Isnin, 11 November 2013

AL FATIHAH: PELAWAK AHMAD BUSU KEMBALI KE RAHMATULLAH.

Pelakon veteran dan pelawak terkenal Ahmad Busu, 60, meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dekat sini Ahad akibat diserang penyakit angin ahmar.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di hospital berkenaan pada 7.05 malam.

Arwah tiba-tiba tak sedarkan diri selepas mengalami demam biasa. Allahyarham meninggal dunia sejurus selepas tiba di hospital berkenaan.

Jenazah akan dibawa pulang di kediaman Allahyarham di Taman Seri Andalas dan akan dikebumikan kira-kira 9 pagi nanti di Tanah Perkuburan Islam Sungai Sirih, Klang.

Ahmad, yang berasal dari Taiping, Perak meninggalkan seorang balu dan empat orang anak.

Allahyarham, lebih dikenali sebagai "Mat Deris" dalam siri komedi popular 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu' sekitar tahun 80 an. Memulakan kerjaya seni menerusi pementasan teater pada tahun 1978.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat keatas Allahyarham dan ditempatkan dikalangan hambaNya yang beramal soleh. Al Fatihah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..