Jumaat, 1 November 2013

#PRKSgLimau: @azwanbro YAKIN BN PUNYAI PELUANG BESAR MENANG DUN SUNGAI LIMAU #BeraniBerhijrah #undiBN

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun menganggap calon BN untuk Pilihanraya Kecil Sungai Limau mempunyai harapan besar untuk menang walaupun kawasan berkenaan merupakan kubu kuat PAS.

Menurut Azwan, berdasarkan latar belakang pendidikan kedua-dua calon, Dr Ahmad Sohaimi Lazim, dilihat memberi harapan baru kepada pengundi terutama dikalangan golongan muda.


"Bagi pilihan raya kecil kali ini, BN menampilkan calon yang merupakan bekas pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Dr Ahmad Sohaimi Lazim, 52, manakala Pas memilih bekas Penolong Kanan Ko-Kurikulum Sekolah Menengah Agama An-Nadzah, Mohd Azam Abd Samat, 37, sebagai calon.


"Kedua-dua calon mempunyai latar belakang sebagai pendidik, namun BN mengetengahkan seorang bekas pensyarah kanan yang mempunyai kelayakan peringkat doktor falsafah, disokong pula dengan pengalaman yang begitu lama dalam bidang pendidikan.


"Jiwa pendidik biasanya sentiasa mempunyai kecenderungan untuk berinteraksi lebih dengan masyarakat dan ini pasti memberikan kelebihan untuk beliau memimpin masyarakat setempat.


Azwan menambah, walaupun ramai antara pemerhati politik meramalkan BN tidak punya peluang untuk merampas kerusi DUN Sungai Limau yang merupakan kubu kuat Pas, namun beliau masih meletakkan harapan tinggi terhadap Sohaimi.


Peluang BN untuk menang tetap ada kerana Pas menghadapi masalah untuk mencari pengganti seperti Allahyarham Tan Sri Azizan.

Katanya, pengundi di DUN Sungai Limau perlu memikirkan adakah Pas mampu membawa kesejahteraan kepada mereka melalui pembangunan.


"Mereka perlu fikirkan bagaimana pula dengan golongan muda, mereka harus bertanya kepada diri sendiri adakah mereka sudah berpuas hati dengan kemajuan DUN Sungai Limau sejak 18 tahun di bawah pimpinan Pas.

"Pengundi muda harus berfikir adakah adil untuk melihat kawasan tersebut yang didiami sebilangan besar warga emas serta generasi baharu, untuk terus mundur tanpa pembangunan?"


Azwan menambah, dari pemerhatiannya,secara peribadi, Sohaimi dilihat lebih fokus ke arah agenda pembangunan berbanding dengan taktik menyerang keperibadian lawan yang beliau sifatkan sebagai politik agresif.

Jelasnya, di samping agenda pembangunan, calon BN itu masih tidak mengabaikan satu daripada identiti Sungai Limau iaitu sekolah pondok.


"Dr. Ahmad Sohaimi sendiri menyatakan komitmennya untuk melihat sekolah pondok berteraskan pembelajaran sains dibina di DUN Sungai Limau sebagai sebahagian daripada manifesto beliau.


"Masyarakat, khususnya pengundi akan melihat pendekatan yang dibawa oleh Dr. Ahmad Sohaimi, iaitu memastikan pembangunan disuntik tanpa mengabaikan elemen yang sudah menjadi sebahagian daripada penduduk di sini sebagai satu kelebihan untuk memungkinkan beliau dipilih.


"Inilah peluang kepada orang muda di Sungai Limau, mahupun mereka yang sudah sekian lama berhijrah ke bandar untuk bersama-sama kerajaan negeri yang diterajui Barisan Nasional supaya dasar baharu DUN Sungai Limau boleh dilaksanakan.


"Memang benar, apa pun keputusan ia tidak akan mengubah kedudukan kerajaan negeri atau kedudukan Pas dalam Dewan Undangan Negeri, tetapi BN bertanding bukan semata-mata kerana mahu merebut kerusi Sungai Limau tetapi kita ikhlas mahu menawarkan khidmat bakti kepada penduduk Sungai Limau.


"Kalau BN memikirkan soal kerusi semata-mata sudah pasti kita tidak akan bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut kerana ia tidak mengubah apa-apa tetapi ini soal tanggungjawab kepada rakyat," katanya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..