fitnah n cacian..Bab bersara dr ceramah, berkali2 sy cakap bila masa saya nak berhenti berdakwah, dakwah sgt luas cuma saya kata sy nak tumpu pd sekolah dan berdakwah dgn media spt tv radio dll.. Salah ke sy nak berdakwah di sekolah?Bc la sampai habis apa sy ckp dlm cd, ceramah dn fb saya..Terlalu banyak yg jemput ceramah malah ada yg booking bertahun, semua kena kira termasuk kesihatan saya.Bab lantikan MT UMNO ni baru sgt sy dijemput, diminta bantu apa yg patut utk Islam..tu pun jadi masalah., jd isu?Saya ada prinsip saya, tak pernah dgr ceramah saya tp nak komen lebih2,,Esok saya akan dapatkan apa bentuk lantikan yg diberi pd saya n saya jugak kena jaga byk perkara dr keluarga, sekolah, kuliah2 saya, anak murid saya, pengikut kuliah sy dll.Bagi anda yg betul ikhlas dlm memperjuangkan Islam boleh dengar apa saya cakap selepas saya berbincang spt yg saya sebutkan tadi.. 30hb jam 9mlm di PPR Setapak.Semoga Allah merahmati kita semua,terima kasih atas kata2 yg sgt manis dlm komen anda sebelum ini.Jgn lah menilai hati org,kita tak tahu apa dlm hati org, Allah yg menilai bukan kita. Wassalam.FB Ustaz Kazim Elias 

Semoga perlantikan Ustaz Kazim serta Prof Madya Dr Asyraf Wajdi Dusuki dapat membawa perubahan besar pada parti UMNO. Kita lihat sejauh mana impak perubahan yang akan dibawa oleh dua tokoh agama ini.

Menurut Tengku Adnan, surat perlantikan telah pun edarkan semalam dan mereka akan mengangkat sumpah pada 4hb Disember nanti. "Status mereka adalah sama dengan MT yang dipilih perwakilan.

"Mereka akan menghadiri mesyuarat khas Majlis Tertinggi selepas Persidangan Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri pada malam 4 Disember ini," katanya.

Pada mesyuarat pertama MT minggu lepas, Najib mengumumkan pelantikan empat pemimpin sayap parti sebagai ahli tambahan kepada 25 MT yang menang dalam pemilihan iaitu Naib Ketua Wanita Datuk Azizah Mohd Dun; Penolong Setiausaha Wanita Datuk Rosni Sohar; Naib Ketua Pemuda Khairul Azwan Harun dan Naib Ketua Puteri Zahida Zarik Khan.

Selain itu, tujuh Menteri Besar yang tidak bertanding jawatan MT pada pemilihan Umno akan dijemput menghadiri mesyuarat MT tetapi tidak dilantik untuk jawatan berkenaan.

. YPS tertarik dengan ketegasan UKE dalam ceramah-ceramah beliau bila membicarakan hukum-hukum Allah S.W.T, berlandaskan Al Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. Agak-agak ada tak pemimpin-pemimpin atau pun Pak Menteri yang panas nanti? 

Isnin, 25 November 2013

20 FAKTA MENARIK TENTANG ISLAM

Muhammad-Nama-Paling-Populer-di-Inggris
1.  Nama yang Paling Banyak Diguna di Dunia adalah “Muhammad” disusuli dengan nama “Jack”

2. Albania merupakan negara satu-satunya di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam
Image
3. Perkataan-perkataan berikut ini adalah berasal dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan `Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl, yang mempunyai erti “bubuk” yang kemudiannya diserap ke dalam bahasa Inggeris.
4. Beberapa ayat di dalam Al-Qur’an menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dan wanita (secara perhitungan matematik). Kata “Lelaki” dan “Wanita” di dalam Al-Qur’an sama-sama berjumlah 24
5. Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia menurut banyak sumber, dijangkakan akan menjadi agama nombor 1 di dunia pada tahun 2030
6. Para astronaut telah menemukan bahawa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi yang berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka’Bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infiniti (tidak berakhir), radiasi tersebut menembus planet mars dan masih berlanjutan. Peneliti mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka’Bah di di planet Bumi dengan Ka’bah di alam akhirat.

7. Pemeluk Islam bertambah 2,9% per tahun. Pertumbuhan ini lebih cepat dibandingkan dengan pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2,3% per tahun.
8. Berdasarkan data dari Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Dianggarkan seramai 15,000 orang yang beragama Islam berkhidmat dalam US Militari ( Stats 1997).
9. Seramai 8 juta orang Muslim yang kini ada di AS dan 20.000 orang AS masuk Islam setiap tahun setelah peristiwa 9/11
10. Jasad Nabi Muhammad S.A.W pernah ingin dicuri 2 kali, namun kedua2nya gagal dan salah satu yang mencuri dihilangkan oleh Allah dari bumi
11. Al Qur’an adalah satu-satunya kitab suci yang boleh dihafal jutaan manusia (Hafidz/penghafal Al Qur’an) sehingga keaslian/kesuciannya selalu terjaga.
12. Jika agama lain mempunyai lebih dari 4 versi kitab suci yang berbeda satu dengan lainnya, maka Al Qur’an hanya ada satu dan tak ada pertentangan di dalamnya:
13. Jikalau sekarang Al-Qur’an dihancurkan, maka versi arab dari Al-Qur’an akan segera direcover oleh jutaan muslim, yang disebut “Huffaz” yang telah menghafalkan kata-kata di dalam Al-Qur’an dari mulai awal sampai dengan akhir ayat.

14. Kata-kata terakhir Nabi Muhammad S.A.W sebelum wafat adalah “Ummatii… ummatii…ummatii”yang mengungkapkan betapa besar cinta Baginda kepada umatnya.
15. Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulullah S.A.W menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar bersama para sahabat, setelah sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama 16 bulan.
16. Sebanyak 23 kali perang semasa Rasulullah memimpin, hanya sekali kekalahan yang di derita kaum muslimin, yakni, Perang Uhud.
17. Musa A.S adalah nama yang paling sering disebut dalam Al-Qur’an, sedangkan Maryam adalah satu2nya nama perempuan yang disebut dalam Al-Qur’an.
18. Semua anak baginda Rasulullah S.A.W, yakni, Al-Qasim, Abdullah dan Ibrahim, meninggal kurang lebih pada usia 2 tahun. Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru.
19. Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.
20. Al Khawarizmi (matematik), Jabir Ibn Hayyan (kimia), Ibnu Khaldun (sosiologi dan sejarah), Ibnu Sina (kedoktoran), Ar Razi (kedoktoran), Al Biruni (fizik), Ibnu Batutah (antropologi) adalah contoh dari ratusan cendikiawan muslim yang menjadi rujukan dalam ilmu pengetahuan moden.

ROGOL DAN SAMUN: PEMANDU IZZAH DISIASAT POLIS



KUALA LUMPUR – Pemandu kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar kini disiasat berhubung aduan rogol dan samun oleh seorang wanita warga Indonesia semalam.

Menurut sumber, mangsa yang dalam lingkungan 30-an dan bekerja sebagai pembantu rumah telah dibawa keluar oleh pemandu berkenaan bersama seorang lagi lelaki ke sebuah rumah di Cheras sebelum diberikan sebatang rokok untuk dihisap.

Mangsa yang mendakwa pening selepas diarahkan menghisap rokok itu kemudiannya mengadu dirogol oleh suspek dan seorang lagi rakannya.

Selain dirogol, mangsa juga mendakwa turut dipukul dan telefon bimbit, pasport serta sejumlah wang telah dilarikan suspek.

Mangsa telah diselamatkan oleh orang awam dan dibawa ke balai polis untuk membuat laporan.

Kes sedang disiasat untuk tindakan lanjut. 


Ahad, 24 November 2013

TAHNIAH!!! @AzwanBro dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO

Sekalung TAHNIAH buat Saudara Khairul Azwan Dato' Harun kerana dilantik menganggotai Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada mesyuarat MT pertama yang dipengerusikan oleh YAB Presiden Dato Seri Mohd Najib Razak.

Selain Azwan turut dilantik adalah Naib Ketua Wanita, Datuk Azizah Muhd Dun serta Naib Ketua Puteri Saudari Zahida Zarik juga dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi bersama-sama Setiausaha Pergerakan Wanita, YB Datuk Rosni Sohar.

Sementara YB Datuk Seri Tunku Adnan Mansor kekal sebagai Setiausaha Agung UMNO, begitu juga YB  Dato Seri Husni Hanadzlah kekal sebagai Bendahari dan Ketua Penerangan masih lagi YB Datuk Ahmad Maslan.

Mesyuarat juga telah membentuk 2 Jawatankuasa iaitu JK Penambahbaikan Pemilihan UMNO yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Presiden serta JK Khas Bantahan berkaitan pemilihan yang baru berlangsung, akan dipengerusikan oleh Tan Sri Azmi Khalid. Manakala 9 lagi lantikan Majlis Tertinggi akan diumumkan dalam mesyuarat MT yang akan datang.

YAB Presiden juga mengumumkan senarai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri yang baru.


Perlis
Pengerusi 
Datuk Seri Shahidan Kassim
Timbalan Pengerusi 
Tuan Azlan Bin Man.

Kedah
Pengerusi
Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir
Timbalan Pengerusi
 Datuk Paduka Ahmad Bashah.

Pulau Pinang
Pengerusi
Datuk Zainal Abidin Osman
Timbalan Pengerusi
Datuk Reezal Merican Naina Merican
Perak
Pengerusi
 Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir
Timbalan Pengerusi
 Datuk Seri Ahmad Husni

 Selangor
Pengerusi
 Datuk Seri Noh Omar
Timbalan Pengerusi 
 Datuk Abdul Shukor Idrus

 Wilayah Persekutuan
Pengerusi 
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Timbalan Pengerusi 
 Datuk Raja Nong Chik

Negeri Sembilan
Pengerusi
 Datuk Seri Utama Mohamad Hasan
Timbalan Pengerusi 
 Datuk Hasan Malek

Melaka
Pengerusi 
 Datuk Idris Haron
Timbalan Pengerusi 
 Datuk Wira Haji Abdul Ghaffar Atan

Johor
Pengerusi 
 Datuk Seri Mohd Khalid Nordin
Timbalan Pengerusi 
 Datuk Seri Dr. Latif Ahmad

 Pahang
Pengerusi 
 Datuk Seri Adnan Yaakob
Timbalan Pengerusi
 Datuk Haji Mohd Shakar Shamsudin

Terengganu
Pengerusi
Datuk Seri Ahmad Said
Timbalan Pengerusi
 Datuk Jailani Johari

Kelantan
Pengerusi 
 Datuk Seri Mustafa Mohamed
Timbalan Pengerusi 
 Datuk Awang Adek

Sabah
Pengerusi 
 Datuk Seri Panglima Musa Aman
Timbalan Pengerusi 
 Datuk Seri Panglima Saleh Said Keruak1

Rabu, 20 November 2013

DATUK ABU BAKAR CHIK: PAS AKAN BASUH TAHI KARPAL

KUALA TERENGGANU – “Karpal memang buat tahi,” demikian reaksi Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Abu Bakar Chik berhubung kenyataan terbaru Pengerusi DAP, Karpal Singh yang dikatakan menyinggung perasaan ahli dan pemimpin Pas.

Menurut Abu Bakar, Karpal telah melakukan perkara yang tidak betul apabila mencadangkan supaya  pendaftaran parti politik dan badan profesional berdasarkan agama dan kaum termasuk Pas, dibatalkan kerana membahayakan negara.

Malah, beliau turut bersetuju dengan pendedahan dibuat Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob kerana sememangnya Karpal membuat kenyataan itu, bukan diputar belit mana-mana pihak.

“Memang dia (Karpal) buat tahi, tapi insya-Allah kita akan basuh..kita tidak mabuk dengan tahi dia,” katanya dalam sidang media di pejabat Pas negeri, di sini semalam.

SUMBER Sinar Harian.

Pemuda Pas juga menyifatkan kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menyebut pemimpin Pas tidak faham bahasa Inggeris sebagai angkuh.

Selanjutnya di SINI

UMNO YANG SALAH, KARPAL TIDAK PERLU MINTA MAAF - PENGERUSI DAP JOHOR

Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau mempertahankan tindakan Pengerusi DAP Karpal Singh untuk tidak membuat permohonan maaf secara terbuka kepada PAS.Katanya kenyataan pemimpin tersebut mengenai parti politik tidak harus berasaskan kaum dan agama sebenarnya tidak ditujukan kepada PAS.Bagamanapun, beliau berkata semua rakyat di negara ini termasuk ahli PAS sepatutnya menghormati Karpal yang memperjuangkan kesamaan hak tanpa membezakan agama dan kaum."Saya percaya dia (Karpal) meluahkan kebimbangan beliau memandangkan situasi parti politik dibezakan mengikut perkauman dan agama. Sekiranya ia berterusan maka terdapat jurang besar yang berlaku kepada rakyat negara ini yang terdiri daripada pelbagai pegangan agama dan etnik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.Menurut Dr Boo, PAS melakukan usaha terpuji dalam mendekati masyarakat agama lain dengan menubuhkan satu sayap parti bagi kelab bukan Islam."Bagaimanapun, usaha mendekatkan jurang tersebut masih lagi jauh sekiranya parti-parti politik, badan-badan profesional dan organisasi perniagaan tetap berdasarkan bangsa dan garis-garis agama," katanya.Pada masa yang sama beliau turut menyatakan kekesalan apabila wujudnya cubaan tertentu daripada pihak dalam PAS sendiri yang bertindak merumitkan keadaan mengenai isu tersebut."Adalah dikesali melihat ada pihak-pihak tertentu dalam PAS yang tunduk dengan kata-kata retorik nasionalis UMNO daripada cuba mengemukakan penyelesaian merapatkan perpaduan," katanya.Sebelum ini Karpal dikecam banyak pihak gara-gara kenyataannya yang mahu pendaftaran parti politik berasaskan agama dan kaum dibatalkan.Ekoran itu, Dewan Pemuda PAS menuntut Karpal memohon maaf kepada parti Islam itu dengan memberi tempoh lima hari kepada rakannya dalam Pakatan Rakyat (PR) itu.Pemuda PAS juga turut mengedarkan transkrip penuh kenyataan media yang dibuat Karpal di Pulau Pinang pada 5 November 2013.Karpal dalam kenyataannya pula menafikan ucapan beliau berniat supaya PAS membatalkan pendaftaran parti itu sambil berkata ia ditujukan kepada Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) yang mengugut Majlis Peguam berhubung isu penggunaan kalimah Allah dalam akhbar mingguan Katolik, Herald. 
YPS ~ UMNO pulak yang salah??? Ini satu lagi cubaan melagakan PAS dan UMNO.

ISU TUNTUTAN #COMANGO: CUBAAN ANWAR ALIHKAN PERHATIAN

Ketika semua masyarakat Islam dunia khususnya Malaysia sedang memberikan tumpuan serius terhadap tuntutan Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (COMANGO), Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat cuba mengalih perhatian masyarakat dengan mengadakan sidang akhbar bagi membangkitkan isu lain.

Bertempat di Parlimen semalam, dia mengatakan kerajaan Barisan Nasional, pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak takut untuk mengkritik Amerika Syarikat ekoran dakwaan berhubung kegiatan intipan yang dilakukan. 

KONONNYA atas dasar prihatin, dia mendesak kerajaan Malaysia bangkit mempertikaikan tindakan tidak bertanggungjawab itu. Apakah benar beliau prihatin???

Jika sekiranya benar dia prihatin terhadap isu-isu dan permasalahan negara, kita cabar Anwar menyatakan pendirian membantah tuntutan yang dikemukakan COMANGO

Bukankah isu tersebut juga sama pentingnya, tambahan ianya menyentuh sensitiviti agama Islam? Atau mungkin Anwar juga turut bersetuju dengan tuntutan yang dikemukakan COMANGO?

Laporan oleh COMANGO antaranya menuntut PBB mendesak Kerajaan Malaysia supaya menandatangani dan patuh pada Perkara 18 International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR) yang menjamin hak untuk bebas beragama termasuklah dikalangan orang Islam.

Dengan demikian sebarang kekangan undang-undang atau Perlembagaan yang sebelum ini menghalang penyebaran agama lain kepada umat Islam tidak lagi boleh dilaksanakan sekaligus menghalalkan usaha-usaha memurtadkan umat Islam di negara ini.

COMANGO juga secara spesifik mendesak Seksyen 377A Kanun Keseksaan berkaitan jenayah liwat dan enakmen-enakmen jenayah syariah yang bertujuan menyekat gejala LGBT, murtad serta penyebaran ajaran Syiah dimansuhkan.

Anwar juga pernah mendesak agar undang-undang dibawah Seksyen 377A, 377B dan 377C Kanun Keseksaan ini dihapuskan kerana menurut beliau undang-undang tersebut sudah lapuk. [Rujuk di sini]

Selain itu turut dipertikaikan mengenai Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan berkaitan hak-hak istimewa kaum Melayu yang dikatakan bersifat perkauman atau dengan kata lain setiap rakyat Malaysia mempunyai hak sama rata, sama seperti diperjuangkan oleh DAP.


Semua tuntutan COMANGO ini dilakukan atas nama ‘hak asasi manusia’ dan seperti biasa tiada suara bantahan kedengaran dari kalangan pemimpin pakatan pembangkang dalam isu ini. 

Masing-masing seperti bersetuju dengan COMANGO barangkali kerana perjuangan ‘hak asasi manusia’ ala barat ini sudah sebati dengan mereka. Malah, anak perempuan Anwar, Nurul Izzah sebelum ini pernah mengatakan dengan penuh keyakinan bahawa tuntutan COMANGO itu tidak membahayakan negara.

Kerajaan sebelum ini memberikan jaminan tidak teragak-agak mengambil tindakan ke atas mana-mana anasir yang cuba menjejaskan keharmonian dan mencabar Perlembagaan Persekutuan termasuklah COMANGO. [sini]

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan NGO yang diketuai oleh Gabungan pertubuhan-pertubuhan Islam Dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (MuslimUPRo) dilihat secara proaktif bagi mendesak tindakan terhadap COMANGO.

MuslimUPRo dikatakan akan menghantar memorandum kedua bagi mencadangkan penubuhan satu pasukan khas ke Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) bagi menangani isu Islamophobia dan isu hak asasi manusia yang terkeluar dari landasan Islam.

Delegasi MuslimUPRo sebelum ini telah memantau tuntutan yang dibuat oleh Comango termasuk dalam isu proses semakan berkala sejagat (UPR) ke atas Malaysia yang memasuki pusingan kedua melalui Majlis Hak Asasi Manusia PBB di Geneva, Switzerland pada 24 Oktober lalu.

MuslimUPRo dianggotai pertubuhan Islam utama negara antaranya Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Kesimpulannya, Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang, seharusnya lebih berani untuk tampil menyatakan pendiriannya berhubung tuntutan COMANGO yang bersifat biadap, mencabar undang-undang serta Perlembagaan Malaysia. 

Dalam isu kedutaan Australia menjadi risikan Amerika Syarikat ini, YPS yakin kerajaan Malaysia tetap akan bertindak tegas bagi menangani kepentingan dan keselamatan negara.

YPS ~ kalau fikir-fikirkan,

  • Anwar pernah mendapat layanan 'RED CARPET' sewaktu di Amerika Syarikat. Sedangkan ketika itu dia cuma Timb Perdana Menteri.
  • YPS tidak lupa juga yang YPS pernah bersama Pemuda UMNO Malaysia menghantar memorandum ke Kedutaan Australia bila Australia campurtangan dalam kes liwat Anwar

PANAS!!! PAS UGUT KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

PAS Pulau Pinang mengugut untuk menarik diri dan melepaskan semua jawatan dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang sekiranya terdapat campur tangan tertentu dalam hal ehwal Islam di sini.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Muhammad Fauzi Yusoff dalam sidang media khas yang diadakan di Safira Country Club, semalam.

Dalam sidang media tersebut, PAS Pulai Pinang membuat beberapa tuntutan, antaranya;

● Mereka menuntut supaya Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Salleh Man diberikan kuasa penuh dalam bidang tugas beliau.

Difahamkan, berlaku campur tangan yang tidak wajar oleh Exco Kerajaan Negeri dalam menetapkan jawatan Ahli-ahli Majlis MAINPP, pengerusi dan ahli lembaga pengarah untuk sesi pemilihan akan datang.

Fauzi berkata tindakan yang bertentangan dengan etika dan amat dikesali sekiranya benar.

● PAS mahu bilangan ahli majlis yang dilantik dalam Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) ditambah kuotanya dari dua kepada empat orang.

● Kesemua sayap parti meminta PAS supaya lebih bertegas dengan kerajaan negeri bagi memastikan posisi dan peranan yang dimainkan dalam pentadbiran lebih seimbang.

● Tindakan kerajaan negeri mengadakan perbincangan sesuatu dasar mahupun polisi tanpa membabitkan PAS menampakkan seolah-olah PAS seperti boneka, dan mereka tidak akan mengiktiraf mana-mana individu dari luar parti yang dilantik secara politik tanpa melalui perbincangan dan persetujuan Pas negeri.

● Menuntut PAS negeri diberi kuasa penuh untuk memilih dan melantik Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) di dua Parlimen dan enam Dun yang ditandingi Pas.

Segala surat-surat permohonan yang dihantar kepada kerajaan negeri tidak dijawab menyebabkan Badan Perhubungan PAS Negeri terpaksa menyuarakan permintaan itu menerusi sidang media.

“Jika tuntutan yang dibuat tidak diambil serius maka kami akan menarik diri dan meletak jawatan atau posisi jawatan malah akan kedudukan dalam pakatan pembangkang akan dikaji semula demi menjaga maruah dan prinsip parti,” katanya.

YPS tak tahu nak kata apa lagi. Dah kome rela jadi boneka, nak buat macam mane. 

Selasa, 19 November 2013

#ChineseDilemma: PANDANGAN CINA DARI CHINA TERHADAP CINA MALAYSIA

Pandangan ini adalah dari Ye Lin-Sheng yang berasal dari China tetapi seorang ahli perniagaan di Malaysia, Hong Kong dan Australia, Thailand, Singapura, Britain dan Amerika Syarikat.


Dalam buku Ye Lin-Sheng The Chinese Dilemma (East West Publishing, Australia, 2003), Ye Lin-Sheng menulis:

1.Pengiktirafan orang Cina:
“Orang Cina Malaysia mendapati mereka lebih mudah untuk menerima dominasi oleh orang-orang putih kerana mereka dapat memberi pengiktirafan terhadap kehebatan orang Barat. Tetapi Orang Cina Malaysia amat susah untuk menerima kehebatan orang Melayu kerana perasaan iri hati dan hasad dengki mereka bahawa Malaysia ini milik orang Melayu”

2.Keangkuhan orang Cina:
“Keangkuhan orang cina Malaysia telah membuatkan mereka sentiasa memandang rendah terhadap keupayaan orang Melayu, walhal ramai orang Melayu sebenarnya bekerja atau belajar lebih pandai dari kaum cina Malaysia ini. Perkara ini sudah lama saya perhatikan, kerana saya memiliki perniagaan di Malaysia dan telah bercampur dengan orang Cina Malaysia ini. Sikap mereka suka cakap belakang dan tekan orang Melayu adalah menjadi tabiat dan budaya mereka. Mana mana orang Cina Malaysia yang tidak menghina orang Melayu dikatakan kolot dan membelot bangsa cina”.

3.Perkauman orang Cina:
“Kejayaan orang Cina Malaysia hanya tercapai jika mereka dapat menindas orang Melayu dalam masa yang sama menggunakan kudrat dan kelebihan orang Melayu. Mereka juga tidak akan mengakui bahawa kepimpinan Melayu adalah sangat mahir, cekap serta bagus dalam pengurusan politik, ekonomi dan sosial. Cina jarang menyifatkan kejayaan Malaysia kepada orang Melayu. Apa yang ada diminda mereka adalah semua kejayaan di Malaysia ini kerana orang Cina. Mereka masih lagi mengamalkan ideologi komunis”.

4.Penghinaan orang Cina:
“Sampai hari ini, sesetengah orang Cina Malaysia masih menggunakan istilah menghina terhadap orang Melayu. Dalam dialek tertentu, orang Melayu dipanggil dengan nama yang bermakna ‘orang hutan’ atau ‘orang liar’. Maknanya, bangsa yang tidak bertamadun. Orang Cina yang memeluk Islam dikatakan ‘masuk Melayu’. Jarang ibu bapa Cina membenarkan anak mereka menjadi askar atau polis kerana anggap itu kerja kotor dan eksklusif kepada kaum Melayu”

5.Sikap negatif orang Cina:
“Kejayaan orang Melayu turut dipandang sinis. Ia biasanya dikaitkan dengan bantuan kerajaan atau hak istimewa yang diberi kepada mereka”

6.Isu Tuan Rumah:
“Siapakah tuan rumah negara Malaysia? Ia adalah orang Melayu selaku tuan rumah , dan orang Cina dan India sebenarnya hanyalah tetamu ataupun dipanggil menumpang kerana tiada tempat. Orang Cina Malaysia sepatutnya malu kerana telah datang secara asal untuk menjadi pekerja dan selepas diberi kerakyatan akhirnya mereka hendak merampas serta menindas tuan rumah. 

Sudahlah mereka datang dengan jumlah yang besar serta. Jika saya (Ye Lin-Sheng, penulis Buku) adalah orang Melayu, saya tidak akan membenarkan perlembagaan dan sosial kontrak dicabar. Saya akan merasakan maruah dan penghormatan saya akan tercabar. Orang Melayu sebenarnya sedang dijajah Cina"

“Tetapi itulah keistimewaan orang Melayu, mereka adalah bangsa yang bersopan santun dan seorang penyabar. Sudahlah mereka bersusah payah berjuang untuk membebaskan diri dari jajahan barat. Sekarang mereka perlu bersusah payah untuk merampas dari orang Cina yang memegang ekonomi pula.

Sepatutnya orang Cina yang perlu berbakti kepada orang Melayu kerana sudah diberi peluang mendapat kerakyatan, tetapi saya selaku orang asal dari China berasa malu dengan sikap bangsa saya yang tinggal di Malaysia.

Tidak ada perkataan yang dapat saya berikan kerana dasar orang cina terlalu keras, ekstrim serta perkauman. Kami sendiri orang yang tinggal di China tidak menerima ideologi Komunis, tetapi orang Cina di Malaysia lebih selesa untuk mengamal serta menyebarkan ideologi Komunis”.


TERKINI!!! REMAJA HILANG DITEMUI


Remaja, Izzat Izzudin Husin, 16, dilaporkan hilang Sabtu lalu telah ditemui di Flat Desa Mutiara, Johor Bahru, Johor, selepas tengah malam tadi. Polis telah merekod kenyataan Izzat dan 2 rakan, lelaki dan perempuan di Balai Polis Bandar Dato Onn.


Kehilangan Mohamad Izzat Izzudin Husin disedari ibunya, Norhayati Mohamad, 38, apabila dia tidak pulang ke rumah di Kampung Hajah Hasnah, Majidee, di sini, sejak keluar pada Sabtu.

"Norhayati kemudian menghubungi salah seorang daripada rakan Mohamad Izzat Izzudin lalu dimaklumkan bahawa remaja terbabit telah pergi ke rumah tersebut yang lebih dikenali sebagai 'Villa Nabila'.

Norhayati kemudian pergi mencari sendiri Izzat di villa tersebut sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Danga Bay.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, Supt Abdul Samad Salleh berkata sepasukan polis bersama unit anjing pengesan dan pasukan bomba digerakkan ke villa itu untuk melakukan operasi mengesan remaja terbabit, namun Izzat gagal ditemui.

Pihak Polis dijangka akan membuat sidang media khas memaklumkan penemuan remaja ini.


Isnin, 18 November 2013

#TangisanPasirSalak: BILA LAGI MAHU TAYANG???

NAMA, Jamal Lulkhir Jaludin, mungkin agak kurang dikenali dalam arena pengarahan televisyen mahupun layar perak.

Jamal yang juga pemilik syarikat produksi, Kay Broadcasting (M) Sdn Bhd, ini lebih sinonim dalam penghasilan dan pengarahan iklan.

Tampil mencabar diri dalam penghasilan dokumentari sejarah, Tangisan Pasir Salak, merupakan naskhah pertamanya.

Walaupun ia adalah cubaan pertama, dokumentari sejarah berdurasi 23 minit itu berjaya membawa kita dalam memahami penderitaan yang pernah dialami rakyat di daerah Pasir Salak, ketika zaman sebelum merdeka.

Menerusi majlis pratonton yang diadakan pada Jumaat lalu, bertempat di Kompleks Kejiranan Presint 16, Putrajaya, dokumentari itu ditayangkan secara eksklusif kepada media yang terpilih.

Dalam pada itu, Jamal juga turut berkongsi pengalaman dan beberapa perkara mengenai naskhahnya itu.

Selain kru produksi yang terlibat, majlis itu turut dihadiri Exco Kerajaan Negeri Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin.


Ikuti temu bual yang disusun bersama Zass.

Memandangkan ianya adalah naskhah pertama, adakah anda berpuas hati dengan penghasilan dokumentari ini?

Sejujurnya, saya berpuas hati dengan penghasilan dokumentari ini. Walaupun ianya bukanlah sesuatu yang mudah, namun penat lelah saya berbaloi setelah melihat karya ini yang turut dibantu beberapa rakan-rakan terdekat.

Boleh anda ceritakan sedikit mengenai karya ini?

Sebelum ini, saya tidak pernah terdetik untuk menghasilkan dokumentari sehinggalah beberapa rakan mencadangkan agar saya membongkar kisah-kisah yang kebanyakan generasi kini tidak tahu. Sebagai anak jati Pasir Salak, saya terpanggil untuk menghasilkannya. Ianya adalah kisah zaman penjajahan James WW Birch, yang turut mengorbankan tiga pahlawan Pasir Salak termasuk Datuk Maharajalela.
 
Dokumentari ini diterbitkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak.

Bagaimana pula dengan kos keseluruhan?

Memandangkan penghasilan dokumentari turut melibatkan kos yang tinggi, saya turut mendapatkan bantuan dana daripada Finas, sebanyak RM100,000 dan beberapa individu serta badan korporat lain. Ianya menelan kos hampir RM250,000 dan saya perlu menggunakan duit sendiri sebanyak RM50,000 untuk menampung jumlah yang ada.

Berapa lama masa yang diambil untuk menyiapkan dokumentari ini?

Saya mula membuat kajian pada 2010. Bermula tarikh itu, saya banyak menggunakan masa yang ada untuk mengkaji sejarah daerah ini serta mencari waris-waris yang ada. Pada mulanya, saya terfikir waris itu hanya berada di sekitar Perak sahaja, namun apa yang saya dapati, mereka turut berada di Johor dan negeri lain. Hampir dua tahun saya membuat kaji selidik dan pada 2012, barulah saya menjalani penggambaran. Selama dua minggu penggambaran, saya menyerahkan karya ini kepada Finas pada Jun lalu.

Bilakah dokumentari ini akan ditayangkan?

Saya tidak dimaklumkan mengenai tarikh tayangan kerana ianya bergantung kepada Finas. Namun, setelah menyerahkan karya ini pada Jun lalu, saya berharap agar Finas menayangkannya pada sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos lalu. Namun, sehingga kini, ianya masih ‘diperam’ tanpa saya ketahui sebabnya. Sebenarnya, segala urusan mengenai dokumentari ini dilakukan ketika pimpinan bekas Ketua Pengarah Finas, Mohd Naguib Razak. Namun, setelah pertukaran jawatan ini berlaku, saya sendiri tidak tahu apa status dokumentari ini.

Bagaimana sekiranya dokumentari ini tidak akan ditayangkan dalam waktu terdekat?

Saya tiada hak untuk berbuat apa-apa kerana karya itu diserahkan kepada Finas dan hanya badan kerajaan ini yang berhak menentukan tayangannya. Mungkin karya lain lebih hebat daripada karya saya. Namun, saya agak kecewa sekiranya Finas memilih untuk ‘peram’ sahaja karya itu kerana ia sangat bermakna buat saya. Saya mengambil masa yang lama untuk menyiapkannya. Jadi, segala penat lelah saya tidak terbalas sekiranya dokumentari ini sekadar di pandang sepi dan hanya mengisi arkib Finas sahaja.

Melihat pada waktu durasi yang singkat (23 minit) ,mungkinkah ia turut mempengaruhi keputusan Finas untuk tidak menayangkannya?

Sebenarnya, saya boleh menghasilkan dokumentari ini ke durasi 45 minit atau sejam. Banyak maklumat dan kaji selidik yang saya buat untuk menghasilkan karya yang terbaik. Namun, ketika perbincangan bersama Finas, mereka hanya mahukan durasi ini 23 minit sahaja. Saya memang terkilan dan kurang berpuas hati dengan keputusan itu dan saya terpaksa membuang banyak babak yang penting.

Akhir sekali, apakah harapan anda untuk dokumentari ini?

Saya berharap agar Finas memahami situasi saya dan cuba untuk menayangkannya. Saya menghormati Finas dan pimpinan baru mungkin berhadapan dengan kesukaran untuk memenuhi tuntutan pimpinan terdahulu. Menghasilkan dokumentari sejarah bukanlah sesuatu yang mudah dan saya berharap agar usaha ini mendapat sokongan daripada badan kerajaan - Sinar



ZE AIDA MOHON MAAF FITNAH RESTORAN NASI VANGGEY @ NASI GANJA

Ze Aida, 24tahun memohon maaf secara terbuka kepada pengurusan Restoran Nasi Vanggey di Greentown, Ipoh kerana menyebarkan fitnah melalui laman sosial Facebook sehingga menjejaskan reputasi restoran itu.

Katenye dia tiada niat untuk menghina restoran tersebut dan kontroversi ini terjadi apabila dia menyalin status yang telah ditulis oleh seorang individu di Facebook miliknya mengenai keburukan restoran ini.

Kononnya, Facebook dia hanya boleh dibaca oleh sebilangan kecil individu sahaja. Lepas tu dia tuduh pihak lain yang tidak bertanggungjawab mencetak paparan status dia itu lalu menyebarkannya secara meluas.

Menurut Aida, dia telah tampil membuat laporan polis pada 14 November di Balai Polis Sungai Senam dengan menyatakan tuduhan di akaun facebooknya itu adalah tidak benar.

Beliau turut meminta pihak yang menyimpan salinan `screen shot’ status facebooknya yang dikongsi itu dipadamkan agar tidak menimbulkan pelbagai salah tafsir.

Sementara itu Ahmad Fazli berkata, pihak pengurusan Nasi Vanggey menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya terjumpa najis dalam peti simpanan makanan restoran berkenaan.

Katanya, penyebaran berita palsu di facebook yang memburuk-burukkan restoran nasi Vanggey  sejak semalam telah menjejaskan dengan teruk perniagaan restoran berkenaan sehingga 60 peratus.

"Saya amat berharap dengan penjelasan dan pengakuan yang dibuat oleh wanita terbabit akan dapat memulih semula keyakinan orang ramai terhadap pengurusan makanan restoran nasi Vanggey di negeri ini," katanya.

Menurut Ahmad Fazli, restoran nasi Vanggey kini mempunyai 10 cawangan termasuk sebuah cawangan di Kuala Selangor manakala dua lagi sedang dalam proses operasi di negeri ini.

"Restoran kami di Green Town juga tidak terbabit dengan penutupan pengurusan Restoran Nasi Kandar Ayam Merah di Jalan Yang Kalsom semalam," tambahnya lagi.


*Dalam paparan 'screen shot' status dia seperti gambar diatas, dia siap 'tag' lagi kengkawan dia. Yang pastinya, status tersebut akan juga terpapar di dinding rakan yang dia tandakan. 

Itu ler yong, siasat le dulu. Ini siap tuduh jumpa najis manusia lagi. Teman marah bukan pasal apa, teman pon kekadang singgah juga. Kembang tekak orang rumah teman. Dia gemor gak... Mike kena mintak maaf kat kume ni jugak...

#CHOGM2019: MALAYSIA BAKAL MENJADI TUAN RUMAH PERSIDANGAN

Malaysia bakal menjadi tuan rumah Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) pada 2019.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perkara itu terkandung dalam Pernyataan yang dikeluarkan pada akhir persidangan CHOGM di Sri Lanka, Ahad.


Bercakap kepada wartawan Malaysia mengakhiri penyertaannya dalam CHOGM 2013, Najib berkata badan Komanwel itu telah mengambil maklum mengenai tawaran negara anggota untuk menjadi tuan rumah.

CHOGM 2015 akan berlangsung di Malta selepas Mauritius menarik diri, 2017 di Vanuatu dan 2019 di Malaysia, katanya.

Menurut pernyataan itu, ketua-ketua kerajaan itu menyambut baik dan menerima tawaran Perdana Menteri Malta untuk menjadi hos persidangan 2015.

"Mereka juga menyambut baik tawaran Vanuatu dan Malaysia untuk masing-masing menjadi hos bagi CHOGM 2017 dan 2019," jelas Pernyataan itu.

Malaysia telah menyatakan hasrat untuk menjadi hos CHOGM semasa CHOGM 2011 di Australia.

Najib pada ketika itu dilaporkan berkata tahun itu sangat signifikan kerana Malaysia menjadi hos pertama pada 1989 iaitu 30 tahun lepas.

Najib dalam pada itu berkata Malaysia juga akan menjadi tuan rumah kepada dua lagi persidangan besar iaitu Sidang Kemuncak Asean (Asean Summit) pada 2015 dan Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) pada 2020.

*Negara-Negara Komanwel merupakan satu persatuan secara sukarela yang melibatkan negara-negara berdaulat yang ditubuhkan atau pernah dijajah oleh pihak British kecuali Mozambique (bekas jajahan Portugis) danRwanda (bekas jajahan Belgium).
Bukan semua ahlinya mengiktiraf ratu British, Ratu Elizabeth II sebagai ketua negara. Negara-negara yang mengambilnya sebagai ketua negara dikenali sebagai Kerajaan Komanwel atau "Commonwealth Realm". Bagaimanapun, majoriti ahlinya adalah republik, dan sebahagian yang lain mempunyai raja tersendiri. Contohnya seperti MalaysiaBrunei,Tonga, yang mempunyai Raja/Monarki yang sendiri. Namun demikian, semua ahlinya menganggap Ratu Elizabeth II sebagai Ketua Komanwel.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..